Assalamualaikum dan salam sejahtera .
TIPS RAWATAN SEJURUS KAKI TERSELIUH! | Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak
lazim, dan kebanyakan okrang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika
salah caranya, keadaan kaki boleh jadi semakin teruk.
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut
sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh
menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam
kecederaan berlaku.
Tuamkan haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas
mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba
hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
3. JANGAN SAPU MINYAK PANAS/GAMAT
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu
minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan
jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan
terseliuh itu tiada sebarang luka.
4. JANGAN ABAIKAN KESAKITAN
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu
tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya
jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka(mungkin
open fracture).
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang
cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah
tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi
roda untuk berambulasi.
Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais
selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan
bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72
selepas kecederaan.
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan
pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi.
Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu
duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di
bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi
daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
klik banner untuk join
Syarat penyertaan senang je. Sepantas kilat korang boleh buat :D
1. Follow Blog Siqahiqa
2. Follow Facebook page BLOG SIQAHIQA
2. Copy banner dan buat satu entri bertajuk “Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa”. (please backlink).
6. Publish entri anda dan tinggalkan link pada ruangan komen di sini.
Senang je kan? Segmen ini akan berlangsung selama sebulan dari 3 April hingga 3 Mei 2018. Tidak ada pemilihan blog untuk dimasukkan ke dalam blog list blog ini sebab siqahiqa akan masukkan semua blogger yang join segmen ini ke dalam
blog listbeliau selama-lamanya
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2018 | Pesta Buku Antarabangsa KualaLumpur ( PBAKL ) 2018 kembali lagi untuk tahun ni. Untuk pengetahuan korang semua PBAKL ni merupakan salah satu pesta buku yang terbesar d Malaysia. Pada tahun ni PBAKL 2018 akan diadakan selama 10 hari berturut-turut bermula pada 27 April 2018 sehingga 6 Mei 2018 yang bakal berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) .PBAKL ni juga dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia mensasarkan 2 juta pengunjung.
Sedikit tentang maklumat PBAKL 2018
Tarikh : 27 April 2018- 6 Mei 2018
Bertempat : Putra World Trade Centre (PWTC)
Masa : Isnin - khamis ( 10AM - 7PM )
Jumaat- Ahad ( 10AM - 9PM )
Cuti Umum ( 10AM - 9PM )
Masuk adalah percuma .
PBAKL 2018 memegang tema 'lakaran karya merentasi peradaban bangsa ' . Setiap tahun PBAKL membawa tema yang berbeza dan tersendiri .Tahun lepas diadakan di PWTC , Tak ketinggalan jua tahun ni PBAKL turut memilih tempat yang sama, tempat yang stategik bagi CCL dan jufa pengunjung-pengunjung lain . Salah satunya banyak kemudahan pengangkutan awam untuk pergi dan balik . Selain itu korang juga boleh menaikit kenderaan sendiri tapi kalau tak nak sangkut dalam kesesakan lalu lintas CCL suggestkan korang naik kemudahan pengangkutan awam yang ada seperti LRT yang disediakan .
CCL pasti setiap tahun ramai yang tertunggu-tunggu event yang sebegini rupa . Korang yang pencinta buku jangan melepaskan peluang korang untuk hadir bersama-sama di PBAKL sebabnya korang boleh jumpa buku- buku yang korang inginkan . Kadang -kadang buku tu dijual dengan harga yang murah, kebanyakkan seller akan buat promosi yang kaw-kaw waktu pesta buku ini berlangsung . Ada juga yang dapat free gift. Siapa yang tak sukakan lebih-lebih lagi kalau dapat bersua muka bersama penulis-penulis buku idaman korang siap boleh dapatkan tandatangan lagi sebagai kenang - kenangan .
TIPS KETIKA KE PESTA BUKU ANTARABANGSA (PBAKL) 2018
Salah satu tips CCL nak kongsi dengan korang sebelum melangkah masuk ke PBAKL untuk membeli buku- buku yang korang inginkan . Make sure korang sepatutnya dah tahu nak beli buku apa. Ini penting tau !! Sebab apa penting ?? Sebabnya di PBAKL nanti bukan hanya 100 jenis koleksi buku sahaja tapi beratus-ratus , beribu- ribu jenis buku . Tak ke korang pening nak memilih semua dan lagi bagus kalau korang dah tahu siapa penulis , siapa penerbit buku tersebut , tak ada nanti sampai-sampai je korang melilau tanpa arah tuju dengan kesesakan orang ramai .
ANTARA BUKU- BUKU WISHLIST YANG INGIN DIBELI DI PBAKL 2018
1. GHOSTPITAL
Ghostpital gabungan GHOST dan HOSPITAL adalah salah sebuah buku antologi cerita seram oleh petugas-petugas kesihatan dan petugas-petugas hospital . Buku antologi GHOSTPITAL terbitan White Coat ni memaparkan 30 kisah seram pengalaman Dr Kamaeul Ariffin .Pertama kali tengok kulit buku ni CCL terus teringin nak dapatkan. Simple tapi memukau memang betul kulit buku memainkan peranan penting dalam mempromosikan buku. Perkataan Ghost dan Hospital membuatkan CCL semakin teruja nak dapatkan dan membaca isi buku tersebut . Terdapat 45 buah cerita seram pendek dalam buku ini yang berkisarkan kisah-kisah seram kehidupan seorang manusia bergelar doktor yang bergelumang dengan entiti tak nerjasad yang sememangnya berlegar-legar liar di sekitar kawasan twmbok yang di panggil hospital .
2. ARKITEK PENULIS JALANAN
Arkitek Jalanan merupakan sebuah buku motivasi Islamik yang dikarang dalam bentuk penceritaan.Buku ini merupakan kisah sebenar penulis, seumpama diari kehidupannya. Tetapi diari ini tidaklah membosankan, malah ianya sangat menarik untuk dibaca. Tidak akan sesekali kita berasa bosan semasa membaca buku ini. Buku ini ditulis dalam bahasa yang mudah difahami, kerana penulis sedar bahawa audiens yang ditujukan adalah kepada masyarakat kita yang tidak semuanya gemar membaca buku yang terlalu ilmiah.
Dalam buku ini kita boleh menyelami suka dan duka kehidupan Teme iaitu penulis sebagai watak utama, bersama sahabatnya, Ahmad. Waktu ini kita akan faham betapa bermaknanya seorang sahabat, dan baru ini kita faham apa itu 'sahabat'.
Ada masanya berlaku salah faham, tapi sebagai sahabat, itu semua hanya ibarat pencetus untuk menguatkan lagi hubungan mereka. Ada kalanya menangis bersama, ketawa bersama. Hampir semuanya dilakukan bersama-sama. Comel juga mereka sebenarnya.
3. NEVER GIVE UP , ALLAH KAN ADA

Hidup ini ibarat roda yang berputar. Kadang berada di atas kadang berada di bawah. Hidup ini juga seperti laut. Adakalanya tenang, dan adakalanya bergelombang di hantam badai.
Itulah kehidupan. ..
Ujian dan musibah? Setiap orang akan lalui semua itu, sesuai dengan kadar kemampuannya. Itu janji Allah.
Jangan pernah sekalipun berkeluh kesah dan berasa seperti dibebani. Jangan membiasakan diri selalu berfikiran negatif, kerana jika kita terus menerus dirundung rasa khuatir, maka sampai bilapun kita tidak akan boleh meraih apa yang kita mahukan. Yang ada hanyalah kegelisahan yang akan mendampingi kita, sedangkan kita perlu ingat bahawa kegelisahan itu adalah milik mereka yang selalu berputus asa. Dan Allah sangat tidak menyukai orang-orang yang cepat give-up.
Buku Never Give-up! Allah kan Ada ini banyak memberikan motivasi dan semangat dalam diri kita untuk tidak cepat berputus asa walau begitu banyak ujian dan dugaan menimpa kita. Kerana ketika ujian datang ‘mendera’, akan selalu ada hikmahnya, hadapi dengan ikhlas dan sabar. Kesabaran akan memberikan ketenangan jiwa dan kekuatan hati. Dan Allah SWT akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Never Give-up! Bangkitlah.
Jangan putus asa hanya kerana Manusia. Jangan menyerah hanya kerana urusan dunia.Ingat, ada Allah. Dia Maha Segalanya
Korang yang nak ke PBAKL 2018 , apa buku wishlist yang korang nak dapatkan ? Share sikit .
Untuk korang yang nak tahu maklumat lebih lanjut dan lebih detail tentang PBAKL 2018 boleh rujuk
Facebook : https://www.facebook.com/kualalumpurbookfair/
: https://ms-my.facebook.com/KLBACA/
Website : www.klibf.my
Untuk maklumat korang juga Kuala Lumpur telah membida untuk menjadi Ibu Kota Dunia pada tahun 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera
10 FILEM HOLLYWOOD WAJIB TONTON SEPANJANG TAHUN 2018 Untuk kaki movie, tahun baru merupakan tahun yang dinantikan kerana filem baru mesti akan dikeluarkan. Bagi kaki movie, mesti anda dah ‘usha’ update terkini filem-filem kegemaran korang yang nak keluar tahun ni kan? Okay, untuk korang, ini adalah senarai filem yang bakal ke panggung wayang dan tarikh ia akan ditayangkan. Oh ada kemungkinan sesetengah filem ditayangkan pada tarikh yang kami kongsi atau lebih awal/lewat. Dan ada juga kemungkinan tidak ditayangkan di Malaysia
- Black Panther (16 Februari)
Pengarah : Ryan Coogler
- Tomb Raider (16 Mac)
Pengarah : Roar Uthaug
- Pacific Rim ( 23 Mac)
Pengarah : Steven S. De Kinight
- Avengers : Infinity War (4 Mei)
Pengarah : Anthonty & Joe Russo
- Escape Plan : Hades
Pengarah : Steven C. Miller
- Deadpool 2 ( 1 Jun)
Pengarah: David Leitch
- Jurrasic World : Fallen Kingdon (22 Jun)
Pengarah : J.A Bayona
- Ocean’s 8 ( 8 Jun)
Pengarah : Gary Ross
- Ant Man and The Wasp ( 6 Julai)
Pengarah: Peyton Reed
- Bumblebee (21 Disember )
Pengarah: Travis Knight
Korang tak sabar nak tengok yang mana satu?
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Segmen Bloglist 2018 ShuhaidaSaad
klik banner untuk join
Pencarian bloglist bagi tahun 2018 untuk blog Shu bermula pada hari ini, 26/03/18 hingga 26/04/18 8:40 malam.
Syarat-syarat :
- Follow blog Shuhaida.
- Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist 2018 ShuhaidaSaad", beserta banner.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Senang dan mudah tak?
semua blog peserta akan dimasukkan ke dalam bloglist shu.
jom support shu ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
( KLIK BANNER UNTUK JOIN SEGMEN INI )
Syarat penyertaan :
- Buat post tajuk "Kaella Beloved Fellas"
- Letakkan banner dan backlink kan ke entry ini
- WAJIB follow ( http://thekaellaaaa.blogspot.my/ )
- kena follow Google+ ( cikkaella )
- kena follow Instagram ( @kaellaaaaa )
- Like Facebook ( thekaellaaa )
- after done, comment dekat bawah berserta link entry yang korang buat.
- Tamat segmen pada 31 March 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera
nak join GA ni, mrs pip letakkan beberapa syarat mudah:-
1/ buat entry bertajuk "Birthday Giveaway by Mrs Pip" , copy paste dan backlink kan banner di atas
2/ wajib follow blog mrs pip
5/ dah siap, sila letak link penyertaan korang kat kotak komen di bawah
GA ni akan tamat pada 8 April 2018, dan pemenang akan diumumkan, insyallah dalam masa seminggu selepas GA tamat.
Pemilihan pemenang akan dibuat sama ada melalui random.org atau pemilihan cabutan bertuah oleh mrs pip sendiri , dan keputusan muktamad.
Seorang pemenang bertuah akan memenangi hadiah :-
- face mask jenama b.live (fine line stoppage sheer off crease) x 3 sheets
- Suaviss Colmado body wash 30ml x 2 bottles (random fragrance : lime, coconut, strawberry, grapefruit, mango)
- pre-loved novel
- hadiah misteri (wang tunai / skincare product / beauty products / shawl / atau lain lain produk)
KLIK BANNER UNTUK JOIN
Assalamualaikum dan salam sejahtera
klik banner untuk join
Pencarian bloglist bulan April 2018 bagi blog https://aerillhassan.blogspot.my/ bermula 19 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018. Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk sertai pencarian ini.
Cara-cara untuk sertai :-
1. Follow, Add to Circle dan Like
2. Masukkan blog https://aerillhassan.blogspot.my/ ke dalam bloglist anda.
3. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan
4. Copy Coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist blog Aerillhassan. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 April 2018.
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
RESEPI : KEK PANDAN VERSI TOASTER sebenarnya walaupun tanpa oven ataupun ketuhar , mak - mak di rumah tetap boleh buat bakar kek , tak semestinya menggunakan oven baru nak jadi resepi kek tersebut . Petang ni CCL nak kongsi dengan korang semua Kek Pandan versi Toaster . mana lah tahu adunan dah siap diadunkan semua tetiba oven rosak , so rasa ni salah satu sebagai penyelamat .
BAHAN - BAHAN
- 2 biji telor
- 1/2 cwn gula
- 2 sudu susu pekat
- 1 cawan tepung (boleh guna tepung kek)
- 1/2 cawan minyak
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla.. sy gntikan dgn esen pndan dan pewrna hijau
- butter
CARA MEMBUAT
1.blend 2 biji telur . 1/2 cawan gula, 2 sudu susu pekat . 1 sudu teh esen vanila ataupun esen pandan sehingga kembang smua ni.
2. Masukkan 1 cawan tepung kek bersama baking powder dan masukkan secawan minyak adun sehingga sebati .
3. Panaskan toaster , dan sapukan sedikit butter agar kek tidak melekat ketika proses membakar .
4. tuangkan adunan tadi ke dalam toaster , tutup dan bakar 3 minit sehingga 5 minit .
selamat mencuba
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2018 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 15 Mac 2018, iaitu tepat jam 1.00 petang sehingga hari esok, 1.00 petang 16 Mac 2018. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #29 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?
10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2018.
** jom support Mia Liana....
Klik banner untuk join
Assalamualaikum dan salam sejahtera
TIPS PERSEDIAAN MENJELANG HARI PERKAHWINAN Korang sedang dalam persiapan untuk hari perkahwinan , tapi tak tahu mana nak dimulakan dahulu ? meh CCL share panduan untuk persedian menjelang majlis perkahwinan korang nanti .
12 - 9 BULAN SEBELUM MAJLIS
- pilih tarikh , bincang dengan ahli keluarga kedua belah pihak supaya senang nak berkumpul nanti .
- pilih tempat rumah ataupun dewan. untuk yang memilih dewan , korang perlu survey dan booking dengan segera sebab biasanya dewan ni dalam tempoh sebulan awal kejap je dah penuh , so booking awal ok .
- sediakan bajet .ni penting supaya korang tak terlebih berbelanja nanti .
9 - 6 BULAN SEBELUM MAJLIS
- pilih tema . Masa ni dah boleh decide dah korang nak tema apa tradisional ke , tema taman ke dah boleh start cari inspirasi .
- buat survey untuk setiap vendor perkahwinan . Survey vendor yang diperlukan contohnya baju pengantin , juru makeup , photographer , videographer , pakej perkahwinan , katering , doorgift dan yang lain-lain yang korang perlu .
- sediakan senarai jemputan atau buat anggaran . tanya sekali ibu dan bapa berapa anggaran jemputan mereka , kadang - kadang diorang punya jemputan lebih ramai dari kita yang pengantin ni .
6-4 BULAN MAJLIS
- mula membuat tempahan dengan vendor perkahwinan mana yang boleh contohnya jurumekap , katering dan pelamin .
- jangan lupa apply cuti nanti tak pasal-pasal tak boleh kahwin pulak .
- beli barangan hantaran kalau ada sale tue grab cepat-cepat sebab boleh jimat.
- hadir kursus kahwin ni penting tau ! pastikan korang buat dengan pihak yang bertauliah.
3 - 2 BULAN SEBELUM MAJLIS
- serahkan dokumen di pejabat agama untuk tempahan tok kadi , pendaftaran perkahwinan dan yang berkaitan .
- buat ujian saringan kesihatan .
- buat tempahan bagi mana-mana vendor yang belum settle . ye la kadang- kadang tu bajet duit kita baru ada masa bulan ni kan , so selesaikan mana yang belum .
- edar kad jemputan jangan lupa ya , supaya tetamu yang jauh boleh save the date untuk attend majlis perkahwinan korang .
1 BULAN SEBELUM MAJLIS
- fitting baju pengantin , wajib !! ye la takut nanti korang terkurus atau tergemuk dah .. waktu ni korang masih sempat lagi nak alter baju .
- semak semua tempahan yang diperlukan telah dibuat dengan selengkapnya , mana yang boleh follow -up buat ya .
- pastikan semua dokumen berkaitan pernikahan selesai .waktu ni dah wajib settle semua dokumen .
2-1 MINGGU SEBELUM MAJLIS
- deko hantaran . kalau tak sempat buat sendiri , boleh minta tolong adik - beradik atau sedara - mara tak pun tempah je dengan mana - mana pembuat hantaran .
- fnal confirmation ! follow up dengan semua tempat yang ditempah dan juga tok kadi
- meeting dengan family untuk pengagihan semasa majlis supaya memudahkan kerja semasa majlis berlangsung
1 HARI SEBELUM MAJLIS
- pastikan pakaian pengantin sudah digosok . masa ni tengok baju pun dah rasa nervous .
- berkan number telefon individu in-charge semasa majlis kepada semua vendor perkahwinan . ye lah takkan mereka nak contact korang masa tengah jadi pengantin pulak kan . masa tue ah tak fikir apa-apa ..
HARI PERKAHWINAN
- enjoy the day ! tarik nafas dalam -dalam
- tenang dan doa semoga majlis berjalan dengan lancar
haa ... macam mana dengan semua panduan semua ni ? membantukan ?