REVIEW SLEEPING MASK : HAPPY SLEEPING MASK ALOE VERA TEA TREE , VITAMIN BERRY COMPLEX & HA CERAMIDE


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


sleeping mask, kepentingan sleeping mask, tips kecantikkan, tips memakai sleeping mask, review happy sleeping mask,


REVIEW SLEEPING MASK : HAPPY SLEEPING MASK ALOE VERA TEA TREE , VITAMIN BERRY COMPLEX & HA CERAMIDE  Sekarang ini berbagai jenis masker wajah hadir dalam variasi yang beragam. Salah satu masker wajah yang sering dipakai adalah sleeping mask . sleeping mask dapat merawat kulit tidak hanya dilakukan pada siang hari, tapi korang juga boleh rawat kulit wajah pada malam hari. Dengan sleeping mask terbaik pilihan pilihan korang boleh tidur sambil merawat kulit dan bangun dengan kulit yang lebih cerah dan berseri.

Tujuan memakai sleeping mask adalah memberi lapisan pengunci di seluruh wajah agar produk perawatan yang digunakan sebelumnya boleh menyerap ke dalam kulit secara lebih baik. Tekstur sleeping mask juga lebih ringan dibandingkan serum sehingga tidak akan melekat pada sarung bantal korang. 

sini CCL review tiga sleeping mask yang korang boleh dapatkan di drugstore berhampiran sama ada di Watsons mahupun Guardian .



1. ALOE VERA & TEA TREE




sleeping mask , kepentingan sleeping mask , tips kecantikkan , tips memakai sleeping mask , review happy sleeping mask ,

Ingredients:
- Tea tree oil, aloe vera, trehalose for soothes skin, moisture & antioxidant.
- Jeju Magma sea water for sebum control.

Texture & smell:

Transparent gel & smells like aloe vera.

Thoughts:

Cepat meresap dalam kulit. Bila bangun pagi my skin rasa oily sikit but its ok. For acne skin, oily skin and dehydrated skin sgt sesuai.
*melainkan your skin sensitive with tea tree.




2. VITAMIN & BERRY COMPLEX





sleeping mask , kepentingan sleeping mask , tips kecantikkan , tips memakai sleeping mask , review happy sleeping mask ,


Ingredients:
- Vitamin C, niacinamide & berry complex for brightening and antioxidant.
- Yogurt powder for smoothing.

Texture & smell:
Milky cream & smells like yogurt. For me, macam bau strawberry + milk. 


Thoughts:
Lambat sikit meresap berbanding yg lain tp tak melekit. Lepas apply dlm 20 minit mcm tu still boleh bau means strong scent jgk la. Sesuai untuk kulit kering sebab texture die agak pekat. Ade nampak brightening effect bila bangun pagi.



3. HA & CERAMIDE




sleeping mask , kepentingan sleeping mask , tips kecantikkan , tips memakai sleeping mask , review happy sleeping mask ,


Ingredient:
Hyaluronic Acid, Ceramide & rose extract for moisture.

Texture & smell:
Translucent gel texture & bau rose.

Suka sgt sebab bau die light2 je, macam bau mandian baby pun ye jgk hehe

Thoughts:

Sesuai untuk semua jenis kulit. Paling best sleeping mask ni exactly sama macam Laneige Sleeping Mask. Sangat membantu, rasa lembut je lepas apply sebab skin sekarang mcm kering sikit kt bahagian dahi so rasa mcm die rehydrated balik my skin.


GIVEAWAY : LET'S BE BEAUTIFUL BY ANA SUHANA



Assalamualaikum & Salam sejahtera 

 http://www.anasuhana.com/2018/09/giveaway-lets-be-beautiful-by-ana-suhana.html



SYARAT-SYARAT :

1. Follow blog anasuhana.com.

2. Follow IG Ana Suhana di SINI.

3. Buat entri bertajuk Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana, upload banner di atas dan backlink ke entri ni.

4. Jangan lupa tinggalkan url di bahagian komen entri ini. Kalau tak, Ana tak dapat detect penyertaan korang.

5. Good luck and all the best to all 😍.


HADIAH :

Pemenang Pertama

Satu set produk SAFI DERMASAFE

Pemenang Kedua

Satu kotak Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask. 

Pemenang Ketiga

Satu set produk SAFI BALQIS OXYWHITE - hanya dengan 3 langkah mudah; MEMBERSIH, MERAWAT & MELEMBAP untuk hasil yang cerah sempurna.



GIVEAWAY FLUER PERFUME BY SIINURUL



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 



klik banner untuk join 


Seperti biasa, syarat-syarat untuk mengikuti giveaway ini simple dan mudah sahaja :

1. Follow Blog Sii Nurul  (bagi yang belum follow)

2. Like FBPage Sii Nurul  (wajib)

3. Copy Banner kat atas dan tulis entry yang bertajuk "Giveaway FLUER Perfume by Sii Nurul"

4. Publish & komen URL entry korang kat bawah. 


Giveaway bermula 31 Ogos Sehingga 25 September 2018

Penyertaan yang tidak menepati syarat tidak akan tersenarai kerana tidak adil kepada peserta giveaway yang lain sekiranya korang menang tapi tidak mengikuti syarat yang diberikan. Dan aku pun tidak rugi juga hehe. 

Hanya seorang pemenang yang bertuah akan memenangi :

2 Jenis FLUER Perfume (boleh pilih jenis wangian) kerana FLUER Perfume ni ada 21 jenis wangian. 

dan 
Semua peserta akan dimasukkan ke dalam bloglist selama 2 bulan.

RUTIN GOSOK KAKI MENGGUNAKAN SKRUB ST.IVES



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 

RUTIN GOSOK KAKI MENGGUNAKAN SKRUB ST.IVES  Hari ni CCL nak kongsi tips kecantikkan dengan korang. Haaa korang pernah berskrub tak ? Mesti antara korang yang pentingkan kecantikkan selalu berskrub . Tak kisahlah korang selalu skrub muka ataupun badan . Kalau dah selalu menjalankan rutin skrub muka serta badan setiap minggu ...haaa korang jangan lupa bahagian kaki korang tue . 

Bukan pandai jaga muka je eh. Penjagaan kaki pun penting! Ni CCL share CCL punya rutin gosok kaki. CCL guna scrub St. Ives ni. Korang jangan ingat sceub St.Ives ni bolwh gosok pada muka aje ... Bahagian kaki dan tapak kaki pun memang bagus jugak . Guna sabun biasa je pun boleh takda hal. Yang penting gosokkkkk jangan tak gosokkkkkkkk!!! . Dah memng confirm segala sel-sel kulit mati akan tertanggal,.daki-daki degil pun akan hilang.tapak kaki akan jadi smooth bersih gitu . 


Rutin gosok kaki menggunakan skrub st. Ives


Tips kecantikkan,tips penjagaan kaki,tips penjagaan tumit,skrub kaki,tips tumit kaki tak merekah,scrub st ives,tips penjagaan kaki,


Tips kecantikkan,tips penjagaan kaki,tips penjagaan tumit,skrub kaki,tips tumit kaki tak merekah,scrub st ives,tips penjagaan kaki,


Tips kecantikkan,tips penjagaan kaki,tips penjagaan tumit,skrub kaki,tips tumit kaki tak merekah,scrub st ives,tips penjagaan kaki,


Tips kecantikkan,tips penjagaan kaki,tips penjagaan tumit,skrub kaki,tips tumit kaki tak merekah,scrub st ives,tips penjagaan kaki,




RESEPI : CRISPY BENDI GORENG



Assalamualaikum dan salam sejahtera

RESEPI : CRISPY BENDI GORENG  | Kalau ada kacang bendi korang masak apa? boring la kalau asyik masak cara sama je kan. Try goreng garing macam ni. Korang mesti makan sambil nangis .sedap hokkeyyyy...jom teraiii.


Crispy kacang bendi goreng, kacang bendi, resepi kacang bendi , gambar kacang bendi, kacang bendi hijau , blog resepi , kongsi resepi , menu masakan kacang bendi, tips pemilihan sayur segar, kacang bendi segar, kacang bendi goreng,


Ni sukatan sikit je tau..nak banyak gandakan ye.

🔹10-15btg Kacang Bendi
🔹1sk Serbuk Ketumbar
🔹1sk Serbuk Jintan Manis
🔹1sk Serbuk Paprika
*kalau tak ada paprika boleh ganti serbuk kari + serbuk cili
🔹1/2sk Serbuk Kunyit
🔹1sb Tepung Beras
🔹Garam secukup rasa


Cara membuat :


Crispy kacang bendi goreng, kacang bendi, resepi kacang bendi , gambar kacang bendi, kacang bendi hijau , blog resepi , kongsi resepi , menu masakan kacang bendi, tips pemilihan sayur segar, kacang bendi segar, kacang bendi goreng,

1.Kacang bendi dibasuh & toskan . Hiris memanjang (lihat gambar) Lebar lebih kurang 1cm. Jangan basuh lepas potong, nanti berlendir.


Crispy kacang bendi goreng, kacang bendi, resepi kacang bendi , gambar kacang bendi, kacang bendi hijau , blog resepi , kongsi resepi , menu masakan kacang bendi, tips pemilihan sayur segar, kacang bendi segar, kacang bendi goreng,

2.Campurkan semua bahan yang lain & gaulkan sebati.


Crispy kacang bendi goreng, kacang bendi, resepi kacang bendi , gambar kacang bendi, kacang bendi hijau , blog resepi , kongsi resepi , menu masakan kacang bendi, tips pemilihan sayur segar, kacang bendi segar, kacang bendi goreng,

3.Goreng tenggelam sampai keperangan. Angkat dan terus hidang


Selamat Mencuba

Idea masakan dari TheSister CookingProject

REVIEW FILEM : MUNAFIK 2 ( FILEM DAKWAH SERAM )


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


REVIEW FILEM : MUNAFIK 2 ( FILEM DAKWAH SERAM ) | Ramai yang sedia tahu filem seram malaysia untuk tahun 2018 nih MUNAFIK 2 telah keluar pawangan .korang dah sempat menonton ke belum filem nih ? Adakah ia seram ? Bagi yang belum tengok filem Munafik 2 nih, mesti tertanya-tanya kan . CCL  pun belum berkesempatan nak tengok. Biasanya cerita macam ni awal-awal mesti kena rebut-rebut tiket, seat penuh bagai ..so meh sini CCL belanja korang review filem Munafik 2 ni hasil review  Brother Fairuz  perkongsian dari facebook beliau. 





Munafik 2 , filem munafik 2, sinopsis filem munafik 2, review filem, filem seram 2018 , senarai filem seram 2018 , pelakon filem munafik 2 , syamsul yusof munafik 2 , filem seram munafik 2 , full movie munafik 2



3 perkataan untuk menggambarkan filem Munafik 2 : Meremang, Seram dan Menginsafkan.


Aku fikir Syamsul Yusof telah letakkan KPI kepada diri sendiri, filem yang terbaru mesti lebih bagus dari filem yang sebelumnya, dan itulah yang bakal kau perolehi setelah menonton filem terbarunya ini.Tiada masa yang dibazirkan! Kau akan dibawa mengikuti setiap babak bermula dari minit pertama hingga ke akhir. Sedar-sedar cerita dah habis.


Itulah penangan filem ini tuan puan!


Jujurnya, jalan cerita Munafik 2.0 berkali ganda lebih baik dari yang pertama. Seram ya ampun! Plot cerita lebih mendebarkan. Penuh teka teki.



Munafik 2 , filem munafik 2, sinopsis filem munafik 2, review filem, filem seram 2018 , senarai filem seram 2018 , pelakon filem munafik 2 , syamsul yusof munafik 2 , filem seram munafik 2 , full movie munafik 2


Watak Abuja lakonan Nasir Bilal Khan benar-benar menjadi. Jahat sungguh! Mulut aku tak habis-habis menyumpah celaka betul Abuja ni. Kurang ajar betul. 


Kenapa Nasir Bilal Khan wataknya bernama Abuja? Jawapannya ada di babak terakhir. Ustaz Adam menyebut, "inilah Firaun pada zaman ini." Terus aku teringat kata-kata Nabi saat Abu Jahal dibunuh ketika Perang Badar. Rasulullah sebutkan, Abu Jahal itu Firaun pada zaman ini." 


Sengaja Syamsul jadikan watak Abuja sebegitu. Seolah-olah nak audien tahu inilah perumpaan Dajjal Al-Masih yang akan muncul di akhir zaman nanti. Ramai yang mengikutinya, beliau ada kuasa untuk membunuh dan membiarkan sesiapa sahaja untuk hidup hingga manusia jadi buta untuk terlihat perkataan Kaf Fa Ra di dahinya.


Jadi, dapat aku simpulkan watak dan nama Abuja itu diambil contoh dari Abu Jahal, musuh kuat Nabi saat Islam baru mula bertapak di Mekah dan awalan di Madinah.




Munafik 2 , filem munafik 2, sinopsis filem munafik 2, review filem, filem seram 2018 , senarai filem seram 2018 , pelakon filem munafik 2 , syamsul yusof munafik 2 , filem seram munafik 2 , full movie munafik 2


Maya Karin? Beliau membawa watak Sakinah, anak kepada Imam Malik. Jika Nabila Huda sebagai Maria berjaya melakonkan babak dirasuk jin syaitan hingga menjerit DAJJAL, apa kurangnya dengan Maya Karin. 


Real sungguh beliau menjilat darah di lantai. Bila dirasuk jin, ganasnya lain macam. Paling seram, jin yahudi dalam badannya bercakap dalam bahasa arab, berlawan dengan Ustaz Adam. Hinggalah sekali lagi jin ini menyebut, Dajjal akan datang menyesatkan manusia, memerintah dunia selama 40 hari, sama macam Maria.


Lagi lama dirukyah, lagi banyak yang dibicarakan hinggalah menjerit Yakjud Makjud, Yakjud Makjud. Oh My! Aku tak mahu ulas setiap babak dalam filem, nanti jadi spoiler pula. Cuma aku sangat tertarik dengan cara Syamsul Yusof berdakwah. 




Munafik 2 , filem munafik 2, sinopsis filem munafik 2, review filem, filem seram 2018 , senarai filem seram 2018 , pelakon filem munafik 2 , syamsul yusof munafik 2 , filem seram munafik 2 , full movie munafik 2


Yang kedua, ada satu momen Ustaz Adam membaca doa yang disarankan Nabi selepas habis bacaan Tahiyat Akhir. Ia bermaksud, "Aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, aku berlindung dariMu dari azab api neraka jahanam, aku berlindung dariMu dari fitnah hidup dan mati serta aku berlindung kepadaMu dari fitnah Al-Masihud Dajjal."


Dalam filem ini, Mawi dan rakan-rakan tetap teguh beriman kepada Allah dan Rasul. Mereka tetap solat dan membaca Al-Quran, namun dilakukan secara sembunyi-sembunyi, di dalam rumah, tanpa pengetahuan Abuja dan pengikutnya. Begitu juga dengan Sakinah, si Maya Karin. Bagi menyelamatkan akidah, beliau lari dari kekejaman Abuja dan membawa anaknya masuk ke dalam gua.

Mashaallah! Bukankah momen ini gambaran kisah pemuda Al-Kahfi yang menyelamatkan akidah mereka hingga bersembunyi di dalam gua? 


Yang ketiga, jin iblis serta syaitan banyak menyedarkan umat Islam dengan dialog padu saat watak utama dirasuk. Aku perasan, banyak skrip rasukan iblis yang dituju tepat kepada kita, umat Islam terutama golongan ulamak, ustaz apatah lagi pengikutnya.


Boleh jadi, Syamsul sekalu pengarah mahu kita sedar kalau kau sukar untuk terima ajakan para daie untuk berbuat kebaikan, kau dengarlah apa yang nak diberitahu oleh jin iblis syaitan ini.Mereka mahu menyesatkan. Biarkan umat Islam dalam kebodohan label melabel antara satu sama lain. Aku lebih mulia, lebih alim, lebih dekat dengan Tuhan. Jemaah aku lebih baik dari kau, ketua kami pemegang kunci syurga, hinggalah umat Islam berbunuhan sesama sendiri.


Inilah mesej yang ingin IBLIS sampaikan dalam Munafik 2.0. Umat Islam ini lemah, lembik dan mudah terpedaya dengan dunia. Cintakan kehidupan, takutkan mati.


Paling menakutkan, ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah tentang ulamak yang Allah ibaratkan seperti anjing yang menjelir lidah diungkapkan dari dialog Ustaz Adam. Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.


Entahlah kawan, speechless juga aku nak mengulas bab ini. Jika Hantu Kak Limah sarat dalam kritikan kepada marhaen, Munafik 2.0 pula kritikan keras buat kita Umat Islam. Entah bagaimana mahu menghadapi fitnah yang dibawa oleh Dajjal jika kaum muslimin seperti yang kita saksikan hari ini.Ramai. Berbilion jumlahnya. Nampak kuat. Tetapi seperti buih-buih di lautan.


Pergilah menonton. Kena support filem ini. Tak ramai pengarah filem yang mahu mengangkat aspek keagamaan seperti Syamsul Yusof. Beliau genius!


MUNAFIK 2 adalah filem DAKWAH SERAM terbaik yang pernah difilemkan! 

Bayangkan hanya kau seorang percaya pada ALLAH. Bayangkan hanya kau seorang yang tak mahu KEKAYAAN DUNIA. Bayangkan kau di hujung nyawa dan kau berharap ALLAH datang menyelamatkan kau? Apa kau masih rasa ALLAH yang kau tak nampak tu akan datang tolong kau? 

Intinya kerana kita tak lihat ALLAH tu depan mata. Kita tak takut dosa, tak takut ilmu hitam dan tak takut FITNAH orang dan kita rasa nanti-nantilah boleh bertaubat!

Akan wujud orang macam SAKINAH, orang macam ABUJA,  orang macam AZHAR, orang macam AZMAN dan orang macam ADAM di akhir  zaman ni. Semua ni mewakili setiap kita sekarang. Siapa kita, di mana kita dan apa kita buat selama ni. 


Pelakon MUNAFIK 2 🤔

Adam/ Syamsul Yusof 
Abuja/ Nasir Bilal Khan
Sakinah/ Maya Karin 
Azman/ Fizz Fairuz 
Azhar/ Mawi 




GIVEAWAY PERTAMA BY diyanatjuman.blogspot.com



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com


( klik banner di atas untuk join )


SYARAT PENYERTAAN

1. Follow Blog Diyana Tjuman (scroll kat follower gadget)
2. Follow Facebook Page @DT's BLOG
3. Follow Facebook Page @Cubre Mi Foundation Ranau
4. Follow Instagram @diyanatjuman
5. Copy banner diatas
6. Buat entry tajuk "GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com"(backlink tau!)
7. Tinggalkan komen korang kat bawah dengan link entry 


HADIAH
Giant Teddy 


PENGUMUMAN!
  • Giveaway ni akan terbatal jika hanya terdapat 9 penyertaan.
  • Hadiah akan ditambah sekiranya giveaway mendapat sambutan. *If :)
  • Giveaway berlangsung bermula 28 Julai 2018 hingga 18 Ogos 2018.
  • Pemenang akan dipilih dan diumumkan pada 20 Ogos 2018.


RESEPI PERUT AIR ASAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


resepi, 1001 resepi, resepi air asam , resepi perut air asam , blog resepi,


Bahan - bahan 
Perut Lembu
Daun Kesom
Tomato
Limau Nipis
Cili Padi
Bawang Merah (bakar)
Bawang Besar
Belacan
Asam Jawa
Garam
Gula
Ajinomoto (Tambahan)


Bahan untuk dikisar / tumbuk :-
Bawang merah yg dah siap dibakar. Cili padi sedikit belacan, air asam jawa, garam , gula & ajinomoto.

Bahan yg perlu dimayang :-
Bawang besar
Tomato
Daun kesom

Cara-cara penyediaan :-
1. Rebus perut lembu masukkan sedikit garam , hiris nipis kemudian toskan.
2. Masukkan bahan yg dikisar , gaul sebati.
3. Perahkan asam limau nipis secukup rasa masam manis
4. Gaul bersama bahan yg telah dimayang. Biarkan beberapa minit.
5. Sedia untuk dihidang


11 CARA UNTUK HILANGKAN DARK CIRCLES SECARA NATURALLY


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



tips kecantikan, tips kecantikan mata , hilangkan dark circles secara semulajadi , tips hilangkan dark circles , tips mata cantik


11 CARA UNTUK HILANGKAN DARK CIRCLES SECARA NATURALLY  Kebanyakan antara kita akan mengalami dark circles pada sekitar kawasan mata , ni disebabkan faktor-faktor seperti , kurang tidur , stress, keletihan, iritasi kulit akibat penggunaan produk yang tidak sesuai, penuaan, dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.

So today CCL akan kongsikan 11 Cara Untuk Hilangkan Dark Circles Secara Naturally.



Antaranya :

1) Tomato 

 Apply jus tomato pada dark circles area.


2) Minyak Almond 

Sapukan sedikit minyak almond pada dark circle.


3) Jus Oren 

 Campurkan dengan glycerin dan apply campuran ini pada dark circles anda.


4) Kentang 

Lenyekkan dan ratakan pada kawasan lingkaran gelap pada mata anda.


5) Tea Bag 

 Celupkan teh bag dan letakkan di atas mata.


6) Timun 

 Potong timun kepada beberapa slice dan letakkan di atas mata.


7) Daun Mint 

 Dengan mencampurkan daun ini bersama beberapa titis air, anda akan dapat paste yang lembut. Sapukan pada dark circles korang.


8. Susu Sejuk 

Ambil bebola kapas, celupkan dalam susu sejuk kemudian letakkan di atas mata.


9) Air Rose

Ambil dua bebola kapas dan rendamkan dalam air ros. Kemudian letakkan di bawah mata.


10) Almond & Susu 

 Campurkan satu sudu almond yang dah dihancur lumat bersama susu segar. Kemudian sapukan pada kawasan mata.


11) Amalkan tidur dan rehat yang mencukupi setiap hari



SEGMEN BLOGLIST AUG & SEPT BY ZZZYY.BLOGSPOT.MY


Assalamualaikum dan salam sejahtera


KLIK BANNER UNTUK JOIN 

Pencarian bloglist tuk August & September 2018
di zzzyy.blogspot.com bermula 21 july dan berakhir
31 july.


Syarat2 simple je.


1.  Follow blog zzzyy.blogspot.com
2.  Buat entry bertajuk Segmen bloglist Aug & Sept by
     zzzyy.blogspot.com
3.  Tinggalkan link kat ruang komen. Semua penyertaan
     akan tersenarai dalam bloglist blog ini 


SPAGHETTI CARBONARA CHICKEN BIG PORTION DI HANNAH COOKIES PERLIS



Assalamualaikum dan salam sejahtera .

SPAGHETTI CARBONARA CHICKEN BIG PORTION DI HANNAH COOKIES PERLIS  | Berita baik bagi korang penggemar western food terutama peminat pasta yang berkunjung ke Semenanjung Utara, Negeri Perlis Indera Kayangan mencari western food yang sedap-sedap  CCL nak recomended satu tempat yang menarik perhatian tekak korang , iaitu Hannah's Cookies yang terletak di Lot 526 Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar Perlis

Antara satu menu yang CCL nak kongsi dengan korang semua tentang kelazatan tersebut ialah ' Spaghetti Carbonara Chicken Big Portion '


Food review, review makanan, spaghetti carbonara chicken, western food di hannah cookies perlis, spaghetti carbonara sedap,


Apa yang menariknya tentang spaghetti ni rasanya memang marvelous dan memang sesedap tekak CCL terimanya.Spaghetti Carbonara ni ada dua pilihan sama ada korang nak spaghetti carbonara chicken ataupun spaghetti carbonara seafood .Ikut citarasa masing-masing .

Hari ni , CCL memilih untuk makan spaghetti carbonara chicken .Selesai oder makanan, tak perĺu ambil masa yang lama untuk menunggu. Dalam 5 minit hingga 10 minit dah tersedia  hidangan yang CCL oder . Bila waiter dah serve makanan atas meja ni , CCL terkejut dengan food presentation . Spaghetti Carbonara Chicken yang dihidangkan dalam portion yang besar. Mula fikir ' alamak banyaknyer , boleh ke habiskan semua ni'  ternyata CCL berjaya juga habiskan spaghetti carbonara chicken big portion ni. Alhamdulillah kenyang . Sedap dan lazat . 



KEISTIMEWAAN SPAGHETTI CARBONARA CHICKEN DI HANNAH'S COOKIES PERLIS 

♢ Dihidangkan dalam bentuk portion yang banyak.Memang kenyang untuk sorang makan .

♢Sos carbonara yang banjir sehingga tidak menampakkan spaghetti . 

♢ Rasa sos carbonara yang creamy dan secukup rasa .

♢ Gabungan mantap sos carbonara bersama herbs , oregano dan cheese. 

♢ Condiments cendawan dan ayam yang dipotong sederhana besar.

♢ Spaghetti yang lembut 

♢ Harga berpatutan 



Info Hannah's Cookies 

Alamat : Lot 526 Jalan Kaki Bukit 01000 Kangar Perlis 
Facebook : Hannah's cookies
Instagram : @hannahcookiescafe
Waktu beroperasi 
• isnin ( tutup )
• selasa - jumaat ( 12.00 pm - 10.30pm )
• sabtu - ahad ( 4pm - 10.30pm ) 




SINOPSIS NOVEL RINDU YANG TERLARANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera 




NOVEL, NOVEL TERBARU 2018 , NOVEL RINDU YANG TERLARANG . SINOPSIS NOVEL RINDU YANG TERLARANG , RINDU YANG TERLARANG ,KOLEKSI NOVEL


SINOPSIS NOVEL RINDU YANG TERLARANG  Cinta sembunyi -sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah . Tidak mahu berdosa , Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia masih muda . 
"Jangan panggil kami mama dan ayah , kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!" - Puan Rohana 
Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura . Jangankan hendak berbesan , selisih jalanpun mereka tidak sudi . Masing -masing istiharkan permusuhan tujuh keturunan .
"Kita tetap akan nikah Ain!" Putus Faith , masih yakin .

"Tapi...macam mana ?" Ainnura buntu. Perkahwinan tanpa restu , bukan pilihan terbaik .
Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia , tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara diam -diam . Yeah ... nikmat berumahtangga bagaikan syurga dunia. Sayang sekali hanya seketika cuma . Bila rahsia terbongkar , Faith diberi kata dua , cerai atau nyawa. Dua-duanya nanar ...perpisahan tanpa rela buatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti yang telah dijanji , namun harapan hanya tinggal harapan .

Beberapa tahun berlalu , walaupun sangat berjaya dalam kerjaya , perasaan Faith tetap kosong dan beku . Tiba-tiba dia rasa bernyawa semula apabila bertemu kembali Ainnura. Sedangkan hati Ainnura telah menjadi keras dan trauma dengan tragedi lalu. Maka bermulalah misi si duda memikat si jandanya ...
"Orang rindu Ain sangat...."- Faith
"Rindu kita ...rindu terlarang !" -Ainnura
Bersatu semula , sedangkan keluarga mereka masih bermusuhan , bukanlah satu rancangan yang bijak untuk cari bahagia. Ainnura menolak, tidak mahu mengulang kisah lama. Sementelah , Reza Dato' Rashid sanggup menerima Ainnura seadanya dia. Faith tak berputus asa, malah menggunakan Fawwaz untuk raih semula cinta Ainnura.

Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka ? Siapakah Fawwaz? Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith ? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing -masing?

Brand: KARYA SENI 
PenerbitKARYA SENI
PenulisUMIE NADZIMAH


SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT



Assalamualaikum & Salam sejahtera


 KHASIAT TERUNG PIPIT, menu berbuka puasa, MENU MASAKAN KAMPUNG, MENU TENGAHARI, resepi, RESEPI SAMBAL BILIS TERUNG PIPIT, SAMBAL BILIS TERUNG PIPIT,


RESEPI SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

Bahan-bahan:
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inch halia
½ inch belacan
5 sb cili kisar
1 mangkuk ikan bilis
Terung pipit


Cara-cara:

1.Goreng ikan bilis sehingga garing.

2.Blend bawang besar, merah, putih, halia dan belacan

3.Guna minyak goreng ikan bilis tadi, tumis bahan2 kisar tadi hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

4.Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa  dan masukkan terung pipit .Biarkan hingga masak dalam 5 minit.

5.Kemudian masukkan ikan bilis goreng tadi. Tutup api dan gaul rata. Siap dihidangkan.



CARA MUDAH MEMBUAT COLESLAW



Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Resepi, resepi coleslaw, coleslaw , cara mudah membuat coleslaw , coleslaw homemade ,coleslaw berkhasiat ,


RESEPI COLESLAW HOMEMADE

Bahan-bahan:
1 biji kubis potong dadu
1 btg carrot potong dadu
2 sb bawang holland potong dadu
½ cawan mayonis
⅓ cawan gula pasir
¼ cawan susu full cream (dutch lady)
¼ cawan buttermilk
2 ½ sudu besar perahan lemon
1 ½ sudu besar cuka
½ sudu kecil garam
⅛ sudu kecil serbuk lada hitam


Cara-cara:
1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.

2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Gaul rata.

3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan- bahan yang telah digaul sama rata

4. Gaul sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.


NOVEL : TAK SEMPURNA MENCINTAIMU



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA .



koleksi novel, novel, novel 2018 , penulis novel rehan makhtar, tak sempurna mencintaimu,sinopsis novel tak sempurna mencintaimu,novel terbaru, novel keluaran 2018



Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tak indah.  Ianya menyakitkan.  Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa.  Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu.  Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu saja.  Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam!  Dia juga pernah menjadi mangsa.  

“Kau sindir aku lagi, kan?”  - Mustaqim
“Tak… kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan.” – Siratul

Wajah, lirik mata dan kata-kata Siratul kedengaran begitu jengkel pada pendengaran Mustaqim.  Tapi entah mengapa… yang jengkel itulah yang dia mahu pandang, yang mahu dia tatap dan mahu dia dengar.  

 “Aku buat kau gila dekat aku.  Baru kau tahu…”  - Mustaqim
“Memang dasar orang gila!”  - Siratul

Hingga satu hari, bila Siratul mula membuka hati… lelaki itu berdusta dengannya.  Dia marah kerana rasa sayang yang mula bercambah.  

“Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau!  - Siratul

“Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul…”  - Mustaqim

Mustaqim bingung.  Tak… Dia merancang yang indah sebenarnya.  Kerana dihalau pergi, dia berlalu bersama cinta yang wujud buat pertama kali dalam hati.    

Akhirnya, Siratul mengerti tentang apa yang telah Mustaqim lalui sepuluh tahun dulu hingga meninggalkan parut dalam angkara cinta yang dusta yang memaksa dia menjadi yatim piatu sebelum waktu.  Cinta dusta yang menghantui hingga kini.   
 
 “Kalau dia tu, pedang yang menghunus… saya akan jadi perisai yang bantu awak bertahan.” – Siratul

Tapi, benarlah.  Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh jadi berbeza.  Mustaqim sekali bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan Melisa… hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.  

“You pergi dulu, Taqim.  I akan menyusul…”  - Melisa
“Tak bahagia di dunia, kau akan bahagia di syurga…”  Siratul
“Maafkan aku sebab dah bawa cinta tak sempurna dalam hidup kau…” - Mustaqim

Nyawa mereka berdua bagai di hujung helaan.  Mustaqim bangkit bersama sisa-sisa nafas yang ada demi Siratul.  Namun, adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu bila perisainya tumbang?  Dia sendiri tak pasti.