RESEPI RENDANG PEGAGA


Assalamualaikum dan salam sejahtera

RESEPI RENDANG PEGAGA selalu korang dengar rendang daging ajer kan . Hari ni nak kongsi dengan korang satu menu yang agak pelik sikit . Rendang pegaga. Senang sahaja rupanya dan rasanya benar sedaaaap! Dan seperti biasa nak juga ubah demi kesedapan diri sendiri.


RESEPI , RESEPI MUDAH , RENDANG PEGAGA , RESEPI RENDANG PEGAGA


Rendang Pegaga.

2-3 ikat pegaga,
1 genggam ikan bilis,
1 batang serai muda,
1/2kg santan segar,
2 inci kunyit hidup,
20 biji cili padi,
1 sudu besar kerisik.
1 sudu kecil garam.

Cara-caranya

1. Tumbuk ikan bilis yang telah dibasuh dengan lumat,

2. Kisarkan santan bersama kunyit hidup, cili padi , serai . Panaskan kuali dan tuangkan bahan yang telah dikisar tadi .

3. Api sedang - sedang sahaja yer , masukkan ikan bilis . Masukkan daun pegaga beserta batangnya . Kacau rata .

4.  Masukkan sedikit kerisik dan garam, kacau sehingga kering dan pecah minyak

Dah siap !


RESEPI RENDANG PEGAGA RESEPI RENDANG PEGAGA Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 10:45:00 PG Rating: 5

5 ulasan:

  1. Wauu mudahnya. 4 step je haha terima kasih atas perkongsian ccl

    BalasPadam
  2. selalu buat ulam je pegaga..hehe

    BalasPadam
  3. Ha'ak mudah jer. Pegaga Tu sedap gak buat masak lemak hehe

    BalasPadam
  4. Sedapnya pegaga.. tak pernah makan yang versi rendang.. selalu buat ulam cicah sambal je..

    BalasPadam
  5. Sedapnya! Suka pegaga masak apa saja pun sedap. ni makan ratah macam tu je pun okay

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.