NAK DEKO SERTA CAT RUMAH , TAPI MASIH PENING UNTUK MEMILIH KOMBINASI YANG MENARIK ? INI ANTARA IDEA KOMBINASI WARNA SERTA TEMA UNTUK RUMAH ANDA


Assalamualaikum dan salam sejahtera



NAK DEKO SERTA CAT RUMAH , TAPI MASIH PENING UNTUK MEMILIH KOMBINASI YANG MENARIK ? INI ANTARA IDEA KOMBINASI WARNA SERTA TEMA UNTUK RUMAH ANDA Alahai PKP sambung lagi 2 minggu ya . Pasti semua dah membeku kat rumah sehingga tak tahu nak buat apa . Time-time macam ni macam-macamlah idea yang kunjung tiba ada yang belajar memasak , ada yang bercucuk tanam tanaman bunga serta pokok-pokok  dan tak ketinggalan juga ada yang nak deko-deko rumah untuk mengubahsuai susun atur perabot . 


So wanita tidak ketinggalan juga nak hias serba sedikit dalam ruangan rumah , tak kisah lah sama ada nak deko ruang tamu , ruang makan , ruang dapur , ruangan mendobi , ruangan berehat , ruang bilik air dan sebagainya . Time masa lapang ini juga la dapat berkumpul seisi keluarga untuk mendeko rumah . Bagi si lelaki jugak tak lepaskan peluang mendeko rumah ada yang nak tukar cat baru , ada yang nak ubahsuai rumah dan macam-macam lagi untuk isi masa lapang  . 






So CCL faham kadang hangpa akan rasa confius jugak nak mendeko rumah ni bukan salah satu benda yang mudah, terutamanya dalam pemilihan,cat dan warna . Kena warna kombinasi yang mantap baru lah naik seri mendeko tu , tak kisahlah sama ada hangpa sukakan warna pastel mahupun warna yang agak kelam sedikit . Semuanya ada kecantikan yang tersendiri anda hangpa membuat pemilihan yang tepat . 


Kat bawah ini CCL kongsikan dengan hangpa semua antara kombinasi warna-warna yang menarik . Mungkin serba sedikit dapat membantu hangpa dalam mendeko rumah . 



DEKO RUMAH , TIPS DEKO RUMAH , IDEA KOMBINASI WARNA , IDEA KOMBINASI WARNA DAN TEMA RUMAH , TEMA RUMAH , TIPS PEMILIHAN WARNA , TIPS GABUNGAN WARNA YANG MENARIK

DEKO RUMAH , TIPS DEKO RUMAH , IDEA KOMBINASI WARNA , IDEA KOMBINASI WARNA DAN TEMA RUMAH , TEMA RUMAH , TIPS PEMILIHAN WARNA , TIPS GABUNGAN WARNA YANG MENARIK

DEKO RUMAH , TIPS DEKO RUMAH , IDEA KOMBINASI WARNA , IDEA KOMBINASI WARNA DAN TEMA RUMAH , TEMA RUMAH , TIPS PEMILIHAN WARNA , TIPS GABUNGAN WARNA YANG MENARIK

DEKO RUMAH , TIPS DEKO RUMAH , IDEA KOMBINASI WARNA , IDEA KOMBINASI WARNA DAN TEMA RUMAH , TEMA RUMAH , TIPS PEMILIHAN WARNA , TIPS GABUNGAN WARNA YANG MENARIK

DEKO RUMAH , TIPS DEKO RUMAH , IDEA KOMBINASI WARNA , IDEA KOMBINASI WARNA DAN TEMA RUMAH , TEMA RUMAH , TIPS PEMILIHAN WARNA , TIPS GABUNGAN WARNA YANG MENARIK


































AKHIR SYAWAL DAPAT KAD RAYA DARI BLOGGER SHIDA RADZUAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


AKHIR SYAWAL DAPAT KAD RAYA DARI BLOGGER SHIDA RADZUAN Akhir Syawal , abang posmen hantar satu sampul , tengok sampul pun dah tahu mesti kad raya, sampul putih  tertulis nama CCL , datangnya dari Ipoh selamat mendarat di negeri Perlis . Selesai sampul dari abang posment bertukar ke tangan CCL , CCL buka sampul putih tersebut , maka betul la tekaan CCL sampul putih terisi kad raya . 


Kad raya ini dari pengirim sahabat blogger CCL iaitu Blogger Shida Radhuan . Semenangnya setiap tahun Sis Shida akan hantar kad raya . Setiap tahun mesti tema kad rayanya berwarna biru , sama juga kad raya tahun ini turut memilih warna biru . 


HADIAH DARI BLOGGER , KAD RAYA, NOSTALGIA KAD RAYA , KAD RAYA DARI BLOGGER, DESIGN KAD RAYA , DESIGN KAD RAYA TEMA BIRU

So CCL nak ucapkan terima kasih Sis Shida sudi menghantar kad raya kepada CCL . So tahun ini CCL hanya dapat satu sahaja kad raya . Simpan sebagai koleksi . Mesti best kalau setahun dapat banyak kad raya . Rindu nostalgia dulu-dulu . Kirimkan kad raya kepada rakan-rakan yang jauh . 


CCL juga nak ucapkan "Salam Aidilfitri"


Jemput blogwalking blog Shida Radzuan



STUDIO RAYA PERLIS : BELUM ADA GAMBAR RAYA BERSAMA YANG TERSAYANG ? JOM PHOTOSHOOT RAYA DI E-STUDIO



Assalamualaikum dan salam sejahtera .


STUDIO RAYA PERLIS : BELUM ADA GAMBAR RAYA BERSAMA YANG TERSAYANG ? JOM PHOTOSHOOT RAYA DI E-STUDIO Raya tahun ni first time sambut raya dengan suami walaupun terpaksa berjauhan dengan suami . Pasangan PJJ . Sorang Perlis , Sorang Kedah . Seberang negeri . Memandangkan musim pandemik COVID-19 ni susah la untuk berulang - alik Perlis ke Kedah , Kedah ke Perlis . Memandangkan sebelum lockdown PKP 3 ni memang syarat untuk pasangan PJJ boleh rentas negeri tetapi kena ada surat dari balai juga ..


So raya pertama dan kedua masing-masing bekerja . Mood raya dalam kerja. Raya kedua baru suami balik ke Perlis setelah selesai urusan kerja . CCL masih bekerja dan terus bekerja sehingga offday . So hari raya first tak dapat nak bergambar berdua dengan suami . Raya kelima baru CCL start bercuti selama seminggu . 


PHOTOSHOOT RAYA, STUDIO RAYA, STUDIO RAYA DI PERLIS , SELAMAT HARI RAYA , RAYA PKP , CARA PHOTOSHOOT DI STUDIO RAYA,


Encik suami pula asyik tanya bila nak ootd gambar raya . CCL hanya jawab ala rayakan sebulan , nanti-nanti pun boleh kan . Iya lah baju dah siap sedondon, songkok, siap CCL suruh belikan sampin nak ootd . Jauh disudut hati siapa aja yang tak nak bergambar bersama-sama dengan suami , tambah - tambah lagi tahun pertama beraya dengan suami .Tahun ni CCL memilih tema soft-soft . Light dusty green . Jarang-jarang sekali CCL nak pakai warna soft ni . Alhamdulillah sesuai juha warna ni dengan skin suami dan juga skin CCL 


So CCL dah plan dari awal untuk pergi Photoshoot Raya dekat studio yang ada . 2 minggu sebelum Ramadhan CCL ada ternampak dari posting seorang photographer ni , tambah pula Studio dia berdekatan dengan kawasan rumah CCl . So mudah untuk mencari . Segera CCL, whatsapp photographer tersebut untuk tahu pakej dan slot yang available . Alhamdulillah pakej yang ditawarkan amat berpatutan . So tak salah spend sedikit kan . Self rewards macam tu . 


Memandangkan CCL tak tahu tarikh nak photoshoot , so CCL minta nak paymentkan dahulu . Tetapi tak boleh , diorang minta CCL confirmkan date dahulu takut slot penuh . Alhamdulillah photoshoot raya kat E Studio berjalan dengan lancar pada pagi Syawal ke-6.


Bangun pagi syawal ke-6, CCL bagitahu suami kejap lagi siap-siap la jom pergi beraya rumah kawan, plan sebenarnya nak pergi photoshoot raya kat studio .hahaha.


So encik suami pun tanya "nak pakai baju apa" jawab CCL "ala pakai aja baju biasa" . 

Encik suami bertanya . "bila nak pakai baju raya nak bergambar sama-sama"  

jawab CCL "ala nanti boleh"


Padahal CCL dah siap iron baju masing-masing . Seperti biasa kalau nak keluar ke mana-mana Encik Suami lah yang bersiap dulu, perempuan biasa la ambil masa untuk bersiap-siap . Encik suami bersiap dengan lengkap T-shirt hijau dan jeans . CCL yang sudah hampir siap hanya tinggal untuk memakai tudung sahaja , barulah minta Encik Suami tukar baju , pakai kan baju melayu siap songkok dan sampin . Dia pun terkejut juga . 


PHOTOSHOOT RAYA, STUDIO RAYA, STUDIO RAYA DI PERLIS , SELAMAT HARI RAYA , RAYA PKP , CARA PHOTOSHOOT DI STUDIO RAYA,


Sebenarnya CCL buat suprise photoshoot raya, bagitahu nak pergi rumah kawan . On the way ke sana , CCL minta encik suami singgah mykori , atas alasan teringin nak makan mykori, padahal studio raya tu atas mykori aja . Elok encik suami parking kereta dia ternampak pulak E-studio . Sepintas encik suami tanya "eh kita ni nak gi photoshoot raya ke "  tak jawab pertanyaan Encik Suami lala terus keluar dari kereta menuju ke E-studio . 



PHOTOSHOOT RAYA, STUDIO RAYA, STUDIO RAYA DI PERLIS , SELAMAT HARI RAYA , RAYA PKP , CARA PHOTOSHOOT DI STUDIO RAYA,


Dah sampai ke E-studio raya tak ada customer hanya ada abang photographer saja yang menunggu kami berdua . Dalam studio tersebut ada dua background yang berbeza bertemakan salam syawal . Satu background biru terang . Dan satu lagi background putih dengan layout yang berbeza . Alang-alang kami berdua memakai baju theme pastel . So CCL design nak dark background dan tanya pendapat abang photographer sama ada sesuai ataupun tidak . So abang photographer pun cakap sesuai, cantik cun .. So bermulalah sesi photoshoot raya CCL bersama suami selama 30 minit . 


PHOTOSHOOT RAYA, STUDIO RAYA, STUDIO RAYA DI PERLIS , SELAMAT HARI RAYA , RAYA PKP , CARA PHOTOSHOOT DI STUDIO RAYA,

PHOTOSHOOT RAYA, STUDIO RAYA, STUDIO RAYA DI PERLIS , SELAMAT HARI RAYA , RAYA PKP , CARA PHOTOSHOOT DI STUDIO RAYA,


Banyak juga gambar yang abang photographer shoot walaupun 30minit . Berbaloi dengan bayaran . So selepas selesai photoshoot abang photographer minta decide sama ada nak edit background ataupun tidak. Setelah diteliti semua background CCL decide untuk pilih background dark green . Memandangkan CCL tengok ramai yang pakai background biru so tukar background untuk nampakkan sedikit kelainan walaupun design yang sama . Bestkan background asal warna biru , effect pada edit boleh tukar-tukar pelbagai warna . Gambar pun letop sangat . High recomended  . 


PHOTOSHOOT RAYA, STUDIO RAYA, STUDIO RAYA DI PERLIS , SELAMAT HARI RAYA , RAYA PKP , CARA PHOTOSHOOT DI STUDIO RAYA,


So itu serba sedikit perkongsian photoshoot raya CCL bersama suami . Self rewards bagi encik suami gembira sedikit . Memandangkan 2 3 hari sahaja lagi bulan Syawal akan melabuhkan tirai so dikesempatan ini CCL dan suami ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" . Semoga kita semua dapat lagi bertemu bulan Ramadhan dan sama-sama dapat meraikan Syawal . 


Exclusive photographer 



Tekan link untuk maklumat yang lebih lanjut



RESEPI : ROTI JALA KUAH SARDIN



Assalamualaikum dan salam sejahtera .


RESEPI : ROTI JALA KUAH SARDIN Petang tadi teringin pulak nak makan roti jala . Memandangkan malas pulak nak buat kuah kari . So CCL decide untuk buat roti jala dicicahkan dengan kuah sardin . Jimat masa jugak . 


ROTI JALA KUAH SARDIN , CARA MEMBUAT ROTI JALA BERSAMA KUAH SARDIN , ROTI JALA BERSAMA KUAH SARDIN , RESEPI ROTI JALA




BAHAN-BAHAN


-3 cawan tepung gandum

-3 cawan air

-minyak masak

-1 biji telur

-1 tin sardin

-garam secukup rasa

-bawang merah dan bawang putih

-cili padi

-daun kari



CARA PENYEDIAAN


Kuah sardin 

-hancurkan satu tin isi ikan sardin

-masukkan bawang merah, bawang putih yang sudah dicincang halus ke dalam kuali bersama daun kari ditumis sehingga naik bau dan masukkan isi ikan sardin . 

-masukkan sedikit air, cili padi dan garam secukup rasa tumis sehingga sedikit mendidih . 


Roti jala

-masukkan 3 cawan tepung gandum, 3 cawan air , garam secukup rasa, 1 biji telur,3 sudu besar minyak di dalam blender dan blender sehingga sebati .

- adunan tersebut dimasukkan dalam acuan roti jala . Kalau hangpa yang tak ada botol kirai roti jala korang boleh je DIY sendiri . Kalau nak tahu cara DIY botol kirai roti jala boleh terjah entri https://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2020/05/tips-mudah-membuat-roti-jala.html

-kiraikan roti jalan dalam kuali yang panas , letakkan sedikit sahaja minyak agar tak melekat 

-selepas itu hangpa boleh la mula gulung roti jala tersebut . 



Siap . Boleh dihidangkan bersama kuah sardin mahupun kuah kari 


CUSTOM MADE SAMPUL DUIT RAYA 2021


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


DIY SAMPUL DUIT RAYA , TEMPLATE SAMPUL DUIT RAYA , SAMPUL DUIT RAYA HIPSTER, SAMPUL DUIT RAYA MURAH , DESIGN SAMPUL DUIT RAYA , CORAK BUNGA SAMPUL DUIT RAYA, SAMPUL DUIT RAYA CRAFT PAPER, CARA MUDAH DIY SAMPUL DUIT RAYA, CUSTOM MADE SAMPUL DUIT RAYA, CARA MUDAH CUSTOM MADE SAMPUL DUIT RAYA , SAMPUL DUIT RAYA


CUSTOM MADE SAMPUL DUIT RAYA 2021 Duit raya adalah perkara yang paling dinanti-nantikan kanak-kanak mahupun remaja setiap kali sambutan Aidilfitri.Setiap tahun kita akan melihat pemberian duit raya dibuat dengan cara sama, wang dimasukkan ke sampul sebelum dihulur kepada bakal penerima.


Jika mahu memberikan duit raya mestilah kena ada sampulnya bukan? Kebiasaannya sampul duit raya boleh didapati percuma bila membeli-belah dan untuk yang memiliki perniagaan akan menempahnya dengan rekaan sendiri. Itu pun tak banyak tak sampai sepuluh keping pun .


Setiap tahun ada sahaja reka bentuk-reka bentuk sampul duit raya yang unik dan menarik dijual di pasaran. CCL pun pernah beli sampul raya yang dah ready made . Tapi 2 tahun berturut-turut, tahun lepas 202 dan tahun ni 2021 CCL luang masa untuk custom made sampul duit raya . 


Tahun lepas CCL mula custom made sampul duit raya, tak ketinggalan juga tahun ni minggu terakhir Ramadhan baru CCL bergelut untuk siapkan sampul duit raya , memandangkan ink printer yang kehabisan stok , merata kedai dalam Perlis CCL cari, tak cukup dengan tu CCL terjah shopee untuk membeli " Ink printer HP 61 " semua sold out . Yang tinggal hanya colour . CCL mencari ink printer black sahaja . Ink yang sedia ada itu pun sudah nyawa-nyawa ikan . So tawakal untuk guna juga ink yang sedia ada . 


So CCL hanya dapat custom made sampul duit raya hanya 30 keping sahaja . Alhamdulillah banyak jugak tue . 



DIY SAMPUL DUIT RAYA , TEMPLATE SAMPUL DUIT RAYA , SAMPUL DUIT RAYA HIPSTER, SAMPUL DUIT RAYA MURAH , DESIGN SAMPUL DUIT RAYA , CORAK BUNGA SAMPUL DUIT RAYA, SAMPUL DUIT RAYA CRAFT PAPER, CARA MUDAH DIY SAMPUL DUIT RAYA, CUSTOM MADE SAMPUL DUIT RAYA, CARA MUDAH CUSTOM MADE SAMPUL DUIT RAYA , SAMPUL DUIT RAYA


TEMPLATE SAMPUL DUIT RAYA


Sebelum hangpa nak print sampul duit raya atas kertas, make sure hangpa kena cari template sampul duit raya yang sesuai mengikut saiz yang korang nak . Template sampul duit raya hangpa boleh search di google mahupun di pinterest . Macam CCL search template duit raya yang kosong di Pinterest . Kalau hangpa nak print sampul siap ada design pun banyak . Lena cari dan resize sendiri aje . 



DESIGN 


Lepas cari template sampul duit raya kosong , CCL mula mencari design-design yang berkaitan dengan Aidilfitri untuk dimasukkan dalam sampul duit raya yang kosong itu . Lepas siap design barulah CCL print atas kertas A4 biasa dahulu untuk menentukan saiz sampul . Takut juga print banyak-banyak nanti tak muat nak masukkan duit . Biar besar jangn kecil . 



MATERIAL KERTAS 


Tahun lepas CCL hanya menggunakan kertas A4  yang biasa . Printed colour atas tu . So tahun ni CCL custom made atas kertas brown / craft paper 120gsm . Boleh dapatkan di Shopee .Nampak macam cun jugak sampul macam ni . Tapi printednya hanya biasa sahaja bukan laser . 



CUSTOM MADE SAMPUL DUIT RAYA


Apabila dah selesai semua step , so korang gunting la ikut template sampul yang korang print . Gunting dengan teliti dan gamkan dengan cantik . Jangan terlalu banyak gam nanti nampak comot . 


DIY SAMPUL DUIT RAYA , TEMPLATE SAMPUL DUIT RAYA , SAMPUL DUIT RAYA HIPSTER, SAMPUL DUIT RAYA MURAH , DESIGN SAMPUL DUIT RAYA , CORAK BUNGA SAMPUL DUIT RAYA, SAMPUL DUIT RAYA CRAFT PAPER, CARA MUDAH DIY SAMPUL DUIT RAYA, CUSTOM MADE SAMPUL DUIT RAYA, CARA MUDAH CUSTOM MADE SAMPUL DUIT RAYA , SAMPUL DUIT RAYA

Dah selesai . Cantik bukan .. Rasa best pulak custom made sampul duit raya ni . CCL suka benda-benda nak kena DIY macam ni . Minat sangat tau . So inilah reka bentuk sampul duit raya  untuk tahun ni . 


Next tahun depan mungkin design lain . Ada lagi saki baki sampul yang masih tak terisi duit . Boleh guna lagi . 


RESEPI: BISKUT AISKRIM MENJADI REBUTAN KANAK-KANAK



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


RESEPI: BISKUT AISKRIM MENJADI REBUTAN KANAK-KANAK Dari CCL zaman sekolah rendah , menjelang syawal mak selalu buatkan biskut aiskrim. Bebudak yang datang beraya di rumah wajib cuba biskut aiskrim . Memang menarik minat lah . Biasalah bebudak dan aiskrim tak boleh dipisahkan . So tahun ni dapat buat lagi biskut aiskrim .



BISKUT AISKRIM, RESEPI BISKUT AISKRIM, RESEPI BISKUT RAYA, RESEPI BISKUT AISKRIM



Bahan-bahan


-2 cawan butter

-1 1/2 cawan gula icing

-1/2 sudu esen vanila

-1 biji telur gred C

-1 1/2 cawan tepung kastard

-1 1/2 cawan tepung jagung

-3 cawan tepung gandum



Cara Menyediakannya 


-Pukul butter dan gula hingga sebati dan kemudian masukkan telur serta tambahkan esen vanilla.

Pukul lagi sekejap dan akhirnya masukkan tepung kastad serta tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit.


-Jika adunan lembik tambahkan tepung gandum. Uli sampai tepung sudah kelihatan cantik, dan tidak melekat di tangan.


-Apabila dah menjadi doh, leperkan dengan roller dan kemudian boleh ditekap dengan acuan bentuk aiskrim seperti di dalam gambar.  Sapukan kuning telur pada bahagian tangkai.


-Panaskan over pada suhu 170 darjah, dan dibakar selama 35 minit.


-Sementara dibakar, boleh panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.

Setelah dibiarkan sejuk sedikit, bolehlah dicelup biskut ke dalam coklat, dan ditabur manik hiasan untuk nampak lebih menarik.






RESEPI : BISKUT ALMOND LONDON PENUH TABURAN BADAM CINCANG

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera


RESEPI : BISKUT ALMOND LONDON PENUH TABURAN BADAM CINCANG Tahun lepas hasrat nak buat biskut Almond London tidak kesampaian. Alhamdulillah tahun ni curi-curi masa untuk buat jugak . Walaupun tak banyak cukup la dapat merasai . Betul la orang kata kalau buat sendiri ni baru puas makan . Tengoklah taburan badam cincang atas biskut yang siap disalut coklat tu. Banyak bukan. 



BISKUT ALMOND LONDON , BISKUT BADAM, BISKUT ALMOND LONDON TABURAN BADAM, RESEPI, RESEPI BISKUT RAYA, CARA MUDAH MEMBUAT BISKUT ALMOND LONDON , BISKUT ALMOND LONDON SEDAP



Banyak step jugak nak buat biskut Almond London , biskut yg sudah siap dibakar kena salut coklat sambil itu juga kena taburkan badan . Lambat salut nanti coklat akan jadi beku.



Bahan bahan


-250gm butter cup

-1 cawan gula icing 

(Pukul sampai kembang)


-1 cawan tepung jagung

-1 cawan tepung kastard

-2 1/2 cawan tepung gandum

-2 sudu makan susu tepung


Cara-cara


-(Masukkan dalam bahan yang dipukul,lepas itu uli sampai tak melekat dekat tangan. Adunan jangan terlalu keras nanti susah nak bentuk dengan badam. Kalau adunan keras tambah butter/majerin.kalau adunan lembik tambah tepung gandum)


-Biji badam secukupnya (bakar dahulu)


-Coklat masakan (double boil)

-Badam cincang untuk hiasan (bakar dahulu)



RESEPI : TART CADBURY TAK CAIR DALAM OVEN


Assalamualaikum dan salam sejahtera .


RESEPI : TART CADBURY TAK CAIR DALAM OVEN Suka makan coklat cadbury ?? Hah hangpa wajib makan biskut raya Tart Cadbury . Lagi sedap . Tahun ini ada keinginan nak buat tart cadbury . Memang sebelum ni CCL tak pernah rasai kesedapan tart cadbury , memandangkan tahun ini ada sedikit kelapangan masa so, tak salah nak mencuba resepi tart cadbury . 


Adunan semuanya oleh mak CCL sendiri . Lepas tu CCL yang handle kan biskut raya . Terfikir jugak eh cadbury ni kangg cair pulak dalam oven sebab oven kan panas, takut pulak coklat cadbury tu melting dalam oven dah tak jadi biskut raya . 


Percubaan pertama nak masukkan dalam oven , bismillah dan doa bagi biskut raya ni boleh di makan . Alhamdulillah . Setelah dimasukkan dalam oven dalam beberapa minit, biskut raya sempurna je . Tak ada coklat yang lebur dalam oven . 


So hangpa yang nak try buat boleh follow reepi di bawah .



RESEPI TART CADBURY , CARA MEMBUAT TART CADBURY, TART CADBURY TAK CAIR, RESEPI MUDAH TART CADBURY , RESEPI BISKUT RAYA



Bahan-bahan


-cadbury dairy milk( 90pcs)

-250g buttercup (Anchor)

-4 sb gula halus

-1 biji telur

-1 sk esen vanilla

-1 1/2 sb pewarna purple 

-2sb tepung jagung

-2sb tepung kastard

-4 cawan tepung gandum


Cara-cara


-Masukan butter , ( keluarkan dulu dari peti ais biar lembut senang nak gaul) , masuk gula, telur, esen vanilla gaul saja dengan wisk.


-Then masuk tepung jagung, tepung kastard n pewarna. gaul lagi then masuk tepung gandum sikit2 sampai doh tak melekat di tgn. *kalo doh still melekat di tgn masuk tepung kastard @ tepung gandum sikit2 sampai doh cantik.


-Bila doh dah tak melekat di tangan boleh terus masuk dalam acuan bentuk tart dan letak cadbury tengah-tengah. 


-Bakar 130•c selama 35minit.  *jgn lupa preheat oven dulu.


RESEPI BISKUT MAKMUR

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


RESEPI BISKUT MAKMUR Biskut makmur sangat mudah untuk dibuat . Disebabkan teringin sangat nak makan so tahun ni biskut makmur ada dalam list biskut raya.



RESEPI BISKUT MAKMUR , BISKUT MAKMUR GEBU, RESEPI BISKUT MAKMUR GEBU, RESEPI MUDAH BISKUT MAKMUR , SENARAI BISKUT RAYA, BISKUT RAYA, BISKUT MAKMUR CAIR DI MULUT


Bahan-bahan


*3cawan tepung gandum

*1cawan susu tepong

*1 tin kecil minyak sapi

*2sudu minyak mazola

*2 cawan gula icing


Bahan inti


*1cawan kacang tanah di goreng tanpa minyak(hancurkan)


# gaulkan kacang dan gula


Bahan salut

gula ising campur susu secukupnya



Cara-cara


1.Sebelum diayak tepung gandum disangai dulu baru ayak tepung gandum, campurkan susu tepung bersama gula icing.Kemudian panaskan minyak mazola Dan campurkan minyak sapi biar sejuk sekejap..dan tuangkan ke dalam tepung yang telah digaul. sebati dan susu tepung,gaul sehingga menjadi doh


2.Ambil sedikit adunan leperkan dan letak sedikit inti,tutupkan dan bentukkan menjadi bulat 


3.siapkan loyang dan susun adunan yg sudah dibulatkan tadi kemudian bakar pada suhu 160'c selama lebih kurang 15 minit


4.Akhir sekali apabila sudah masak salutkan dengan gula icing sedia untuk dihidang



CARA MEMBUAT KUAH LAKSA MENGGUNAKAN IKAN SARDIN DALAM TIN DAN ULAM-ULAMAN YANG UNIK



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


CARA MEMBUAT KUAH LAKSA MENGGUNAKAN IKAN SARDIN DALAM TIN DAN ULAM-ULAMAN YANG UNIK Memandangkan PKP , tak kerja dan duduk di rumah mula lah setiap hari berlegar-legar dalam kepala nak masak apa . Asal buka facebook je macam-macam menu yang ada . Nampak menyelerakan pulak . So hari ni CCL plan nak makan laksa . First time buat kuah laksa , itu pun CCL try buat kuah laksa menggunakan ikan sardin dalam tin . Alhamdulillah cara penyediaanya sangat mudah . Bahan-bahan pun mudah . 

Rasanya tetap macam laksa biasa . Sedap . 


Bagi ulam-ulaman pulak nampak unik sedikit tak seperti ulaman yang biasa . CCL letakkan kobis yang dihiris halus , bunga kantan dihiris halus dan lobak merh yang sudah diparut , tak lupa jugak bawang merah dihiris halus . 



RESEPI LAKSA KUAH SARDIN, CARA MEMBUAT KUAH LAKSA MENGGUNAKAN IKAN SARDIN DALAM TIN , RESEPI LAKSA IKAN SARDIN , MENU LAKSA IKAN SARDIN, RESEPI MUDAH LAKSA IKAN SARDIN



Bahan-bahan


-sebungkus laksa

-1 tin ikan sardin ( CCL guna tin besar jenama ayam brands)

-6 ulas bawang merah

-4 ulas bawang putih

-bunga kantan

-daun kesum

-5 tangkai cili kering

-belacan 

-garam 

-air 

-telur rebus

-asam keping



Ulam yang dihiris halus

-lobak merah

-bawang putih

-kobis 


Cara penyediaan


-Rebus laksa


-masukkan bawang merh , bawang putih , cili kering dan belacan . Masukkan sedikit air ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus . 


-masukkan satu tin ikan sardin ke dalam mesin pengisar bersama bahan-bahan tadi . CCL masukkan sekali kuah sardin dalam mesin pengisar dan kisar sehingga betul-betul hancur


-masukan semua bahan ke dalam periuk , masukkan air , masukkan asam keping . 

Hampir-hampir mendidih CCL masukkan keratan daun kesum dan sedikit bunga kantan dan garam .

 

- masak sehingga kuah laksa betul-betul mendidih