RESEPI PERUT AIR ASAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


resepi, 1001 resepi, resepi air asam , resepi perut air asam , blog resepi,


Bahan - bahan 
Perut Lembu
Daun Kesom
Tomato
Limau Nipis
Cili Padi
Bawang Merah (bakar)
Bawang Besar
Belacan
Asam Jawa
Garam
Gula
Ajinomoto (Tambahan)


Bahan untuk dikisar / tumbuk :-
Bawang merah yg dah siap dibakar. Cili padi sedikit belacan, air asam jawa, garam , gula & ajinomoto.

Bahan yg perlu dimayang :-
Bawang besar
Tomato
Daun kesom

Cara-cara penyediaan :-
1. Rebus perut lembu masukkan sedikit garam , hiris nipis kemudian toskan.
2. Masukkan bahan yg dikisar , gaul sebati.
3. Perahkan asam limau nipis secukup rasa masam manis
4. Gaul bersama bahan yg telah dimayang. Biarkan beberapa minit.
5. Sedia untuk dihidang


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. ni kalau makcik makcik sha ni suka sungguh hahaha sha takmakan perut

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala rugi tak makan .hehehe CCL jarang jugak makan ,,kalau teringin jerr

      Padam
  2. sedap tu. my favourite. mesti cuba semasa aidil adha kelak.

    BalasPadam
  3. Sedapnye.
    pakcik panggil babat lembu

    BalasPadam
  4. Hubby saya memang suka resipi perut nie, tekak saya memang takleh terima lagi walau dah cuba banyak kali.. negatif mindset terlalu kuat.. hihi

    BalasPadam
  5. seius, ni salah satu feveret saya .

    BalasPadam
  6. dalam banyak2 hidangan air asam.. yang ni je CT makan =D

    BalasPadam
  7. Resepi yang kena pada musim banyak dapat daging korban ni...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan