Butiran peribadinya dirahsiakan. Malah separuh daripada wajah penyanyi ini disembunyikan di sebalik topeng. Tidak hairanlah, imej yang ditampilkan artis baru, Encik Mimpi pantas menimbulkan misteri di kalangan peminat hiburan. Mendakwa bukan niat mencipta kontroversi, sebaliknya jejaka ini mahu peminat lebih memberi fokus kepada bakat seni dirinya, bukan kisah peribadi.
Tidak kisah dengan tanggapan negatif terhadap imejnya itu, Encik Mimpi akur dengan tohmahan diterima. Sejak membabitkan diri dalam bidang penulisan blog pada 2009, jejaka berusia 25 tahun ini mengambil pendirian enggan berkongsi kisah dirinya kepada umum.
Namun, siapa sangka, minatnya menulis blog dan memuat naik rakaman video nyanyian sendiri di laman YouTube menjadi perhatian ramai. Lagu ciptaannya, Rindukanlah dipilih menjadi single runut bunyi kepada drama bersiri Playboy Itu Suami Aku yang sedang ditayangkan TV3.
Tidak pernah menyangka minat akhirnya bertukar kerjaya, Encik Mimpi yang ditemui di Studio The New Straits Times Press (NSTP) di Kuala Lumpur, baru-baru ini, tidak lokek berkongsi perjalanan hidupnya. Sebagai artis junior, Encik Mimpi agak gementar dek kali pertama menjalani penggambaran bersama media cetak.
“Encik Mimpi memang berahsia orangnya. Saya minta maaf sebab saya tidak beritahu banyak perkara mengenai diri saya dengan imej bertopeng. Memang ramai yang nak tahu lebih mendalam, tapi saya membuat keputusan untuk tidak berkongsi kisah peribadi. Malah wajah sayapun ramai yang tidak kenal.
“Dari dulu lagi saya sudah tampil begini. Jadi apabila menyertai arus perdana, saya mahu terus kekalkan imej ini,” katanya.
Encik Mimpi mengakui dia sedia menerima risiko tampil dengan imej bertopeng.
“Saya terima apa saja yang orang ramai katakan pasal saya. Saya sendiri tidak kisah dan bersedia terima, biarpun saya tahu ia komen negatif,” katanya.
Encik Mimpi yang juga pakar teknologi maklumat (IT) berkongsi perasaan tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 bagi kategori Artis Baru Lelaki.
Terkejut apabila diberitahu, Encik Mimpi tidak pernah menyangka dirinya sampai ke tahap itu. Lebih mengujakan, dirinya tersenarai bersama selebriti seperti Nomad, Afiq Muiz dan Dazrin yang dikenali ramai. Ini membuatkan dirinya bertambah teruja bersaing dengan selebriti popular.
“Saya memang tidak sangka nama saya dicalonkan. Tetapi apabila sudah ada rezeki, tak akan kita tolak. Saya tahu peluang saya sangat tipis, sebab ramai nama kuat di dalam pencalonan itu. Saya tidak meletakkan harapan tinggi, jika ada rezeki, saya terima dengan hati terbuka,” tambahnya yang banyak menulis lagunya sendiri.
Sementara itu, melihat single pertamanya, Rindukanlah mendapat sambutan positif hingga dimainkan di stesen radio tempatan, Encik Mimpi berhasrat menghasilkan album.
Namun, dia mahu mengeluarkan single kedua dan video muzik Rindukanlah terlebih dulu. Semuanya masih dalam pembikinan dengan single keduanya dijangka dipasarkan, Februari depan.
Encik Mimpi memberitahu, dia banyak menerima tawaran daripada syarikat rakaman tempatan. Namun, dia menolak kerana tidak mahu terikat. Dia mahu bebas membuat keputusan dalam karier seninya.
Bergerak secara indie, Encik Mimpi mengharapkan pembabitannya secara serius di persada seni diterima positif.
7 Ulasan
Salam tuan tanah,..semoga encik mimpi berjaya dlm cita citanya
BalasPadamSuka lagu rindukanlah..
BalasPadambaru tahu ini orngnya en mimpi tu
BalasPadamjangan buat jenayah sudah >.<
BalasPadamSuka dgr lagunya rindukanlah...
BalasPadamwow encik mimpi my idola..love u encik mimpi hehe
BalasPadammakasih banyak atas informasinya gan,,benar2 sangat meanrik dan bermanfaat sekali gan..mantap.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan