Assalamualaikum dan salam sejahtera
SENARAI 12 BUAH LAGU BERJAYA KE FINAL ANUGERAH JUARA LAGU KE-32 | Tamat sudah Separuh Akhir Muzik-Muzik yang ke-32 pada hari ini . CCL sempat jugak layan . Kalau tidak terpaksa tengok dalam tonton.my . Tamat sudah persembahan 30 buah lagu yang layak ke separuh akhir . Malam ini hanya 12 buah lagu sahaja yang layak untuk ke Anugerah Juara Lagu ke-32 . Sengit juga punya lagu yang bertanding untuk tahun ni , banyak jugak muka-muka baru yang bertanding berjaya ke peringkat ke seterusnya . Yang tak berjaya tak mengapa, boleh cuba lagi untuk tahun yang akan datang . Jom tengok lagu mana yang layak ke final .
12 buah lagu ke final Anugerah Juara Lagu ke-32
1. Sejati
Nyanyian : Azim Caliph Buskers
2. Tergantung Sepi
Nyanyian : Haqiem Rosli
3. Jampi
Nyanyian : Hael Husaini
4. Separuh matiku bercinta
Nyanyian : Dayang Nurfaizah
5. Amboi
Nyanyian : Altimet
6. Lebih sempurna
Nyanyian : Syamel
7. Aku yang sebenar
Nyanyian : Hazama
8. Akhirnya Cinta
Nyanyian : Salma
9. Menahan Rindu
Nyanyian : Wany Hasrita
10. Aku Cinta
Nyanyian : Syamel & Ernie
11. Bayang
Nyanyian : Khai bahar
12. Warkah untukku
Nyanyian : Ara Johari
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hai uolls . Hari ni CCL nak join satu segemn yang dianjurkan oleh Blogger Amer Ridzuan . Segmen yang diberi tajuk "End Year by Amerzing" . Korang kaki-kaki join contest , segala segmen yang dianjurkan oleh blogger-blogger meh la join Segmen ini . Syarat - syarat pun sangat simple . Nak tahu info tentang srgmen ini boleh
Klik sini .
Apa hadiah menarik yang ditawarkan ?
Satu watermark hasil kreativiti Amer Ridzuan . So korang yang belum ada watermark untuk blog .ayuh la join .
Segmen ini berjalan selama 6 hari sahaja .
Bakal menutup tirai pada 13 November 2017 . So tuggu apa lagi .. klik banner atas ok
Assalamualaikum dan salam sejahtera

JOM CANTIK BERSAMA 'BEAUTY IN THE DROPS' DARI 9HERBS HEALTH & BEAUTY Pernah korang tengok keadaan seorang wanita yang biasa bersolek dengan make-up tebal pada kulit wajah ? kalau korang tidak berkesempatan untuk mekap-up sama sekali atau mungkin ketika korang sedang santai bersendirian tanpa mengenakan searang solekan pada wajah seperti kita tampil di khalayak ramai ? pernah kan , so bagaimanakah perbezaan wajah diantara kedua - dua keadaan itu ? Adakah terlalu banyak perbezaan seolah - olah korang tengah menatap dua wajah yang berbeza . Bukan menatap dua wajah orang yang sama tetapi dua orang yang berbeza. Wajah yang penuh dengan solekan akan menampilkan kesan yang ketara sampai hilang wajah asli tue . tapi disaat kalau korang tidak berpeluang mengenakan make-up dimuka sudah pasti sungguh jauh perbezaan rupa wajah , kelihatan pucat dan tak berseri .Apa yang ada cuma wajah kulit yang kusam . So kalau nak tampil cantik dan berseri walaupun bermake-up atau pun tanpa make-up kena cari produk yang sesuai untuk kulit muka korang . Apa kata kita cuba produk 'Beauty In The Drops (BitD) produk kecantikkan keluaran syarikat 9Herbs Health & Beauty .

Apa itu Beauty In The Drops (BitD) ?
Produk Beauty in the Drops (Drops) salah satu produk keluaran 9Herbs Health & Beauty . Beauty in the Drop (BitD) adalah UV Face Primer + Luminous Day Serum. Ia sesuai digunakan pada waktu siang kerana mengandungi SPF15. Produk ini dikhususkan untuk kaum perempuan yang nakkan kulit glowing mowing , berseri , cerah terutama yang terlalu terdedah pada cuaca yang panas .Seum peningkatan kulit ini mengandungi Minyak Argan , Minyak Jjoba yang kaya dengan antioksidan dan membantu mengawal munyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit . Ia juga idisuntik dengan Vitamin E untuk faedah berkhasiat dan anti penuaan . Ia mempunyai kewangian yang menyegarkan dari minyak aromaterapi . Untuk korang yang suka bermake-up produk Beauty in the Drops (BitD) ini sesuai sebagai primer make-up yang membolehkan make-up korang akan tahan sehingga 12 jam .
Beauty in the Drops berkesan merawat
- merawat bintik hitam & tompok hitam pada wajah
- mengurangkan garis halus & kedutan
- menutup liang pori bekas jerawat
- anti penuaan
- mencerahkan wajah
- melembapkan wajah
- menegangkan kulit wajah
- meremajakan & menganjalkan kulit
- merawat kulit kusam
- menjadikan wajah jelita secara semulajadi
- merawat kulit berminyak
- menghilangkan jerawat halus
- menghalang pertumbuhan jerawat baru
- memberikan kesan glowing pada wajah
- merawat masalah kulit kering
- menghaluskan kulit wajah
- merawat tona kulit tak sekata
- melembutkan kulit wajah
Bahan yang terkandung dalam Beauty in the Drops
kaya dengan Vitamin E dan Omega 3,6, & 9 yang sesuai untuk semua jenis kulit . Minyak argan juga bertindak sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit .Selain itu minyak argan juga berfungsi sebagai melembapkan dan menegangkan kulit wajah .Mengatasi jerawat ,radang dan surnburn serta menjadikan kulit lembut dan bersinar semulajadi .
ianya lilin cair atau Wax Ester yang memiliki ciri - ciri yang smaa dengan struktur kulit manusia . Ianya sesuai untuk kulit sensitif . berfungsi sebagai melembut , melembap , menghaluskan kulit . Ianya juga dapat mengatasi masalah kulit muka berminyak dan sekaligus mencegah jerawat pada kulit wajah . selai itu minyak jojoba juga ada keistimewaan sendiri yang dapat mencegah oksidasi kulit dari pada penuaan
Cara penggunaan Beauty in the Drop (BitD)
- goncang Beauty in the Drop (BitD) sebelum guna .
- picit hujung getah penitis kemudian lepaskan
- longgarkan penitis dari bekas kaca kemudian titiskan pada dagu ,pipi , hidung , dan dahi .
- ratakan ke seluruh wajah dan boleh mulakan make-up korang seperti biasa
Berapa lamakah penggunaan Beauty in the Drop (BitD)
- satu botol Beauty in the Drop (BitD) ini mengandungi 30ml bersamaan 750 titik dan ianya dapat bertahan selama 3 hingga 4 bulan mengikut kekerapan penggunaan
berminat untuk dapatkan produk Beauty in the drops . boleh dapat kan melalui maklumat di bawah
- Website 9Herbs Health & Beauty http://www.9herbs.com/
- Facebook : https://www.facebook.com/9herbsMY/
- Instagram https://www.instagram.com/9herbsmy/
- Whatsapp ; 012-4540187 / 012-2151837
#9Herbs #9HerbsHealthBeauty #BeautyInTheDrop #SaveEffectiveConvient
Assalamualaikum dan salam sejahtera
BAJU PANDA COMEL HADIAH DARI BLOGGER WWW.BAJUWARNACOKLAT.COM | Minggu lepas CCL ada terima satu parcel dari abang posmen . Nak tahu apa isi yang ada dalam parcel tersebut ? Semestinya barangan seperti gambar di atas . CCL dapat panda yang comel . Yeahh comel sangat- sangat tau . Sebenarnya hari tue CCL ada join Giveaway Ini . Pemenang pun owner Giveaway tersebut dah umumkan , secara tidak langsung CCL terpilih untuk menjadi pemenang dalam Giveaway tersebut . Seronok yang amat la ,bukan selalu ada rezeki untuk menang.
Terima kasih blogger www.bajuwarnacoklat.com pilih blog CCL sebagai pemenang Giveaway tersebut .
Taraaaa !!! Sehelai baju tidur panda . Cantik ke tak . Comelkan baju tidur ni memang mengikut citarasa kesukaan CCL . Saiz baju pun muat- muat dengan CCL sesuai dan selesa di pakai .Terima kasih hadiahkan baju tidur yang comel ni . CCL doakan semoga murah rezeki selalu ya .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
lirik lagu Menahan Rindu nyanyian Wany Hasrita
Sejenak ku termenung
Awan pun mulai murung
Tiada siulan-siulan burung burung
Menemani hari ku
Menemani sepi ku
Tersiksa angkara menanggung rindu
Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma
Memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini
Biarlahku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku
Menahan rindu
Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma
Memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini
Biarlahku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku
Menahan rindu
Menahan rindu
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
SINOPSIS DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU ADAPTASI DARI NOVEL MR.HOT GUY Isnin bersamaan 30 Oktober merupakan episod terakhir untuk Titian Cinta slot Drama Akasia . so next day drama baru bakal menggantikan Titian Cinta tersebut . Ok lepas nih dah tak dapat tengok Umayr Haris & Aisy berlakon kan . Drama baru yang bakal mengantikan Titian Cinta tersebut juga salah satu drama yang diadaptasikan dari novel yang berjudul ' Mr Hot Guy ' karya Danisya Rahmat . tapi drama tersebut ditukarkan tajuk kepada 'Lelaki Itu Pemilik Hatiku. Ermm , sedap sikit tajuk ni . ok drama Lelaki itu pemilik hatiku ini yang diterbitkan oleh A.Aidaproduction dan sutradara Zul Huzaimy akan bersiaran pada hari Selasa bersamaan 31 0ktober 2017 selama 32 episod . So kalau jalan ceritani best jangan lupa follow sampai habis .

Antara pelakon - pelakon yang menjayakan drama 'lelaki ini pemilik hatiku ' Raja Afiq yang memegang watak sebagai Luqman Hakimi , Puteri Aishah sebagai Nurin Kamila . Syazuwan Hassan membawa watak Aiman , Julia Farhana Marin sebagai Adrea dan Natasha Mahyan sebagai Yani . Ini merupakan barisan peneraju utama dalam drama ini , nak tahu lebih lanjut sape lagi yang berlakon jangan lepaskan setiap episod satu sehingga episod 32 drama ni .
sinopsis drama lelaki ini pemilik hatiku
Kisah Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila.
Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya.
Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea. Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.
Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.
Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula. Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya? sama - sama kita menonton drama Lelaki Ini Pemilik Hatiku
Lagu OST drama lelaki ini pemilik hatiku