Assalamualaikum dan salam sejahtera
BR1M DITERUSKAN HANYA GOLONGAN YANG BENAR-BENAR LAYAK AKAN MENERIMANYA | Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad memaklumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan.Bagaimanapun beliau menegaskan, beberapa perkara dalam pemberian itu akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan tersebut.
“Kerajaan sudah bersetuju untuk meneruskan BR1M, cuma ia perlu dikaji semula kerana sebelum ini, ada yang tak layak, juga menerimanya.
“Kita tak nak orang ramai menganggap BR1M sebagai rasuah atau umpan supaya rakyat menyokong kerajaan. Sebaliknya, BR1M adalah satu bentuk inisiatif untuk menangani masalah sosial,” katanya.Tun Mahathir berkata demikian dalam sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan, hari ini.
Sumber : sinar harian


