Buko Kayangan By DapoqNurBee
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Buko Kayangan By DapoqNurBee Buko dan juga koktail buah antara pencuci mulut yang tengah laris sekarang ni . Rata-rata ramai juga yang buka khemah untuk menjual kedua-dia pencuci mulut tersebut . Tengah musim buko dan koktail buah sekarang ni kan . So ramai juga tak lepas peluang berebut cari rezeki untuk menjual .
Minggu lepas , jejak kaki ke Kieda Crepe tak lepas peluang untuk merasai buko . Kalau korang nak tahu buko ini sejenis dessert . Buko by dapoqnurbee memang sedap . Harga sebekas ni adalah RM15 . Berbaloi betul buko ini dengan harga . Buko ni memang banyak perisa , so CCL memilih perisa buko vanilla cincau . Sedap kena dengan anak tekak. Tekstur dia yang sangat pekat berlemak dan jangan risau tidak manis . Isi dalamnya ada cincau dipotong dadu, nata di coco dan juga sagu kecil . Isi buko pun memang banyak . Puas hati la makan buko kayangan dari dapoqnurbee .
Hangpa yang mana singgah ke Kieda Crepe atau mana-mana vendor yang ada Buko Kayangan dapoqnurbee jangan lupa untuk beli . Gerenti puas hati .
Air Balang Syahmi Sazli l Rasa Aiskrim Keladi Kaw !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Air Balang Syahmi Sazli l Rasa Aiskrim Keladi Kaw ! Teringin nak minum air balang Syahmi Syazli ? Ala yang tengah viral sejak dari bulan puasa hari tu, disebabkan air balang mendapat sambutan yang luar jangkaan , Syahmi Sazli tetap meneruskan perniagaan air balang beliau . Kalau dulu dalam bungkusan plastik aif , sekarang dah upgrade ke dalam botol air . Nampak kemas sikit kan ..
Baca juga : Dapat Merasa Kieda Crepe Yang Tengah Viral
Untuk orang Utara macam CCL ni tak perlu turun ke negeri Kelantan semata-mata nak beli air balang Syahmi Sazli ni , hangpa boleh saja singgah di HQ Kieda Crepe di Kepala Batas Penang . Selain boleh beratur membeli Kieda Crepe dan makanan-makanan lain hangpa boleh la beli juga air balang Syahmi Sazli . Kieda ambil khas dari Kelantan ok , bukan cetak rompak sticker tau ..
Sedap tak air balang Syahmi Sazli yang viral ni ? Air balang Syahmi Sazli ni ada empat perisa Coklat, strawberi, jagung dan juga keladi . Disebabkan sampai pun dah malam so hanya tinggal stock air balang Syahmi Sazli perisa keladi . Memang tiada pilihan , CCL ambil satu botol dan masukkan dalam raga lalu buat pembayaran .
Baca juga : 1 Jam 20 Minit Beratur Di HQ Kieda Crepe, Kepala Batas Penang
Sesampai di rumah barulah dapat merasa, air balang Syahmi Sazli memang betul-betul padu dan kaw sangat . Tekstur air balang keladi yang pekat, rasa yang kaw, manis serta warna yang sangat menarik . Pekat dan manis seakan pati aiskrim keladi memang sedap sangat . Hangpa yang tak minum manis boleh masukkan sedikit ais kiub lalu goncang-goncang dan minum . Rasa sedap berlemak keladi memang berbaloi dengan harganya RM10 .
Next, kalau ada rezeki untuk ke Kieda Crepe lagi boleh rasa perisa lain . Untuk korang yang berkunjung ke Kieda Crepe wajib tau masukkan satu botol air balang Syahmi Sazli ke dalam raga .
Dapat Merasa Kieda Crepe Yang Tengah Viral
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dapat Merasa Kieda Crepe Yang Tengah Viral Walaupun beratur di malam hari selama 1jam 20 minit akhirnya ada rezeki nak merasai Kieda Crepe . Seperti yang CCL ceritakan di dalam entri post yang lepas limit pembelian makanan vendor yang ada di HQ Kieda Crepe dapatlah peluang untuk membeli satu Kieda Crepe . Limit sorang satu ok .
Disebabkan pembelian yang limit serta random alhamdulillah CCL dapat crepe mix flavour . Dalam satu set ada tiga ketul crepe flavour durian , oreo dan strawberi . Memang sangat sedap dan tak muak bila makan manakala suami CCL pula dapat crepe durian .
Baca juga : 1jam 20 Minit Beratur Di Kieda Crepe
Mostly crepe durian dia memang padu sangat . So kalau hangpa singgah ke Kieda Crepe wajib cuba crepe durian . Perisa lain tak berkesempatan untuk cuba. Hanya tiga perisa sahaja yang dah cuba ..ketiga-tiga sedap dan paling menjadi pilihan CCL adalah crepe durian .
1 Jam 20 Minit Beratur Di HQ Kieda Crepe, Kepala Batas Penang
Assalamualaikum dan salam sejahtera
1 Jam 20 Minit Beratur Di HQ Kieda Crepe, Kepala Batas Penang Alang-alang dah mai berjalan area Kepala Batas, Penang terus teringat Kieda Crepe yang tengah viral la ni.. Waze punya waze rupanya 5 minit sahaja . Dekat ! So decide untuk singgah Kieda Crepe sebelum nak meneruskan perjalanan balik ke Perlis. Setelah roda kereta bergolek-golek akhirnya sampai jugak di bangunan HQ Kieda Crepe, sebelum nak turun dari kereta, mata ni intai-intai jugak la berapa ramai orang yang beratur menunggu giliran untuk shopping dessert, ternyata tak beratur panjang sangat . So decide dengan suami untuk berhenti dan singgah Kieda Crepe , dah alang-alang sampai sini kan ..orang pulak tak banyak malam-malam ni so selesa sikit nak beratur .
So cari parking kereta yang sesuai, dan berjalan menuju ke Kieda Crepe dan beratur mengikut giliran masing-masing. Masa CCL dan suami sampai tu dalam jam 8 malam. Masa tu ada dua lane sahaja, dan semestinya CCL berada di kedudukan lane yang kedua .setiap lane ada empat baris yer . CCL kena baris yang ketiga. Bila dah beratur malam-malam ni Kieda tetap turun untuk tengok customer yang tengah beratur di bawah .1 jam 20 minit menunggu akhirnya staff Kieda Crepe memberi pelepasan untuk naik ke atas.
Bila dah dapat naik ke atas, kemain lega rasanya ..sesampai kat atas mula la capai sorang satu raga . Satu raga untuk CCL dan satu raga untuk suami. Senang nak masukkan dessert apa yang berkenan di anak tekak.Time nak beli dessert-dessert kat atas pun perlu beratur dengan tertib ya . Sebab ruang di atas tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit . Bila beratur lagi mudah untuk membeli.
Oh, untuk sesi malam ialah sesi support makanan vendor yang ada di Kieda Crepe, so setiap pembelian RM30 ke atas hangpa boleh beli crepe dari Kieda. Time ni crepe memang tak ada tersusun di dalam chiller tau, capai je lah dessert mana yang ada disitu . Tapi semuanya memang sedap-sedap dan satu lagi untuk crepe pulak memang limit sorang satu dan random tau . Alhamdulillah walaupun dapat beli sorang satu dan random flavour berbaloi juga la dari tak dapat merasa crepe dari Kieda .
So bagi yang tertanya-tanya berbaloi ke beratur lama-lama semata-mata nak beli Kieda Crepe . Itu atas pada hak masing-masing . Kalau ada masa yang terluang dan teringin sangat nak merasai kesedapan Kieda Crepe silakan beratur . Pembelian bukan atas paksaan tau . Kadang mulut-mulut kak bawang dan makcik bawang ni geram jugak . Mengata sana sini, buang masa beratur panjang la ..macam-macam lagi kan . Alih-alih bila kita cakap nak repeat beli lagi dialah orang pertama yang nak kirim beli itu dan ini .. Eh! Eh !! Perangai sangat kan .
Nak tahu CCL shopping dessert apa selain dari crepe ? Tunggu next post eh ! .
Sangkaya Pandan Tanpa Telur
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sangkaya Pandan Tanpa Telur Teringin nak makan Sangkaya pandan dengan roti kukus panas-panas . Susah nak jumpa Sangkaya pandan di kedai-kedai makan , dan memang susah nak jumpa yang betul-betul kena dengan selera tekak . Maka macam biasa nak tak nak kena rajinkan diri untuk belajar resepi sangkaya pandan dari youtube .
Balik dari kerja terus cari bahan-bahan untuk buat sangkaya . Bahan pun memang sangat mudah korang hanya perlu sediakan santan, roti gardenia,daun pandan, tepung jagung, gula dan garam . Hah mudahkan ..
Cara penyediaan pun memang sangat mudah . Hangpa blend saja daun pandan untuk ambil air pati pandan tersebut . Campur air pati pandan tadi bersama santan , gula dan garam secukup rasa dan beberapa sudu besar air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah .Gaul sebati dan boleh masak atas dapur dengan api yang perlahan, kacau sehingga tekstur kuah hampir pekat .
Sesetengah resepi ada yang masukkan telur , disebabkan stok telur sekarang ni dalam kawalan barang, so decide untuk tidak masukkan telur dalam resepi ini .. Menjadi juga tau . Ohh roti gardenia jangan lupa kukus . Sedap roti yang dah siap dikukus dicicah bersama sangkaya pandan .
Marbelouss .




















