Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni – Langit Biru Cantik Betul !!

 Assalamualaikum dan hai semua 

Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni – Langit Biru Cantik Betul !! Pagi ni bila buka pintu, terus nampak langit yang cantik, perghh lawa betul !! .. warna biru lembut dengan cahaya matahari yang malu-malu nak keluar .. Suasana tenang gila burung pun dah start buat konsert pagi berlawan dengan seruan moto dan kereta yang lalu ditepi jalan ni .   Angin pagi ni memang lain macam, sejuk tapi best. Rasa macam taknak sibuk fikir apa-apa, nak chill je sambil hirup udara segar.. Suasana macam ni memang buat rasa nak duduk luar rumah lama-lama.. layan vibe pagi ni sampai matahari betul-betul naik .

Beberapa Gambar View Pagi Tadi , Lawa Kan Langit Pagi Ni, Sambil Layan Udara Segar, Sempat Snap Gambar , Pemandangan Pagi Yang Tenang,  Langit Biru, Matahari Baru Nak Muncul ,View Simple Tapi Menenangkan  ,Moment Pagi Yang Sempat Dirakam ,Sinar Matahari Lembut, Langit Pun Manis Warnanya ,Suasana Pagi Yang Buat Rasa Tenang Gila

Beberapa Gambar View Pagi Tadi , Lawa Kan Langit Pagi Ni, Sambil Layan Udara Segar, Sempat Snap Gambar , Pemandangan Pagi Yang Tenang,  Langit Biru, Matahari Baru Nak Muncul ,View Simple Tapi Menenangkan  ,Moment Pagi Yang Sempat Dirakam ,Sinar Matahari Lembut, Langit Pun Manis Warnanya ,Suasana Pagi Yang Buat Rasa Tenang Gila

Beberapa Gambar View Pagi Tadi , Lawa Kan Langit Pagi Ni, Sambil Layan Udara Segar, Sempat Snap Gambar , Pemandangan Pagi Yang Tenang,  Langit Biru, Matahari Baru Nak Muncul ,View Simple Tapi Menenangkan  ,Moment Pagi Yang Sempat Dirakam ,Sinar Matahari Lembut, Langit Pun Manis Warnanya ,Suasana Pagi Yang Buat Rasa Tenang Gila

Beberapa Gambar View Pagi Tadi , Lawa Kan Langit Pagi Ni, Sambil Layan Udara Segar, Sempat Snap Gambar , Pemandangan Pagi Yang Tenang,  Langit Biru, Matahari Baru Nak Muncul ,View Simple Tapi Menenangkan  ,Moment Pagi Yang Sempat Dirakam ,Sinar Matahari Lembut, Langit Pun Manis Warnanya ,Suasana Pagi Yang Buat Rasa Tenang Gila

Sambil layan view tu, sempat tangkap beberapa gambar view pagi ni. Cantik sangat, rasa rugi kalau tak simpan moment ni..tengok langit, tarik nafas panjang, dan senyum sendiri.. Kadang bila tengok langit luas tu, rasa semua masalah pun kecil je. Macam langit tu bisik, “relax lah, semua akan okay.” 


Moment macam ni memang jarang dapat, sebab hari biasa sibuk dengan kerja, dengan rutin harian. Tapi bila ada masa macam ni, memang nikmat betul. Tenang kepala, ringan hati.

Beberapa Gambar View Pagi Tadi , Lawa Kan Langit Pagi Ni, Sambil Layan Udara Segar, Sempat Snap Gambar , Pemandangan Pagi Yang Tenang,  Langit Biru, Matahari Baru Nak Muncul ,View Simple Tapi Menenangkan  ,Moment Pagi Yang Sempat Dirakam ,Sinar Matahari Lembut, Langit Pun Manis Warnanya ,Suasana Pagi Yang Buat Rasa Tenang Gila

Beberapa Gambar View Pagi Tadi , Lawa Kan Langit Pagi Ni, Sambil Layan Udara Segar, Sempat Snap Gambar , Pemandangan Pagi Yang Tenang,  Langit Biru, Matahari Baru Nak Muncul ,View Simple Tapi Menenangkan  ,Moment Pagi Yang Sempat Dirakam ,Sinar Matahari Lembut, Langit Pun Manis Warnanya ,Suasana Pagi Yang Buat Rasa Tenang Gila


Sekarang ni CCL sambil taip entri pun masih terasa bau pagi tu. Harap hari ni terus jadi hari yang baik penuh dengan vibe positif dan senyuman ..



Top Commentators Of September 2025 : Tahniah Blogger Rawiwa !!

 Assalamualaikum dan hai semua 

Top Commentators Of September 2025: Tahniah Blogger Rawiwa !! Dah pun masuk 4 hari bulan Oktober … baru hari ni CCL sempat umumkan juara Top Commentators untuk bulan September. Hehe, walaupun agak terlambat sikit, jangan risau… sebelum September berakhir CCL dah sempat screenshot senarai Top 10 Commentators.

Top Commentators September 2025, Senarai Top Commentators Blog, Blogger paling aktif komen September, Pengumuman Top Commentators Blog

Juara Top Commentators September jatuh kepada… Blogger Rawiwa...Wahh nampaknya blog CCL ada pencalonan baru kali ni! Terima kasih banyak kerana sudi singgah, baca dan tinggalkan komen di blog CCL yang kadang-kadang macam chipsmore… kejap ada, kejap hilang 😅.

Kepada akak Rawiwa, boleh email detail pada CCL di virgoyana61@yahoo.com, supaya CCL dapat poskan hadiah kecil sebagai tanda penghargaan. Tahniah sekali lagi! 

Tak lupa juga ucapan terima kasih & tahniah kepada semua Top 10 Commentators September serta rakan-rakan blogger lain yang konsisten tinggalkan jejak setiap bulan. Kehadiran dan komen uguys semua buat blog CCL ni  terus hidup dan ceria...




Misi Kemanusiaan Gaza: Dana RM7 Juta Dibuka oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia

 Assalamualaikum dan hai semua

Misi Kemanusiaan Gaza: Dana RM7 Juta Dibuka oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia Tengahari tadi, sambil scroll Facebook, ternampak perkongsian di wall Nadhir Al- Nuri. Isu yang tengah hangat diperkatakan sekarang, tak lain tak bukan  tentang misi Gaza.

Misi kemanusiaan Gaza, Sumud Flotilla 2025, Bantuan ke Gaza, Dana RM7 juta Gaza, Persatuan Cinta Gaza Malaysia

Hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, jom kita sama-sama ambil peluang untuk hulurkan sumbangan. Setakat tengahari tadi, dana baru mencapai 71%, iaitu sekitar RM3.5 juta daripada sasaran penuh RM5 juta. ..Alhamdulillah, berita gembira! CCL tumpang gembira , Dana sasaran RM5 juta untuk misi kemanusiaan Sumud Flotilla ke Gaza akhirnya berjaya dicapai. 

Misi kemanusiaan Gaza, Sumud Flotilla 2025, Bantuan ke Gaza, Dana RM7 juta Gaza, Persatuan Cinta Gaza Malaysia

Tapi perjuangan belum selesai. Sekarang, Persatuan Cinta Gaza Malaysia telah membuka sasaran dana baharu sebanyak RM7 juta. Dana tambahan ini sangat penting untuk menampung kos perjalanan, logistik dan juga bantuan kemanusiaan yang lebih besar untuk rakyat Palestin.

Misi kemanusiaan Gaza, Sumud Flotilla 2025, Bantuan ke Gaza, Dana RM7 juta Gaza, Persatuan Cinta Gaza Malaysia

Bayangkan, sumbangan kita boleh jadi sebahagian daripada misi besar ini. Semoga Allah permudahkan perjalanan mereka dan terima segala usaha kita yang kecil ini sebagai saham akhirat. Yang berniat ikhlas nak beri sedikit sumbangan boleh ke https://donate.infakpalestin.com/order/form/sumudnusantara

Misi kemanusiaan Gaza, Sumud Flotilla 2025, Bantuan ke Gaza, Dana RM7 juta Gaza, Persatuan Cinta Gaza Malaysia

Alhamdulillah,walaupun laluan yang dilalui bukanlah mudah. Perjalanan ke Gaza bukan perjalanan biasa. Ia perjalanan penuh risiko, tapi itulah jalan yang mereka pilih demi membawa bantuan buat rakyat Palestin.. Perjalanan ke Gaza bukan mudah. .. ada beberapa anak kapal yang telah ditawan oleh pihak Israel.. Tapi tak mematahkan semangat kru dan sukarelawan lain untuk terus membawa bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza. Perjuangan ni memang penuh risiko, tetapi mereka tetap berani mengharunginya demi saudara seagama dan demi kemanusiaan


Hai Oktober

 Assalamualaikum dan hai semua 

Hai Oktober  

Permulaan Oktober 2025 dengan kisah santai blogger – cabaran sibuk September, demam & hilang suara, cuti pendek release tension, serta training sistem e-invoice."


Dah 3 hari masuk bulan Oktober. Pejam celik pejam celik, tak lama lagi nak hujung tahun 2025 dah pun. moga setiap hari yang terisi segala aktiviti mendapat keberkatan dari Allah SWT ... Mood nak menulis blog baru pun datang balik. Bulan September memang bulan paling sibuk… sibuk kerja, sibuk dengan macam-macam hal. Kadang rasa stress sampai tahap nak burnout. Ditambah pula dengan sakit badan, demam beberapa hari, lepas tu first time hilang suara dua hari. Memang ambil masa jugalah untuk rehat sebelum sambung kerja semula.. Nasib baik sempat juga curi masa pergi bercuti kejap  outstation, jalan-jalan, makan-makan. Lepas tu rasa lega sikit, dapat buang segala tekanan kerja.

Permulaan Oktober 2025 dengan kisah santai blogger – cabaran sibuk September, demam & hilang suara, cuti pendek release tension, serta training sistem e-invoice."

Masuk 1 Oktober, kembali ke ofis macam biasa. Walaupun tengok jadual bulan ni penuh setiap minggu, harap dapat hadap dengan tenang tanpa stress.. Cerita pasal kerja, masih lagi dalam fasa training sistem baru e-invoice tu. Fuhh… memang complicated betul. Last-last boss decide tak nak teruskan dulu, pakai balik sistem lama. Diorang nak buat survey dulu sebelum finalize. Alhamdulillah lega sangat ..

Apa pun, welcome Oktober! Harap bulan ni lebih tenang, lebih banyak senyum, dan lebih banyak rezeki. 


Sepasang Telekung Siti Khadijah

Assalamualaikum dan hai semua

Sepasang Telekung Siti Khadijah Hari ni CCL nak share satu berita gembira… CCL dapat hadiah kecemasan dari blogger Kak Notie! Hehe..sebenarnya ini hadiah khas daripada giveaway yang Kak Notie anjurkan hari tu ..  Giveaway tu konsep dia siapa cepat, dia dapat. Haaa gituu… dan yang menariknya, CCL adalah peserta paling terakhir join yang terkeluar dari landasan .. sebab apa terkeluar landasan .. Kak Notie hanya cari 10 peserta sahaja .CCL peserta yang ke-11 .. Alhamdulillah rezeki masih ada sebab Kak Notie sudi terima penyertaan CCL. Terima kasih banyak ya Kak Notie..


Dah banyak hari parcel ni dah selamat sampai, cuma CCL baru sempat keluarkan entri hari ni. Bila buka bungkusan tu… masyaAllah, sepasang telekung Siti Khadijah warna putih terselit lace yang cantik di setiap hujung. Simple tapi tetap nampak eksklusif. Tak sarat corak, minimalist dan kemas ..memang kena sangat dengan citarasa CCL.

Lepas ni bolehlah CCL pakai telekung pemberian Kak Notie setiap kali solat. InsyaAllah, semoga doa-doa yang dipanjatkan dalam telekung ini turut mengalir pahala untuk Kak Notie juga.

Eh Kak Notie, ada anjurkan Giveaway Saham Akhirat 2.0 .. siapa cepat dia dapat ..so uguyss pergi join cepat ..  yang belum pernah singgah ke ruangan blog kak Notie . Boleh laa singgah https://sajesuka-suka-notie.blogspot.com/

Sekali lagi, terima kasih Kak Notie atas hadiah istimewa ini.



Menang Giveaway Blogger Mummy Ayu – Cup Crochet, Coaster & Keychain Handmade

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menang Giveaway Blogger Mummy Ayu – Cup Crochet, Coaster & Keychain Handmade Bulan lepas CCL sempat join satu giveaway dari blogger Mummy Ayu. Alhamdulillah, rezeki berpihak kat CCL sebab berjaya jadi salah seorang pemenang bertuah. Hehe.. Hadiah pun dah selamat sampai hujung bulan lepas lagi, tapi biasalah kan... CCL asyik tak sempat nak update. So hari ni baru ada masa nak share kat sini.

Giveaway Blogger Mummy Ayu, Hadiah crochet handmade,Cup crochet comel, Crochet coaster, Keychain aiskrim crochet

Apa yang CCL dapat? Jeng jeng jeng!

👉 Cup crochet

👉 Cup coaster

👉 Keychain aiskrim

CCL share sikit gambar hadiah ni nanti kat bawah ya, kasi korang cuci mata sekali. Hehe 

Giveaway Blogger Mummy Ayu, Hadiah crochet handmade,Cup crochet comel, Crochet coaster, Keychain aiskrim crochet

Giveaway Blogger Mummy Ayu, Hadiah crochet handmade,Cup crochet comel, Crochet coaster, Keychain aiskrim crochet

Giveaway Blogger Mummy Ayu, Hadiah crochet handmade,Cup crochet comel, Crochet coaster, Keychain aiskrim crochet

Mummy Ayu hadiahkan hasil tangan ibu beliau sendiri iaitu cup crochet, cup coaster & keychain aiskrim. Serius comel gila!  Anyaman kemas, warna pun sweet sangat – gabungan pink peach dengan hijau, memang kena dengan jiwa girly.Terima kasih banyak-banyak buat Mummy Ayu & ibu beliau. CCL suka sangat dengan hadiah ni. Memang boleh guna dan dalam masa sama jadi kenangan manis sebab hasil crochet handmade, bukan senang nak dapat tau ..

Yang bestnya, bila pegang tu rasa lain macam sebab kita tahu ianya handmade, penuh dengan hasil seni & kesabaran. Memang nampak jelas betapa telitinya kerja tangan ibu Mummy Ayu. Boleh bayang betapa sabarnya nak kait satu-satu sampai jadi cantik macam ni..

Terima kasih banyak-banyak buat Mummy Ayu & ibu beliau. CCL suka sangat dengan hadiah ni. Boleh guna untuk letak cawan, boleh jugak jadi hiasan meja. Keychain aiskrim tu pula boleh CCL gantung pada beg telekung . 

Kalau korang nak kenal dengan Mummy Ayu, jangan lupa singgah blog Mummy Ayu Banyak cerita menarik, perkongsian santai, 



Kehilangan Lagi .. Al-Fatihah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kehilangan Lagi .. Al-Fatihah Kehilangan lagi .. ya kehilangan .. baru dua hari lepas CCL kehilangan makjang Jah .. hari ini sekali lagi CCL dikejutkan dengan berita pemergian Pakteh Lan. Allahuakbar. Arwah Pakteh Lan memang sakit,baru 3 bulan lepas dapat tahu dia penghidap kanser tahap 3. Ulang-alik hospital, buat rawatan kimoterapi pun tak berkesan. Doktor pun maklumkan pada keluarga sel kanser sudah merebak ke seluruh saraf termasuk otak. Beberapa hari lepas Pakteh dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas, terlantar tanpa sedarkan diri. Petang tadi CCL terima panggilan telefon dari anak pakteh… abah dia dah tiada. Innalillahiwainna ilaihirojiun.


Jenazah sudah dibawa pulang selepas Maghrib. Semua adik beradik berkumpul di rumah pakteh. Pukul 8.30 malam tadi, CCL balik dari kerja terus singgah rumah pakteh , sebab CCL dah start on duty pagi esok memang susah nak tukar shift, tak sempat nak ikut ke kubur .InsyaAllah esok jam 11 pagi arwah akan dikebumikan. Al-Fatihah buat arwah Pakteh Lan. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Kehilangan Dua Orang Dalam Sebulan, Hanya Doa Mengiringi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kehilangan Dua Orang Dalam Sebulan, Hanya Doa Mengiringi Dalam masa tak sampai sebulan, Allah uji dengan kehilangan dua adik beradik terdekat... Baru saja hati CCL ini cuba kuat dengan pemergian sepupu, pagi tadi kira-kira jam 9.30 pagi, mak sepupu ( Makjang Jah) pula dijemput pulang ke negeri abadi. Allahuakbar, berat sungguh rasa hati ini...

Arwah Makjang Jah memang dah lama sakit, asyik keluar masuk hospital... ada kencing manis & penyakit tiga serangkai. Mata pun semakin kabur, tak nampak dengan jelas. Beberapa hari lepas Makjang Jah masuk hospital dan ditidurkan. Pagi tadi CCL dapat panggilan Makjang Jah dah tak ada... Hilanglah seorang lagi adik beradik terdekat..

alfatihah buat arwah, pemergian insan tersayang, kehilangan dalam keluarga, arwah sepupu, arwah makjang jah, doa untuk arwah, penyakit tiga serangkai


Sedih memang sedih. Baru saja kehilangan sepupu, kini maknya pula pergi. Tinggallah pakjang & adik bongsu Zarif selepas pemergian dua orang tersayang. Moga mereka berdua terus kuat menghadapi ujian Allah ini.

Baca juga : Pemergian Arwah Sepupu di Usia Muda

Semoga arwah Makjang Jah & arwah sepupu CCL, Mat Zahier, ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Semoga dipermudahkan urusan akhirat mereka di sana. Mohon jasa baik semua untuk sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah sepupu & Makjang Jah. 


Rezeki Blogwalking: Blog CCL di Wall of Fame Blogger Bola Katok

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rezeki Blogwalking: Blog CCL di Wall of Fame Blogger Bola Katok Hari ni CCL ada masa free sikit, sempat laa curi-curi blogwalking ke beberapa blog rakan blogger. Tengah syok berjalan tu, ternampak satu entri 'Top Commentators Bulan Ogos 2025' di blog Blogger Bola Katok . .Setahu CCL, blogger Bola Katok ni baru je letak widget Top Commentators di sidebar blog beliau. Tak sangka pula bulan ni CCL terpilih sebagai salah seorang Top Commentators Ogos. Alhamdulillah, rezeki CCL boom blogwalking dan rajin tinggalkan komen berbaloi juga   ..

blogwalking, top commentators, wall of fame blog, blogger bola katok  entri terbaru blog

Sebagai tanda penghargaan, Blogger Bola Katok siap buat ‘Wall of Fame’ widget khas di sidebar blog beliau. Widget tu akan paparkan entri terkini blog Cik Cappuccino Latte berserta gambar profile kecil di bahagian bawah kiri. Menarik kan? Rasa macam ada spot khas di blog orang..Terima kasih juga kepada Blogger Bola Katok sebab sudi letakkan blog CCL di sidebar beliau. Walaupun nampak simple, tapi sebenarnya besar maknanya untuk seorang blogger. Sekurang-kurangnya, dapat tambah trafik, backlink dan eratkan lagi hubungan sesama blogger lain serta dapat kenal ramai blogger lain dan bina komuniti kecil yang saling support.

So uguys , kalau ada masa free, jangan lupa blogwalking Blog BolaKatok. .rezeki datang dalam bentuk kecil macam ni dapat ‘Wall of Fame’ percuma ..

Terima kasih sekali lagi untuk Blogger Bola Katok atas penghargaan ni. Semoga lebih ramai blogger Malaysia terus aktif berkongsi cerita, pengalaman dan ilmu dalam dunia blog.



Terima Parcel Dari Blogger Mummy Ayu & Blogger Kak Notie

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Terima Parcel Dari Blogger Mummy Ayu & Blogger Kak Notie Balik kerja hari ni, terus masuk bilik nak rehat sekejap. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan… rasa lega sangat bila dapat tenangkan fikiran selepas sehari suntuk kerja. Tengah rehat tu, mata CCL tiba-tiba tertumpu pada dua parcel atas meja.

Parcel hadiah dari blogger, Giveaway blogger Malaysia, Telekung hadiah giveaway, Blogger Mummy Ayu, Blogger Kak Notie

Parcel pertama datang daripada blogger Mummy Ayu (MA). Sebenarnya parcel ni dah sampai hujung bulan lepas. CCL dah buka isi dalamnya, tapi belum sempat lagi nak update entri khas. InsyaAllah akan ada satu posting khas unboxing hadiah Mummy Ayu nanti.


Parcel hadiah dari blogger, Giveaway blogger Malaysia, Telekung hadiah giveaway, Blogger Mummy Ayu, Blogger Kak Notie


Parcel kedua pula baru sampai dua hari lepas, dari blogger Kak Notie. Memang tak sabar nak buka sebab dah tahu isinya adalah sepasang telekung. Cuma belum sempat unboxing lagi. Rasa macam kejap lagi nak buka, nak tengok telekung warna apa, corak macam mana. CCL yakin mesti cantik, 

CCL nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Mummy Ayu & Kak Notie sebab memilih CCL sebagai salah seorang pemenang giveaway. Rezeki kecil macam ni besar maknanya, bukan saja sebab hadiah tapi lebih kepada ukhuwah & semangat support sesama blogger.

InsyaAllah dalam entri seterusnya, CCL akan kongsikan review hadiah parcel blogger ni dengan lebih detail. Stay tuned yaa!

Working Mode On! Lepas Cuti Panjang Sebab Demam

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Working Mode On! Lepas Cuti Panjang Sebab Demam Cuti panjang kali ni bukan sebab holiday ke mana-mana, tapi sebab CCL demam. Bila badan tak sihat, memang tak boleh nak paksa diri juga. CCL ambil cuti untuk rehat dulu bagi pulih tenaga... Alhamdulillah, lepas beberapa hari rehat baru boleh start masuk office semula. Ni pun tak betul-betul recovery lagi .

cuti panjang sebab demam, kerja selepas cuti sakit, cabaran masuk kerja lepas demam, adapt dengan sistem baru, working mode on selepas cuti


Tapi biasalah, bila cuti lama sebab sakit, masuk kerja balik memang terasa banyak kerja yang tertunggak. Bertimbun-timbun nak kena settle. Lagi-lagi sekarang ni company CCL tengah tukar sistem baru. Jadi nak tak nak, memang kena terus working mode on. . Bayangkan, baru baik demam, tenaga pun tak sepenuhnya pulih, dah kena adapt dengan sistem baru pula. .Memang mencabar. Kalau sikit-sikit bolehlah tangkap, tapi bila banyak, kena banyak buat research dan practice.Nak cepat faham sistem baru ni, memang kena rajin explore. Kalau tak, nanti ketinggalan.

Antara kerja utama yang perlu settle sekarang ni  check data-data guest. Kerja nampak mudah, tapi detail dia banyak. Silap key-in satu nombor pun boleh jadi masalah besar. Jadi memang kena fokus lebih, walaupun badan baru nak recover dari demam.

4 Hari Menyepi, 4 Hari Juga Rehat Badan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

4 Hari Menyepi, 4 Hari Juga Rehat Badan Beberapa hari lepas, CCL ambil masa untuk ‘pause’ sekejap. Sebelum ni badan dah mula bagi signal sakit-sakit, lenguh satu badan. Mungkin sebab terlalu fokus nak siapkan kerja, sampai lupa nak rehat betul-betul. Rehat hanya cukup sekadar makan dan solat, lepas tu sambung semula kerja. Walaupun setiap hari ada masa sejam untuk rehat, tapi biasalah... bila dah fokus, rehat pun rasa tak cukup.Akhirnya, badan sendiri tewas, badan pun dah bagi isyarat. Allah bagi sakit ni tanda badan perlu berhenti rehat sekejap, jangan terlalu paksa diri. Jadi, 4 hari jugalah CCL bercuti untuk speed recovery.

rehat badan, sakit badan kerana kerja, cara pulihkan badan letih, demam panas sebab cuaca, cara rawat badan lenguh, pentingnya jaga kesihatan,

Cuaca pun memang tak menentu, kejap hujan kejap panas. Badan pun terkesan, demam panas datang. Mujur CCL tak kena selsema, cuma batuk ringan dengan sakit tekak. Badan rasa lemau, sendi-sendi pun lenguh. Syukur lepas makan ubat, ada rasa lega sikit.

Bila rasa tak bertenaga, CCL pun mula cari mineral bubble O2 dan air sarang burung. Kononnya nak bantu sejukkan badan. Malam-malam pula, memang terasa badan panas semacam, tapi bila minum air tu, ada la rasa sedikit lega.

Syukur alhamdulillah dah rehat 4 hari nii badan pun dah  mula pulih perlahan-lahan. Hari ni pun CCL  dah mula msuk kerja .  Harapnya selepas ni lebih pandai jaga rehat. Kerja tu memang takkan habis, tapi kesihatan kena utamakan juga ..



Hari Lahir Adik CCL – 4 September

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hari Lahir Adik CCL – 4 September

Hari jadi adik CCL, 4 September birthday, Kek hari jadi untuk adik, Hadiah hari lahir adik  Sambutan birthday keluarga

4 September ni hari Lahir adik CCL.. Kebetulan hari ni CCL balik kerja pun dah lewat, memang letih sangat sebab dua hari berturut-turut meeting dari pagi sampai tengahari. Tambah pula customer pun tak putus-putus datang. Memang terus ‘auto’ sakit kepala ..

Jadi untuk kali ni tak sempat nak buat makan-makan sempena birthday adik. InsyaAllah dalam dua tiga hari lagi kalau ada masa free, CCL nak bawa family keluar makan-makan sama-sama. Tak lengkap sambutan hari lahir kalau tak ada kek kan? Nanti boleh laa belikan kek hari lahir untuk adik ..

Hadiah pula, CCL bagi adik pilih sendiri. Biar tak surprise pun tak apa, janji dapat tunaikan apa yang dia nak. Kadang-kadang hadiah yang berkenan di hati tu lebih bermakna daripada kita teka-teka sendiri.

Semoga adik CCL sentiasa sihat, murah rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat selalu. Semoga sentiasa sukses dalam apa jua bidang..Happy Birthday! 


Top Commentators Of August 2025 : Tahniah Blogger Cik Suka Taip

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentators Of August 2025 : Tahniah Blogger Cik Suka Taip 

Top Commentators blog, Top Commentator Ogos, Blog CCL Top Commentators, Pemenang Top Commentator bulan Ogos, Blog CCL komentar aktif,

Alhamdulillah, bulan Ogos dah berakhir dan Top Commentators blog CCL dah pun dikenalpasti! ..menariknya kali ni ada pencalonan baru yang tersenarai! Jarang-jarang sekali masuk carta, tapi sekali masuk… terus juara! Tahniah kepada blogger Cik Suka Taip. Untuk Nina boleh hantar detail ke email virgoyana61@yahoo.com supaya CCL boleh pos sedikit hadiah sebagai tanda penghargaan. Sekaligus, ni cara CCL kongsi rezeki dengan rakan blogger lain yang tak jemu singgah dan memeriahkan blog.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi tinggalkan komen, kongsi pendapat.. Komen-komen uguys semua memang buat blog CCL ni  hidup dan meriah. Setiap perkongsian, sekecil mana pun, sangat bermakna.

Teruskan menyokong dan jangan malu-malu untuk komen di entri seterusnya. Siapa tahu, bulan depan nama uguys pula muncul sebagai Top Commentator! 


Finalize Kerja Awal Bulan September, Hadap Sistem Baru

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Finalize Kerja Awal Bulan September, Hadap Sistem Baru

Bila masuk bulan baru, automatik meja kerja pun penuh dengan fail lama campur fail baru. Kadang-kadang CCL rasa macam tak cukup tangan nak buat semua. Tapi biasalah, itu memang lumrah kerja kat opis nii .. Ada masa sibuk sampai tak sempat nak angkat telefon, ada masa pula boleh tarik nafas panjang sebab kerja agak reda. Dua tiga hari kebelakangan ni memang CCL berkawan rapat dengan kertas kerja yang satu nii . Hari ni nak finalize semua list supaya tak serabut kepala. Awal bulan September ni bila tengok semula jadual kerja, memang nampak esok dah mula sibuk. Lepas tu ada masa bertenang sekejap, tapi ikut nasib juga. Kalau dapat kertas kerja yang baru CCL kena hadap la jugak kan. Nak tak nak, dah nama pun kerja..

kerja pejabat, jadual kerja, sistem baru pejabat, training sistem baru, tugasan kerja harian, finalize dokumen, laporan bulanan, fail kerja,

Bulan ni agak mencabar sebab CCL & semua staff kena mula guna sistem baru di tempat kerja. Masa training sistem baru haritu, trainer sempat ajar sikit-sikit je. Tak habis sepenuhnya. Jadi, semua staff kena ulangkaji sendiri. CCL sendiri baru sempat tengok rupa sistem tu dua kali saja, selebihnya memang tak sempat nak curi masa.

Awal bulan biasanya lebih banyak melibatkan penyusunan jadual kerja CCL nak kena pastikan semua tugasan ikut timeline.Penyediaan report bulanan pula selalu boss CCL yang uruskan , berkaitan Fail pelanggan / dokumen syarikat selalu jadi penyumbang utama pening kepala CCL . Kena teliti satu per satu .. Awal bulan seperti biasa ada briefing atau meeting kecil-kecil nak kena recap balik apa yang dah archive tahun lepas , apa yang belum archive . Mujur hari ni boss CCL masuk sekejap jenguk-jenguk keadaan di opis walaupun hari ni boss masih lagi mood cuti .. 


Pagi tadi pula, dapat WhatsApp dari trainer sistem. Katanya, jangan key in sebarang data sebab pihak teknikal nak reset semula. Maknanya minggu ni akan ada tarikh rasmi bila semua staff kena mula guna sistem baru tu..Tak dinafikan, bila fikir-fikir balik, awal bulan memang penuh dengan macam-macam tugasan. Tapi kalau dah settle awal, hati pun rasa lebih tenang. Harapnya bila mula guna sistem baru nanti, semuanya jadi lebih mudah dan cepat. kerja pun lancar . 

Kerja-kerja ni nampak remeh, tapi kalau tangguh sehari dua boleh jadi berganda banyaknya. Itu yang buat CCL ambil pendekatan "buat terus, jangan tunggu." Bila semua kerja pejabat dah settle awal, barulah boleh buat kerja lain dengan lebih tenang . Tak gitu kann .. 

Salam 1 September 2025 !

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Salam 1 September 2025 ! Selamat pagi Isnin semua. Selamat bercuti kepada yang masih bercuti dan selamat bekerja buat yang dah mula bekerja hari ini. Apa pun mood uguys pagi ni, semoga kita semua memulakan bulan September dengan langkah yang baik dan penuh semangat baru..Kalau nak ikutkan, bulan September ni ibarat buku baru. Setiap helaian yang kosong tu kita sendiri yang akan corakkan dengan usaha, doa dan juga semangat. Kalau bulan-bulan sebelum ni ada tersilap langkah, biarlah ia jadi pengajaran untuk kita bangun lebih kuat. 💪

Bagi CCL sendiri, minggu ni memang agak padat dengan kerja pejabat. Hari ni juga merupakan hari terakhir CCL nak siapkan tugasan penting. Sejak dua ke tiga hari lepas memang tak lekang dengan fail dan kertas kerja kena pastikan semuanya lengkap tanpa ada sebarang kesilapan. Fuh, memang rasa macam berjiran dengan kertas dah ..

Kadang-kadang rasa macam tak cukup masa, tapi bila fikir balik kalau kita susun jadual dengan betul, insyaAllah semua akan selesai tepat pada waktunya. Yang penting, jangan mudah stress dan jangan lupa rehat sekejap untuk segarkan minda . Setiap minggu ada cabaran berbeza, dan setiap bulan pula ada cerita baru. 

Salam 1 september, selamat datang september 2025, doa awal bulan september

Bulan September ni, semoga jadi bulan yang lebih baik dari bulan sebelum-sebelumnya. Sama ada dalam urusan kerja, rezeki, kesihatan, mahupun hubungan dengan orang sekeliling. Moga permulaan September ini membawa kelancaran dalam setiap urusan kerja. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita, baik di pejabat mahupun di rumah.

Doa kecil untuk permulaan bulan September:

“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami, jauhkanlah kami daripada kesilapan yang tidak disengajakan, dan berkatilah setiap langkah kami.”

Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya berjalan lancar, tanpa sebarang kesilapan, dan penuh dengan perkara baik.


Salam Kemerdekaan Ke-68 - Cuti Panjang Atau Kerja ?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Salam Kemerdekaan Ke-68 - Cuti Panjang Atau Kerja ? Salam Kemerdekaan yang ke-68! Tahun ni memang terasa meriah sikit sebab cuti umum sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025 jatuh hujung minggu. Jadi secara automatik, ramai yang dapat long weekend cuti Merdeka. Memang ramai yang ambil kesempatan untuk rehat panjang atau balik kampung.Kalau tengok jadual cuti sekolah pun, cuti Merdeka kali ni kena dengan hujung minggu. Jadi makin seronoklah budak-budak, mak ayah pun boleh luang masa lebih lama bersama anak-anak. Ada yang plan pergi bercuti, ada yang buat aktiviti santai di rumah

Tapi tak semua orang bercuti ya. Ada juga yang tetap kena kerja macam CCL sendiri. Kalau tak ada event dengan family atau adik-beradik, memang lebih memilih untuk kerja. Lagi pun boss CCL pun tengah cuti beberapa hari, big boss pula turun Perlis. Jadi nak tak nak, CCL kena standby.

Merdeka 68, Merdeka 2025, Hari Kebangsaan Malaysia 2025, Cuti Umum 31 Ogos 2025, Cuti Panjang Merdeka 2025, Long weekend Ogos 2025,

Kebetulan pula memang ada kerja yang perlu diselesaikan sebelum masuk bulan September. Tambah lagi dengan sistem baru yang CCL baru nak belajar, memang bertambah kerja la jawabnya. Tak apalah, rezeki masing-masing kan. Walaupun tak dapat cuti panjang, sekurang-kurangnya dapat luangkan masa dengan cara sendiri.

Apa-apa pun, semoga kita semua dapat meraikan Hari Merdeka 2025 dengan penuh kesyukuran. 68 tahun dah Malaysia merdeka, moga negara kita terus aman, makmur dan maju.

So korang macam mana? Cuti panjang sempena Merdeka kali ni, ada yang plan travel ke atau kerja macam CCL?


Boom Blogwalking Dari CCL

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Boom Blogwalking Dari CCL Bulan ni agak sibuk, jadi CCL tak sempat sangat nak blogwalking blog kawan-kawan. Ada jugak jenguk sekejap-sekejap, tapi tak konsisten macam biasa. Dua tiga hari ni baru dapat curi masa sikit untuk boom blog kawan-kawan.

Jangan terkejut pulak kalau nampak CCL hadir tiba-tiba dekat ruangan komen tu yaa . Kadang datang baca dulu, komen kemudian. Kadang sempat baca je tanpa tinggalkan jejak. Tapi CCL tetap juga cuba untuk singgah sebab setiap entri kawan-kawan ada cerita dan gaya tersendiri yang seronok nak baca.

Blogwalking ni memang seronok, selain dapat baca perkongsian menarik dari kawan-kawan, InsyaAllah, bila ada masa lapang, CCL akan teruskan blogwalking macam biasa. Jadi kalau ternampak nama CCL muncul tiba-tiba, itu tandanya saya tengah “curi masa emas” untuk berziarah blog kawan-kawan.

Pemergian Arwah Sepupu Di Usia Muda

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pemergian Arwah Sepupu Di Usia Muda Jam satu pagi kelmarin, ayah CCL terima satu panggilan dari pakjang CCL mengatakan anaknya dah tiada ..Ayah CCL terus bergegas ke hospital ..CCL memang tak tahu menahu lagi tentang perkhabaran tersebut .. Bangun subuh pagi tu selepas selesai semua CCL baca wassap group , terima berita yang sangat mengejutkan. Sepupu telah pergi meninggalkan kami semua. CCL pada mulanya memang tak percaya , tapi bila rata-rata cakap benda yang sama , ramai adik beradik yang update status perkhabaran tersebut, CCL kena percaya arwah dah tak ada .. sekelip mata yaa..

Katanya, arwah jatuh ketika bermain futsal bersama kawan-kawan...lepas tu terus dibawa ke hospital untuk postmortem. Saat menerima berita itu, hati rasa kosong dan sukar untuk percaya.


Pagi itu, jenazah selesai dimandikan serta dikafankan di hospital, kemudian dibawa pulang ke rumah untuk penghormatan terakhir bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Suasana penuh sebak, masing-masing cuba menahan air mata.


Selepas solat Zohor, jenazah dibawa ke masjid berhampiran rumah untuk disolatkan. Ramai hadir, tanda arwah disenangi ramai ketika hayatnya. Selesai sahaja solat jenazah, di masjid  arwah terus dibawa ke tanah perkuburan dan disemadikan di situ.



Pemergian arwah di usia yang masih muda memang meninggalkan kesan mendalam,  mengingatkan kita semua kematian tidak mengenal usia tua mahupun muda, bila sampai waktunya kita semua akan dijemput Ilahi. Sepatutnya 1 September yang akan datang sepupu CCL kena lapor diri di JPN Perlis (kerja tetap) tapi tu lah tak sempat . Allah ambil nyawa dia dulu ..


Arwah sepupu CCL pergi meninggalkan  isteri dan anak lelaki berusia 2 tahun. Hanya doa yang mampu kami semua kirimkan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian ni .. 

Al-fatihah Sepupuku . .

Berehatlah, semoga dipermudahkan segala urusan akhirat di sana . 

Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway Saham Akhirat

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Terpilih Sebagai Pemenang Giveaway Saham Akhirat Alhamdulillah, rezeki datang tanpa diduga. Pagi kelmarin ni CCL sempat join giveaway saham akhirat yang dianjurkan oleh rakan blogger iaitu Giveaway dari  Kak Notie.. Menariknya, giveaway kali ni bukan macam biasa  yer, konsep dia lebih kepada siapa cepat dia dapat. Maksudnya, kalau cepat join, peluang nak rebut hadiah tu lebih cerah.


Sebenarnya CCL pun join last minute. Nampak info GA saham akhirat ni melalui blogger SA. Bila baca syarat, nampak simple je, terus cuba nasib. Walaupun kak Notie umumkan nak cari 10 orang pemenang je, tapi rezeki tu tak pernah salah alamat kan. Hehe… CCL yang ke-11 pun tetap dapat hadiah tambahan juga. Rasa macam bonus, tak sangka nama sendiri tersenarai sekali walaupun dah kira ‘terlebih kuota’. Memang betul orang kata, kalau dah rezeki kita, memang tak ke mana.

Pengalaman pertama join GA “siapa cepat, dia dapat” Selalunya bila join giveaway, kita akan tunggu cabutan bertuah atau undian. Tapi kali ni lain sikit sebab konsepnya “first come first serve”. Ini juga kali pertama CCL sertai giveaway jenis macam ni. Seronok sebab ada kelainan, lagi-lagi bila rezeki berpihak pada kita.


Walaupun join di saat akhir, syukur alhamdulillah CCL terpilih juga sebagai salah seorang pemenang. Rezeki ni memang tak dijangka. Terima kasih pada kak Notie anjurkan giveaway saham akhirat