Beli Pokok Bromeliad Dalam Shopee Mood nak berkebun, tanam-tanam pokok ni sebenarnya dah datang balik… cuma sebelum ni tergendala sebab CCL kecewa dengan pokok rose jepun..Hidup tak mahu mati tak segan, tapi tak nak merimbun walaupun dah letak baja. Dah buat macam-macam cara, tapi hasilnya tetap sama. Jadi CCL ambil keputusan untuk move on dan tak nak tanam pokok rose jepun lagi.
Sebagai penukaran untuk merawat hati yang kecewa tu, CCL pun buat keputusan beli pokok bromeliad..Pokok ni memang lama dah minat, CCL beli pokok bromeliad ni dalam Shopee. Dua hari lepas saja-saja tengok, lepas tu terus checkout. Tak payah tunggu lama-lama, nanti makin banyak fikir makin tak jadi beli ..Sekarang ni CCL tunggu abang courier datang hantar kotak berisi anak-anak pokok bromeliad.
CCL beli tiga item bromeliad yang berbeza. Memang kena pandai cari harga..Kalau saiz bromeliad besar, harga dia pun sedikit tinggi. Tapi untuk anak pokok, ada yang bawah RM5 & RM10 saja. Jadi CCL pilih untuk beli anak pokok dulu ..biar kecil, asalkan boleh hidup dan membesar depan mata sendiri.
Harap-harap kali ni menjadi..Moga bromeliad ni jadi peneman baru CCL dalam dunia berkebun, dan semoga rasa seronok menanam pokok tu datang balik ..Kalau hidup subur nanti, bolehlah tambah koleksi lagi.


10 Ulasan
Selamat berkebun CCL..
BalasPadamWah..seronoknya..akak pun dh putus asa ngan rose jepun...nak beralih pada orkid..tapi nanti la...kena cari pokok orkid yang jenis gantung
BalasPadamMudahnya sekarang ye beli pokok kat Shopee je.
BalasPadamSemoga menjadi pokoknya
BalasPadamSalam tahun baru CCL, wah semoga tahun 2026 menjadi la ye pokok yang ditanam nya tu
BalasPadamwah murah lah. Kat nursery melaka yang akak tenguk bila lagi besar lagi mahal. Tuan kedai tu pun tak jual yang besor sebab dah cantik. Rupanya macam-macam corak ada
BalasPadamSenang, beli anak pokok online je. Akak suka tengok depan² di nursery juga, nak pegang², baru beli. Letak rose jepun di mana tu, CCL? Dia kena letak tempat panas terik, tak perlu siram sangat.
BalasPadamSy bayak kali juga order bunga dr shopee... Bunga sampai mmg lawa-lawa... tp byak mati... tak tahu mcm mana nak jaga...
BalasPadamSaya browsing dulu macam mana bentuk bunga bromelia ini. Cantiiiiik ternyata yaaa. Semoga nanti di tangan kakak bisa subuuuur berbunga
BalasPadamada yg corak belang belang haritu tengok
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan