Lauk Kenduri Gulai Daging Batang Pisang


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Lauk Kenduri Gulai Daging Batang Pisang Semenjak dua minggu ni sibuk sikit dengan kenduri mak menakan . Alhamdulillah ketiga-tiga majlis sudah pun selesai. Syukur, ketiga-tiga majlis berjalan dengan lancar . InsyaAllah nanti CCL akan share rentetan majlis . Saja tulis simpan buat kenang-kenangan akan datang . 


Ok berbalik pada tajuk "lauk kenduri gulai daging batang pisang" ?  Hah kalau korang orang utara especially orang Kedah tak pun pergi makan kenduri area-area Kedah, boleh dikatakan menu gulai daging batang pisang atara menu wajib . Menu ni juga merupakan antara salah satu menu favourite CCL , kalau kenduri kat Perlis ni susah nak jumpa tak pun kedai-kedai makan lauk pauk masakan kampung memang susah nak dicari . Pantang ada kenduri area-area Kedah yang dijemput mesti terbayang-bayang menu ni . Tapi CCL tak nyatakan semua la . 



CERITA CCL, GULAI DAGING BATANG PISANG, GAMBAR GULAI DAGING BATANG PISANG


Ini menu lauk-pauk sebelah pengantin lelaki , ada gulai batang pisang , ayam goreng tepung, sambal belacan serta menu tambahan laksa utara dan juga apam balik . Memandangkan perut pun tengah lapar, ceduk jer semua menu yang disediakan sampaikan terlupa untuk letak sedikit kuah gulai ke atas nasi .. Gigih waktu tu pilih daging dan juga batang pisang, alih-alih dah duduk di meja baru sedar terlupa nak ceduk kuahnya . Mujur ada juga saki bakinya sedikit . Semua menu memang sangat-sangat sedap . 


Menu tambahan laksa utara dan juga apam balik pun CCL bedal jugak lepas makan nasi . Air pun ada tiga jenis iaitu air balang sirap, soda herbs dan jagung vanilla.  Air pun bukan calang-calang juga ya, empat cawan dok ulang alik pi ambik . Sebab dahaga dan sedap sangat . Part air balang tak sempat nak tangkap gambar sebab ramai sangat yang beratur kat situ . 


Menu sedap, perut kenyang alhamdulillah . Rezeki Allah Taala ..



Selesai Majlis Graduasi Adik Lelaki

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selesai Majlis Graduasi Adik Lelaki Alhamdulillah 19 Ogos 2022 yang lalu adik lelaki CCL selamat sarung jubah biru dalam Majlis Graduasi Giatmara. Setelah hampir 2 tahun tamat pembelajaran di Giatmara, disebabkan virus Covid melanda Malaysia, so majlis tersebut terpaksa la postpone ke tarikh yang bersesuaian . Alhamdulillah seminggu yang lepas pihak Giatmara dah pun anjurkan Majlis Graduasi untuk batch beliau . Alhamdulillah .gembira tak terkata dapat tengok adik sarung jubah biru ..


CERITA CCL , MAJLIS GRADUASI , HARI GRADUASI


Setelah beberapa tahun sambung belajar di Giatmara dalam jurusan elektrik .. Lepas habis praktikal dan ada pengalaman bekerja . Akhirnya dapat juga dia merasa sarung jubah biru. InsyaAllah bulan 11 ni adik CCL akan sambung belajar lagi . 


Gembiranya bila adik sarung jubah graduasi..paling gembira semestinya mak dan ayah . Tahniah untuk adik lelaki CCL .. Coming soon tunggu adik perempuan CCL yang bakal konvo tahun hadapan . Semoga dipermudahkan segala urusan mereka. 



Berkenan Pulak Tudung Bawal Printed Corak Fendi

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Berkenan Pulak Tudung Bawal Printed Corak Fendi Beberapa hari lepas CCL ada share dengan korang, CCL ada beli dua helai tudung bawal printed dari Zoe Arissa . Korang yang belum terjah entri tu jemput la membaca Tudung bawal printed Zoe Arissa .. Terima kasih tau .. Ehh entri ni belum tamat disini .. Macam biasa godek-godek tudung di Shopee , bila rasa berkenan terus beli .. So hari ni nak kongsi parcel tudung sampai lagi ..


Beli tudung bawal printed lagi 

Kembali bersama CCL lagi dalam entri CCL beli tudung bawal printed lagi. Penangan nak kenduri punya pasal , terbeli lagi 2 helai tudung bawal bercorak .. Bila dah ada 3 tiga majlis iaitu majlis akad nikah , majlis sanding pihak perempuan dan majlis sanding pihak lelaki of course la kena ada 3 sut baju yang berbeza warna untuk setiap majlis .. 


FASHION, TUDUNG BAWAL ,TUDUNG BAWAL PRINTED,TUDUNG BAWAL PRINTED MURAH,TIPS PEMILIHAN TUDUNG BAWAL,BOUQUET TUDUNG BAWAL,GAYA PEMAKAIAN TUDUNG BAWAL,


Hari tu dah beli tudung bawal printed warna dusty green dan warna khaki .. Warna dusty green untuk dipakai masa majlis nanti  , warna khaki pulak beli untuk tambah lagi koleksi tudung yang ada . Kali ni CCL terbeli pulak dua helai tudung bawal printed, warna yang sama, corak yang sama iaitu warna navy blue bercorak printed Fendi..corak yang sangat simple satu untuk CCL dan adik perempuan CCL . Macam yang dia maklum memandangkan baju warna plain yang kosong tiada bercorak cantik juga kalau gayakan dengan tudung printed yang bercorak kan ..


