REVIEW : OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM WANGI SEAKAN BUAH EPAL



Assalamualaikum dan salam sejahtera .



JOM DOUBLE CLEANSING MENGGUNAKAN OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM . WANGI SEAKAN BUAH EPAL Pernah dengar tak pasal "double clensing", pastinya ramai yang dah tahu kan . Kalau yang tak tahu meh CCL kongsikan . Double cleansing ni salah satu langkah cuci muka sebanyak dua kali . Satu dengan "oil based product" and then satu lagi "water based product". Cuci muka dua kali ni lagi yakin bersih tu, daripada pakai wet tissue . 


Dulu CCL takut juga nak pakai oil cleanser ni memandangkan skin CCL stage combination to oil . Takut nanti skin lagi bertambah berminyak . Orang cakap kalau tak cuba kita takkan tahu, so CCL cuba. First oil cleanser  yang CCL cuba dari Ferrarossa . Kalau sesiapa belum baca boleh baca di sini . Oil Cleanser dia memang paduu weii . Lepas pakai oil cleanser  kulit muka lagi bersih, serius tak tipu . 


So hari tu ada join live MUA  terkenal MUA Bellaz dan MUA Bella Park .Penangan live diorang laa CCL terjebak nak try oil cleanser yang baru memandangkan oil cleanser yang CCL tengah pakai sekarang ni dah nak habis . So kita cuba produk baru.


PACKAGING OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM


Taraaa ! Ni haa Oil Cleanser by Haya Rahim, penangan tengok live MUA Bellaz & MUA Bella Park . Tengok dari segi packaging dia bertemankan Hijau. Cantik , Founder Haya Rahim suka warna hijau kot .Packaging dia sekali kotak . Botol oil cleanser jenis pump . Hahh best ! . Oil cleanser by Haya Rahim ni 30ML sahaja dengan harga RM39 . Harga mampu milik .


INGREDIENTS YANG TERDAPAT DALAM OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM 



1. Sweet almond oil

2. Carica papaya oil 

3. Rosa carica (rosehip oil)

4. Mineral oil

5. Alovera oil 

6. Calendula oil 

7. Sunflower oil 


KEISTIMEWAAN OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM 



1. Sebagai moisturiser boleh digunakan pada bibir.

2. kulit wajah nampak lebih glowing.

3. Memudarkan bekas jeragat dan jerawat.

4. Membaikpulih radang kemerahan kulit .

5. Kulit lebih anjal dan lembut . 

6. Tidak mengeringkan kulit wajah.

7. Anti - aging. 

8. Mencerahkan kulit 

9. Mudah menanggalkan sisa mekap di muka .


CARA PENGGUNAAN OIL CLEANSER BY HAYA RAHIM 

Berapa banyak korang perlu guna oil cleanser ni ? Hah tak banyak pun, kalau CCL pakai cukup la hanya 2 pump sahaja. Cukup untuk cover satu muka , ratakan gosok-gosok sikit InsyaAllah dah cukup . Lepas cuci guna oil cleanser boleh lap dengan tisu dan terus cuci muka dengan water based cleanser . 



FEEDBACK LEPAS GUNA OIL CLEANSER HAYA RAHIM 



First CCL dah bagitau terjebak untuk cuba oil cleanser by Haya Rahim ni sebabknya penangan tengok live MUA terkenal . Reviewnyaa oil cleanser ni bau wangi . Tertarik nak mencuba jugak . Sebab sebelum ni selalu pakai oil cleanser tak ada bau wangi . Lepas cuba oil cleanser by Haya Rahim ni seriusss bila dah apply kat muka .ratakan semua urut-urut bau wangi . Wanginya macam bau buah epal .wangi sangat-sangat . Setelah 2 minggu pakai oil cleanser setakat ni alhamdulillah tak ada kesan negative pada kulit muka . Muka rasa bersih sangat-sangat dan kulit muka rasa lembab dan lembut . Paling penting guna oil cleanser ni senang nak remove mekap-mekap . 


Ohh lupa nak share Founder Haya Rahim bukan keluarkan oil cleanser je taw . Ada milk cleanser dan cool moisturiser jugak . But CCL  baru cuba oil cleanser . Wangii sangat tau . 


Nak dapatkan Skincare by Haya Rahim 

Facebook : 

https://www.facebook.com/haya.rahim.75

Instagram : 

@haya_rahim

@hayabeautyhq


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Waaa, mak kau hijau produk dia.. Heheehe jap g nak cekidout laa.. :)

    BalasPadam
  2. packaging dia nampak lawaa

    BalasPadam
  3. Alahai, berkenan pula nampak packaging dia hijau begitu.

    BalasPadam
  4. boleh pakai pada bibir, klu mcm ni senang la, xperlu ada lips bam asing kan..sbb boleh pakai ni skali

    BalasPadam
  5. banyak juga ingredients best dalam oil cleanser dia tu. Macam best je bila apply dekat muka

    Farhana Jafri

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan