CARA SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE


Assalamualaikum dan salam sejahtera 





CARA SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE   Zaman sekarang ni dah serba mudah, semuanya boleh buat online. korang yangnak semak penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF, korang dah tak perlu bersusah payah beratur dan tunggu giliran untuk berurusan di kaunter lagi. Dengan perkhidmatan i-Akaun, ahli KWSP dan majikan boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak simpanan KWSP mengikut keselesaan korang dari rumah atau pejabat, pada bila-bila masa saja.
Mudah sangat, terutamanya bagi korang yang nak buat pengeluaran atas keperluan tertentu – contohnya nak beli rumah atau daftar haji dengan Tabung Haji. Kalau ada caruman yang mencukupi, boleh guna duit KWSP dan tak perlu guna wang simpanan lagi.

Jadi, untuk semak KWSP online, kita kena daftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu. Jom kita tengok langkah-langkahnya.

1. DAPATKAN KOD PENGAKTIFAN

Sebelum menggunakan perkhidmatan i-Akaun, korang perlu pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad.Kalau nak tahu Kios atau Kaunter KWSP terdekat dengan lokasi anda, boleh rujuk di SINI.
Di kaunter nanti, korang akan diberi ID sementara atau Kod Pengaktifan untuk disimpan. Jangan hilangkan tau!
penyata kwsp online


2. LOGIN DI LAMAN WEB RASMI KWSP

Seterusnya, layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my seperti dalam paparan skrin di atas. Klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) >> Pengaktifan i-Akaun’.
Masukkan Kod Pengaktifan yang telah diberi semasa di kaunter KWSP tadi. Ingat, kod ini perlu diaktifkan dalam tempoh 30 hari ya. Kalau balik rumah dan terlupa nak aktifkan hingga melebihi 30 hari, kenalah minta kod yang baru.

semak penyata kwsp online

Baca terma dan syarat dan tekan butang ‘Setuju’.

3. TUKAR ID & KATA LALUAN

Sekarang boleh tukarkan ID dan kata laluan pilihan . Pastikan pilih kata laluan yang mudah diingat supaya senang nak login dengan mudah pada masa akan datang.
Imej sekuriti dan frasa rahsia akan diberikan untuk pengesahan. Bila dah settle, korang akan diberi hyperlink untuk login semula dengan menggunakan ID dan kata laluan yang baru dicipta tadi.

4. SEMAK PENYATA KWSP ONLINE / BAKI TERKINI

Jadi kita login semula dan lepas tu dah bolehlah semak penyata KWSP secara online.
Untuk menyemak baki akaun KWSP, terus klik pada pautan ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’.
Boleh print terus untuk kegunaan permohonan pinjaman perumahan atau urusan-urusan lain. Senang kan? Tak payah beratur panjang lagi.

5. BOLEH JUGA MOHON PENGELUARAN
Bila dah daftar i-Akaun, kita bukan setakat boleh semak penyata akaun KWSP saja. Kita juga boleh memohon pengeluaran atas sebab yang dibenarkan dan mengemaskini maklumat dengan mudah.
Contohnya, KWSP membenarkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan membiayai pembelian rumah, mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan ansuran bulanan pinjaman perumahan. Selain itu, ia juga boleh juga dikeluarkan bagi tujuan pendidikan seperti untuk melangsaikan hutang PTPTN.


Kalau tengok pada laman web KWSP, antara kemudahan i-Akaun KWSP ini termasuklah:
  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

So, memang mudahlah kalau kita ada i-Akaun dengan KWSP. Tak payah fikir nak bersesak cari parking, cari pejabat atau kios KWSP, dan tak payah nak beratur panjang di kaunter. Semuanya kita boleh buat sendiri di rumah kan?

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun 
klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000
CARA SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE CARA SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 12:33:00 PTG Rating: 5

11 ulasan:

  1. kaella baru try bulan lalu, sajalah nak tengok berapa.. hihi

    BalasPadam
  2. wahhhh sekarang sennag sikit dah. teringat dulu terpaksa beratur tunggu giliran teman mak check kwsp

    BalasPadam
  3. mudah bila boleh keluarkan penyata online. Dulu kena pergi kiosk dia baru dapat

    BalasPadam
  4. Nice sharing Cik CL..
    Setiap bulan sis memang akan check caruman kwsp secara online..
    Sekarang mudah semua dihujung jari..

    BalasPadam
  5. waah mudahla skrang boleh check online. kalo x jenuh kena pi cawangan kan..

    BalasPadam
  6. Zaman sekarang dah senang nak check apa-apa, semuanya di hujung jari kita nie.. Nice sharing CCL..

    BalasPadam
  7. tahu lama suami akak selalu guna hihihi...

    BalasPadam
  8. senang semua info di hujung jari..klik klik je...

    BalasPadam
  9. Kalau bekerja tanpa berhenti ..memang besar duit EPF ketika sudah tua

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.