ORANG TAKKAN HARGAI KERJA KAU !!



"ORANG TAKKAN HARGAI KERJA KAU"




Duk sembang dengan member. Pasal kerja.

Dia kata,

"Memang susah nak dapat kerja sekarang. Bila dapat kerja makan gaji, tak kiralah dengan swasta atau gomen, hadap sajalah segala yang depa tetapkan.

Dalam sektor pekerjaan,  jangan harapkan much appreciation dari orang atasan tau.

Contohnya, kita buat kerja sampai malam sekalipun, peluh keringat sebaldi dah, kita jangan expect kita akan dapat penghargaan tinggi dari orang sekeliling.

Kerja kosong,jawatan kosong ,kerja kosong 2017,mencari kerja kosong,kerja kerajaan,kerja swasta,borang permohonan kerja kosong,borang kerja kosong 2017


Rakan-rakan kerja kita cuma jadi saksi kita buat kerja rajin. Tapi, mereka tidak akan backup kita atau sampaikan kerajinan kita pada bos, CEO, pentadbiran dan pihak yang bagi kita gaji.

Jangan pernah bergantung pada mana-mana kawan kerja untuk jadi bahan bukti, saksi segala kerja yang kau buat untuk tempat kerja kita. Mereka tidak akan masuk campur urusan kita.Tapi sesetengah manusia la ada jugak yang rajin kacau tepi kain orang lain ..  Mereka juga nak jaga periuk nasi sendiri.

Tapi, kalau kita buat silap atau tak hadir kerja sekali dua atau beberapa kali -- tak kiralah apa jua sebabnya termasuk sakit -- orang akan cepat pandang serong kau. Kita takkan lagi tergolong dalam pekerja yang baik walaupun kita memang pekerja yang rajin.

Mungkin di sesetengah company yang bagus, swasta misalnya, bila kita rajin, menonjol dan memang penglibatan kita dalam apa-apa projek tu memberangsangkan serta memberikan pulangan yang baik pada syarikat, kita akan dapat promotion. Mungkin. Ada la juga penghargaan.

Tapi, kalau kita berada di sektor kerajaan, susah beb. Rajin macam mana pun, gaji kita tetap sama. Kuat berusaha pun, belum tentu kita dapat anugerah pekerja cemerlang. Sebabnya, campur tangan politik, birokrasi dalaman, kabel-kabel, serta benda yang paling biasa sekali dalam line pekerjaan tak kira di mana-mana tempat di negara kita ni adalah --- mulut busuk orang. Rajin pun orang mengata, disampaikan benda-benda tak elok tentang kita pada pihak pengurusan atasan.

Last sekali apa dapat, kita yang tak ada kenalan dato datin yang berhormat itu ini, kita tetap di bawah. Hirarki pekerjaan di tampuk sama."

CikYana angguk je la. Betul juga apa yang dia kata.

"Habis tu, elok kerja kat mana?"

Dia jawab,

"Kerja mana-mana pun kita kena sabarlah. Ni kunci utama. Berlambak orang muda yang masuk kerja, dapat tekanan sikit, terus nak berhenti kerja. Tak sabar. Yang kena duga sikit masa kerja, terus naik marah bila dikritik dan ditegur cara prestasi kerja. Melenting tidak akan buat imej kita lebih baik. Malah, lebih buruk. Orang pun tak suka simpan kita lama-lama kalau bikin banyak masalah dengan pentadbiran.

Kerja sendiri berniaga pun kena sabar. Tak sabar, kejap tutuplah bisnes. Bisnes kena pandai promoting dan lebarkan networking. Kena pandai rolling modal bukan dapat untung terus bermewah beli kereta baru menunjuk-nunjuk. Lingkuplah niaga.

Tips dari CikYana sendiri berdasarkan pandangan kawan-kawan

Satu, kerja tu pergi balik on-timelah. Sebab kerja sampai lebih masa pun, tak guna juga. Kerja takkan habis sampai bila-bila.

Dua, hubungan dengan Tuhan tu wajiblah jaga. Utamanya solat fardhu lima tu jangan tinggal. Solat tahajjud dan duha tu buatlah selalu biar jadi amalan harian.

Ketiga, sabar dan senyum selalu. Jangan banyak cakap benda tak penting di tempat kerja. Jangan cakap pasal pentadbiran bagai. Buat kerja kita je. Sebab, kalau nak bertekak hal ni, baik kau masuk politik ubah sistem terus.

Keempat, doa selalu biar Allah lindungi dan limpahi rezeki. Kerja dengan orang, bila-bila boleh kena buang. Kerja sendiri, bulat-bulat bergantung tuah rezeki setelah usaha.


Kelima, jangan cakap pasal orang lain. Rajinkan diri improve diri sendiri. Playsafe selalu."


 senyum je dengar  nasihat. No wonder ramai suka dia. Kerja memang bagus dan tak cakap banyak.

So, CikYana kongsikan semua ni balik dengan korang.



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Setuju dengan tips2 tu.. Hadap je la.. cari pengalaman keje byk2. pergi balik on time. x pyh bwk balik keje kt rmh. xpyh ckp byk2 dan ckp bile perlu sbb ada yg sdg memerhati n suke bawak mulut. Grr

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan