Assalamualaikum dan salam sejahtera .
KERABU TAUGEH BERSAMA BUNGA BETIK, PUCUK KADUK DAN JANTUNG PISANG Hari ni hari kelima perintah kawalan kuarintin " stay at home " . Duduk rumah je. Pagi tadi jenguk-jenguk tepi rumah nampak pulak bunga betik kemain banyak .mula laihh idea ni timbul dalam fikiran "kalau direbus sedap jugak ni , buatkan dengan air asam ikan rebus " auchhh tambah berpinggan nasi tu .
Jenguk sana pulak nampak jantung pisang dengan pucuk kaduk ..huhh mula terbayang kalau buat kerabu pun sedap ni . Kutip-kutip bunga betik, jantung pisang dengan pucuk kaduk .
Ok plan nak buat kerabu . Mula geledah dalam peti ais , eh ! Ada taugehh laa . Maka jadilahh kerabu campuran ..
Bahan-bahan
- Taugeh
- Bunga betik
- Jantung pisang
- Pucuk kaduk
- Cili padi
- Santan
- Kerisik
- Gula dan garam
- Bawang besar
- Belacan
- Air limau nipis/ air asam jawa
Cara membuat
1. Rebuskan bunga betik dan jantung pisang agar dia layu .
2. Celur taugeh dan pucuk daun kaduk hanya sekejap sahaja
3. Asingkan bunga betik dari tangkai dan potong jantung pisang .
4. Satukan bahan yang direbus dan dicelur tadi ke dalam satu bekas .
5 . Kisar bawang merah, cili dan juga belacan . Bahan yang telah siap dikisar dimasukkan ke dalam bahan yang siap direbus dan dicelur tadi .
6. Masukkan santan, kerisik,air limau nipis, gula dan garam secukup rasa dan gaul rata .
Siap .
Selamat mencuba
Assalamualaikum dan salam sejahtera
KEMATIAN KETIGA COVID-19 DI MALAYSIA DICATAT DI SABAH Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes.
Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.
Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
KEMATIAN KEDUA COVID-19 DI MALAYSIA DI CATAT DI JOHOR Seorang lelaki warganegara Malaysia yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling menjadi mangsa kedua meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19.
Mangsa berusia 34 tahun yang merupakan kes ke-178 mula mengalami gelaja demam mulai 5 Mac 2020.
Beliau mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac 2020 setelah dikesan positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020
Assalamualaikum & salam sejahtera
PRODUK KECANTIKKAN BERASASKAN ALOE VERA I ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE Sebut sahaja mengenai aloe vera pasti ramai yang terfikir mengenai kegunaan dan kebaikannya kepada manusia. Kita juga dapat melihat bahawa sesetengah produk pada masa kini mempunyai kandungan aloe vera kerana ianya mempunyai pelbagai kebaikan kepada kita. Contohnya, produk kecantikan muka dan pencuci rambut mengandungi kandungan aloe vera.
KEBAIKAN ALOE VERA (LIDAH BUAYA) PADA KULIT WAJAH
Aloe vera atau lidah buaya adalah sejenis pokok berdaun runcing. Hampir 100% pokok aloe vera mengandungi air. Bahagian dalam pelepah aloe vera pula mengandungi isi berbentuk gel atau lendir yang mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan mahupun kesihatan. Lidah buaya ibarat sebiji kelapa, semakin tua semakin banyak santannya. Begitulah juga dengan lidah buaya, semakin tua usia tanamannya, makin banyak kandungan nutrisi yang boleh diperolehi.
🔹MERAWAT KULIT KERING
masalah kulit kering amatlah tidak selesa. Lama kelamaan ia boleh menyebabkan kulit menjadi kasar, merekah, mudah luka ataupun terasa pedih. Dalam penjagaan kulit wajah, aloe vera juga digunakan sebagai alternatif bagi mengembalikan kelembapan yang hilang selain dari minum air secukupnya setiap hari atau menggunakan krim pelembap.
🔹MENGATASI KULIT BERMINYAK
kulit muka yang berminyak akan mendatangkan pelbagai masalah kulit wajah. Salah satunya adalah jerawat! Kandungan pH di dalam aloe vera dikatakan boleh membantu mengawal dan menyeimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah.
🔹ANTI PENUAAN & ANTI OKSIDA
kandungan mineral seperti Vitamin C, Vitamin E dan Zink yang terdapat dalam lidah buaya bermanfaat sebagai anti-oksida secara semula jadi dan sekali gus ia membantu melambatkan proses penuaan. Kandungan nutrisi dalam lidah buaya membantu mengurangkan tanda tanda awal penuaan seperti kedutan pada wajah. Zat zat yang terkandung di dalam lendir lidah buaya mudah meresap ke dalam kulit wajah menjadikan kulit sentiasa lembap dan kelihatan awet muda!
🔹MELEGAKAN KULIT DARI PANAS MATAHARI
Bagi korang yang kerap melakukan aktiviti luar atau ruang kerja yang sentiasa terdedah dengan panas matahari amat disarankan menggunakan aloe vera. Ia mampu memberi kelegaan dan mengembalikan kesegaran kulit wajah. Kulit wajah tak lagi terasa pedih dek bahang panas matahari.
Sebenarnya terdapat banyak lagi khasiat dan kebaikan penggunaan aloe vera. Bukan sahaja pada wajah malah pada tubuh badan kita. Kelebihannya sentiasa menjadi pilihan kepada pengeluar produk untuk menjadikan aloe vera sebagai salah satu bahan dalam pelbagai produk keluaran mereka, antara salah satu produk keluaran Hansagee Naturee , iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser .
Part yang paling best cleanser ni merupakan mousse type liquid foam cleanser.Dia didatangkan dgn botol jenis pump yang akan produce a light air bubble foam yg sangat soft & tick.suka sebab macam marshmallow ,macam awan,.makin rajin cuci muka sejak CCL pakai , dengan hanya beberapa pam atas tapak tangan akan terlihat buih lembut yang keluat dan boleh terus sapu pada muka . Pencuci soft ni sangat-sangat mempercepatkan cucian muka.
Lepas cuci muka memang kulit akan rasa lembut, licin, tidak kering dan rasa tegang sebab terasa sangat bersih.
Selain itu, bagi mereka yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, pencuci jenis buih ini sangat membantu kerana buih-biuh akan cepat masuk dan membersih liang-liang pori kulit serta memberikan kelembapan kulit.
KEISTIMEWAAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER
- mengatasi dan memulihkan masalah jerawat
- Membersihkan liang pori
- Mengawal minyak berlebihan
- Melembapkan kulit
- Sangat sesuai untuk kulit yang bermasalah seperti kulit kering,berminyak,sensitid,kulit kusam
- Membantu mengeluarkan sebum minyak berlebihan dari kulit muka
- Membersihkan wajah dengan kemewahan buih pembersih
KANDUNGAN UTAMA ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER
1. Aloevera Barbadensis leaf
- melembapkan kulit
- Anti keradangan kulit
- Merawat jerawat
- membersihkan pori-pori muka
2. Tea Tree Leaf Oil
- Mengawal minyak berlebihan kulit muka
- Anti fungus
- Melicinkan kulit
- Memberi kelembutan pada kulig
- Mengurangkan infeksi kulit
CARA PENGGUNAAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER
Aloe AC Bubble Cleanser didatangkan dalam bentuk cecair 150ml dalam botol, tetapi sebaik sahaja kita mengepamnya, ia dipam keluar sebagai gelembung lembut di tapak tangan. Ia juga tidak memberi kesan sampingan kepada kulit kerana teksturnya yang ringan. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah Oily skin / Dry skin / Combination skin.
1. Bersihkan muka dan tapak tangan
2. Picitkan Aloe Ac Bubble Cleanser pump beberapa kali sehingga keluar buih
3. Ratakan pada seluruh wajah dan urut perlahan-lahan selama beberapa minit
4. Buih akan menjadi semakin banyak pada kulit yang basah
5. Bilas wajah dan kulit wajah korang akan jadi bersih dan lembap
Untuk korang nak mencuba produk Aloe AC bubble cleanser boleh rujuk maklumat dibawah .