Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI KOBIS ROLL YANG SIHAT & BERKHASIAT Nak diet memang
mencabar, otak pun kena kreatif nak fikirkan hidangan yang sihat tapi tetap
menyelerakan dan berkhasiat.
Bagi yang dah
‘kering idea’ tu, mungkin boleh cuba kubis roll ini sebagai salah satu menu di
rumah. Caranya cukup ringkas, bahannya pun tak susah nak cari. Rasanya pula dah
tentulah sedap!
BAHAN-BAHAN
KOBIS ROLL
·
Kubis (untuk roll)
·
Daun bawang (untuk
mengikat)
·
Daging kisar / ayam
kisar
·
1/2 biji bawang
holland cincang
·
1/2 btg carrot cincang
·
Cili merah cincang
·
Hirisan daun bawang
·
Garam
·
Serbuk lada hitam
·
Minyak bijan – 1 sudu
CARA-CARA
MEMBUAT KOBIS ROLL
1.Mula-mula, leraikan kubis satu-persatu. Kalau boleh jangan
terkoyak. CCL guna kubis Cina sebab lembut dan warnanya pun cantik lepas
dicelur.
2.Kemudian celurkan kubis dalam 6-8 minit.
Masukkan sedikit garam dalam air mendidih. Daun bawang pun dicelur sekejap.
3.sediakan Intinya
tadi cuma gaulkan semua bahan-bahan di atas kecuali kubis dan daun bawang yang
nak digunakan untuk menggulung. Jadi masukkan daging kisar / ayam kisar, bawang, carrot, cili, garam, lada hitam, minyak bijan semua ke
dalam sebuah bekas. Tak perlu masak dulu sebab masa kukus nanti ia akan masak. Gaul
sebati.
4.Kemudian dah
bolehlah gunakan inti tadi untuk digulung dalam kubis yang telah dicelur.Gulungkan
macam biasa, lebih kurang macam gulung kuih ketayap.
5.Kemudian boleh ikat
dengan daun bawang supaya gulungan tadi lebih kukuh.
6.Lepas tu, kukus
dengan api sederhana selama lebih kurang 10-15 minit.
Dah siap pun.
Beginilah hasilnya.Mudah saja. Sedap tau, orang yang tak gemar makan sayur pun
mesti akan suka.Sedap dicicah dengan sos atau dimakan begitu saja.
11 Ulasan
wah..ghajin buat camni..k.fiezz kurang rajin..plus en.asben tu pun, bukan nak makan sayo...kang k.fiezz kena abiskan sensorang..ate jenuh weiii..muak sayur je..haha
BalasPadamFuuhhh..sedapnya nampak. Sihat pun iye jugak kan? nanti nak buat la bebila...thanks for sharing.
BalasPadamNampak sedap la..boleh la akak cuba nanti..
BalasPadamwah menarik ni menu untuk diet.
BalasPadammenarik. betul nak diet n eat clean memang kadang2 tu tadak idea nak makan apa..
BalasPadamjenis suka makan pulak tu. kering idea =D
New resepi, Beeha boleh cuba! Thank you.
BalasPadamwah nampak sedap ni boleh cuba nanti
BalasPadamwuaaah pingin buat jugaa 😍😍😍
BalasPadamlama x bw sini, ccl.
BalasPadamdtg dari fb.
sedap ni. kebetulan aida ada ayam cincang, carrot dan bwg holland.
karang nak beli daun bwg. mlm ni boleh try buat.
nak tgk asben komen apa :) tq tq tq for the recipe.
aida da buat ptg ni.
BalasPadamnanti aida share kat blog!
Nampak menyelerakan dan mengancam..
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan