Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI RENDANG PEGAGA selalu korang dengar rendang daging ajer kan . Hari ni nak kongsi dengan korang satu menu yang agak pelik sikit . Rendang pegaga. Senang sahaja rupanya dan rasanya benar sedaaaap! Dan seperti biasa nak juga ubah demi kesedapan diri sendiri.
Rendang Pegaga.
2-3 ikat pegaga,
1 genggam ikan bilis,
1 batang serai muda,
1/2kg santan segar,
2 inci kunyit hidup,
20 biji cili padi,
1 sudu besar kerisik.
1 sudu kecil garam.
Cara-caranya
1. Tumbuk ikan bilis yang telah dibasuh dengan lumat,
2. Kisarkan santan bersama kunyit hidup, cili padi , serai . Panaskan kuali dan tuangkan bahan yang telah dikisar tadi .
3. Api sedang - sedang sahaja yer , masukkan ikan bilis . Masukkan daun pegaga beserta batangnya . Kacau rata .
4. Masukkan sedikit kerisik dan garam, kacau sehingga kering dan pecah minyak
Dah siap !