Material tudung ni pun 100% cotton dan hadir dengan bidang 45 ..memang sangat-sangat selesa untuk dipakai ..ada banyak beberapa pilihan warna , tapi sayangnya dah banyak sold out ..mujur CCL masih sempat order warna navy blue ..


Rasanya macam nak repeat order tudung bawal printed Fendi ni dengan warna lain pulak. CCL suka dengan corak yang sangat minimalist . Macam biasa order melalui shopee ..harga pun hanya belasan ringgit . Mampu milik.



Beli Tudung Bawal Printed Cantik RM9.90 di Zoe Arissa

 Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


Beli Tudung Bawal Printed Cantik RM9.90 di Zoe Arissa Perempuan dan tudung memang tak boleh berpisah .  Tudung berlambak-lambak dalam almari pun alih-alih tak ada tudung pulak .. Dah tu beli lagi, beli dan beli .. Siapa macam CCL ?? Hahh korang mesti sama kan .. Tudung tu ada ..kadang-kadang tak sesuai dengan baju yang nak dipakai .. So nak matching-matching dengan baju kenalah cari gabungan yang sesuaikan .. CCL  ni tudung bawal pakai, selendang pun pakai . Ikut mood jugak la kadang-kadang tu 


Zoe Arissa lubuk pakaian perempuan .

Korang-korang di sana pernah shopping dengan Zoe Arissa ?? Hahh kalau belum korang terjah laa Zoe Arissa lepas korang dah baca entri ni , CCL yakin korang takkan terjah sahaja tanpa membeli . Hahh kalau korang nak tahu Zoe Arissa ni salah satu lubuk bagi perempuan untuk shopping-shopping pakaian . Semua pakaian yang korang boleh pilih dengan harga yang mampu milik . Baju-baju semua memang cantik-cantik belaka . Nak mudahkan pembelian korang boleh la terjah melalui Shopee Zoe Arissa . 


Beli tudung bawal di Zoe Arissa 


TUDUNG BAWAL PRINTED , TUDUNG BAWAL PRINTED MURAH, BAWAL PRINTED MURAH, TIPS PEMILIHAN TUDUNG BAWAL, TIPS PENJAGAAN TUDUNG BAWAL , TUDUNG BAWAL MURAH , ZOE ARISSA, TUDUNG BAWAL PRINTED ZOE ARISSA , SHOPPING ONLINE ,BOUQUET TUDUNG BAWAL,

Memang niat nak beli tudung baru. Memandangkan ada kenduri adik beradik of course la nak pakai baju yang sedondon gitu .. So disebabkan baju pun dah plain colour, so nak decide untuk beli tudung yang bercorak lah .. baju pulak CCL decide untuk recycle pakai baju raya tahun lepas . Masih elok dan muat lagi tau ..so taknak bazir dan tak nak penuhkan lagi kuantiti almari baru so pakai aje mana ada .. Godek punya godek dalam shopee,mata ni berkenan pula dengan satu design bawal printed dari Zoe Arissa .


Tudung bawal printed cantik RM9.90


TUDUNG BAWAL PRINTED , TUDUNG BAWAL PRINTED MURAH, BAWAL PRINTED MURAH, TIPS PEMILIHAN TUDUNG BAWAL, TIPS PENJAGAAN TUDUNG BAWAL , TUDUNG BAWAL MURAH , ZOE ARISSA, TUDUNG BAWAL PRINTED ZOE ARISSA , SHOPPING ONLINE ,BOUQUET TUDUNG BAWAL,

lepas godek-godek warna dan juga design bawal printed tersebut so CCL decide untuk beli 2 helai .. Satu warna dusty green untuk di pakai pada hri kenduri dan satu lagi warna khaki . Dua helai dengan harga yang sama hanya RM9.90 berbeza warna dan juga berbeza corak . .material cotton yang sangat selesa .. Bidang bagi tudung bawal printed ni pula ialah bidang 45 ..Penghantaran pun sangat cepat . 


Tertarik dengan packaging tudung bawal printed Zoe Arissa 


TUDUNG BAWAL PRINTED , TUDUNG BAWAL PRINTED MURAH, BAWAL PRINTED MURAH, TIPS PEMILIHAN TUDUNG BAWAL, TIPS PENJAGAAN TUDUNG BAWAL , TUDUNG BAWAL MURAH , ZOE ARISSA, TUDUNG BAWAL PRINTED ZOE ARISSA , SHOPPING ONLINE ,BOUQUET TUDUNG BAWAL,

Bila beli bawal printed dari Zoe Arissa ni , salah satu benda yang menarik perhatian CCL selepas membuka parcel tersebut ialah dari segi packaging tudung .. Selalunya seller akan terus lipat cantik-cantik kemudian terus campak dalam plastik parcel . Ada juga sesetengah seller yang masukkan tudung yang sudah dilipat dengan cantik ke dalam plastik bungkusan lutsinar . Tapi packaging dari Zoe Arissa memang sangat cantik , tudung bawal printed yang dilipat cantik disertakan sekali dengan ziplock bag yang tertera dengan nama ZAHijab . Wah sangat-sangat menjaga kualiti tudung walaupun tudung murah harga pun tak sampai RM10, tetapi rasa seakan-akan membeli tudung mahal pulak ..


Cantik corak tudung bawal printed Zoe Arissa 

Memang banyak pilihan corak dan juga warna yang Zoe Arissa keluarkan untuk tudung bawal printed . Semuanya bertemakan floral . So setiap design ada tema bunga yang tersendiri . Yang penting memang cantik dan bila pakai memang sedap mata memandang . Tak githu kan ..


So korang tercari-cari tudung bawal printed yang murah dan cantik , boleh la terjah di Shopee Zoe Arissa