LIRIK LAGU SAYANG MAAFKAN AKU BY SYAFIQ FARAHAIN


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


 sayang maafkan aku syafiq farhain,syafiq farahain,biodata syafiq farahain,siapa syafiq farahain,syafiq farahainanak saleem.lirik lagu sayang maafkan aku syafiq farahain , gambar syafiq farahain ,


LIRIK LAGU SAYANG MAAFKAN AKU BY SYAFIQ FARAHAIN Lagu Sayang Maafkan Aku merupakan lagu Malaysia yang dinyanyikan oleh Syafiq Farhain. Anak kepada penyanyi Saleem . lagu ini dikomposeri oleh Harry Khalifah serta Liriknya digarap oleh Moy Khalifah dan Room None.



Lirik Lagu Syafiq Farhain - Sayang Maafkan Aku
Sayang dimana kamu
Ku disini sentiasa merinduimu
Pada bulan pada bintang
Seakan tahu perasaanku

Sayang maafkan aku
Jika ku pernah melukakan hatimu
Pada angin pada awan
Ku kirim seribu kemaafan

Seandainya bisa ku undurkan
Waktu mula dulu kita bersama
Saat-saat indah di masa bercinta
Di sulam bahagia

Dan disaat dirimu rasa kecewa
Engkau pergi bersama hati yang lara
Jiwaku sengsara dan rasa bersalah
Membuatmu kecewa

Sayang dimana kamu

Seandainya bisa ku undurkan
Waktu mula dulu kita bersama
Saat-saat indah di masa bercinta
Di sulam bahagia

Dan disaat dirimu rasa kecewa
Engkau pergi bersama hati yang lara
Jiwaku sengsara dan rasa bersalah
Membuatmu kecewa

Sayang pulanglah kamu
Moga terbuka pintu hati buatku
Maafkan aku bagi diriku
Kaulah segala-gala untukku 



ATIEHILMI.COM ; FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH !!


Assalamualaikum dan salam sejahteta


Syarat
■ follow blog AtieHilmi
■follow google+ AtieHilmi
■Follow instagram AtieHilmie
■Like fbpage AtieHilmie
■ Buatkan satu entri tentang GA ini

Hadiah menanti pemenang


Tarikh tamat
■ 22 OGOS 2017

cara join
■Klik Sini atau banner di atas


Give Away by Makbapakkauhijau


Assalamualaikum dan salam sejahtera



1. Follow blog makbapakkauhijau
2. Follow ig sponser 
3. Buat satu entry bertajuk 'Give Away Topup by Makbapakkauhijau
4. Pemenang akan dipilih jika memenuhi syarat
5. Give Away start 10/8/2017 - 20/8/2017

Klik banner untuk join 


TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY



Assalamualaikum dan salam sejahtera

TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY





GIVEAWAY terbuka kepada semua rakan blogger di Malaysia. GIVEAWAY bermula pada hari ini, 08hb Ogos 2017, iaitu tepat jam 01.20 tengahari sehingga 31hb Ogos 2017 (jam11.59 malam).

Semua Blogger di Malaysia dijemput menyertainya. Klik banner untuk join 

Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com



Assalamualaikum  dan salam sejahtera



Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 10 Ogos 2017 sehingga 11.59 malam 30 Ogos 2017. Menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik untuk dimenangi oleh para peserta.
Semua blogger dijemput untuk menyertai giveaway ini.

Syarat - syarat :-
  • Follow Blog Sponsor 

  • Like Fanpage 

  • Add To Circle Sponsor 
  • Follow Instagram Sponsor  

  • Follow Twitter Sponsor 
  • Buat entri bertajuk Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri. 
  • Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI



17 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 
 1 September 2017


Sekian , terima kasih




PENTINGNYA PERANCANGAN YANG BANYAK SUPAYA MEMPERSIAPKAN DIRI DALAM SETIAP KEADAAN


Assalamualaikum dan salam sejahteta

PENTINGNYA PERANCANGAN YANG BANYAK Buat perancangan yang banyak. Buat plan A, B, C dan D. Jika begini berlaku apa patut CCL buat? jika begitu berlaku apa CCL perlu buat? It is okay kalau orang kata korang fikir terlampau jauh, berangan dan sebagainya. Itu untuk diri korang juga. Bila korang susah, bukan mulut itu yang membantu korang.

Dengan adanya perancangan, korang sedang mengagak masa depan korang dalam masa yang sama korang sedang mempersiapkan diri korang untuk setiap keadaan yang berlaku. Itu satu kebaikan sebab korang akan jadi lebih tenang hadapi apa juga kemungkinan dalam masa yang sama kau letak diri kau dalam mode : SEDIA



Pentingnya perancangan, pentingnya perancangan yang banyak, perancangan hidup, plan yang sesuai, tips kehidupan,


Kenapa CCL  kata buat perancangan yang banyak? Supaya korang tak buang masa. Bila apa apa berlaku, korang cuma tinggal pilih je plan kau. Dan kebaikannya korang dah sediakan langkah pada waktu sekarang untuk sesuatu yang akan datang. Jimat masa. Bila hal sekian sekian berlaku, korang cuma perlu padankan dengan plan/persediaan yang telah korang siapkan je.


Jangan letak kedua dua kaki korang untuk benda berisiko. Kesalahan korang adalah suka menangguh dan lebih suka menunggu dari mengatur langkah. Tidak suka berfikiran jauh sebab tak nak sibuk sibuk. Suka bersenang senang dahulu bersusah susah kemudian. Akhirnya kita akan terlepas banyak peluang dan membuang lebih banyak masa.

CCL cuma kongsi apa yang CCL lakukan. Selebihnya Allah aturkan. Semoga berjaya. Jangan putus asa. Allah ada 💪

RESEPI DONUT CHEESE LELEH



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

RESEPI DONUT CHEESE LELEH   entri yang bersiaran pada kali ini , CCL sengaja nak kongsikan dengan para pembaca tentang satu resepi yang baru .. kalau entri yang lepas CCL ada berkongsikan tentang 'spaghetti Donut' . kalau yang masih lagi belum membaca entri spaghetti donut .. uolls boleh terjah  ' menariknya spaghetti donut '  . para penggemar cheese , uolls wajib baca entri dan wajib cuba resepi yang CCL nak kongsikan kali ini .. berkaitan 'Donut Cheese Leleh' .kalau spaghetti Donut tengah femes di laur negara..Donut Cheese Lelehini pulak tak terlepas peluangnya untuk femes di Malaysia ni.. 

donut cheese, donut cheese leleh, donut yang tengah viral, resepi donut, resepi donut cheese leleh, resepi donut lembut, Spaghetti donut,


Fuyoo!!! Sedapnya!!!! Donut Cheese ! Bakal fenomena spt keria gula merah ni!!..Nah resepi boleh, utk sesiapa nak buat niaga pun ok, Siapa suka donut cheese. boleh try buat, 


Bahan
4 cwn tpung gandum
3 sudu besar merjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1/2 cwn air suam
1/2 cwn air
1 peket mauripan
Sedikit garam
Cheese slice

Cara-cara :
1) Ambil setengah cawan air suam larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati . Biarkan sampai yis mengembang dalam 20 minit .

2) Tepung gandum tadi ramas dgn marjerin , susu dan garam sampai sebati .


3) Bila yis dah mengembang . Masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang seli dgn setengah cawan air sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tgn.


4) Rehatkan doh dalam 30 minit , tutup doh tersebut dgn kain basah .


5)Selepas 30 minit , doh tersebut dah naik . Tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin .


6) Boleh canaikan doh tersebut , jgn tebal sangat dan terlalu nipis sangat . ( untuk cheese saya buat dgn menekap kan menggunakan cawan minuman plastik ). Kalau donut biasa saya gunakan acuan donut .


7) Sebelum menggoreng donut tersebut . Rehatkan donut itu selama 30 minit supaya ia mengembang dgn cantik .



selamat mencuba 

MENANG TOP BLOGLIST BLOGGER HASLINA


Assalamualaikum dan salam sejahtera

MENANG TOP BLOGLIST BLOGGER HASLINA  Hai semua , selamat malam CCL ucapkan , sedangkan sekarang ramai yang dah pejam mata dilamun mimpi yang indah , CCL  masih lagi bersengkang mata melawat rakan - rakan blogger , bukan apa mata ni pun belum mengantuk lagi ., ok nak back to tittle . hari tue CCL ada join satu segmen dari blogger Haslina yang sedang mencari senarai-senarai blogger yang bakal disenaraikan dalam bloglist bulan August.So hari ni blogger Haslina atau dikenali sebagai Puan Kuci dah pun keluarkan senarai pemenangnya . Kalau korang yang rasa-rasa dah libatkan diri dalam segmen Ini , hah korang boleh la terjah senarai pemenang kat Sini . 

Segmen,contest blog,menang segmen


Penyertaan CCL dalam segmen tersebut berada di number 23 . Alhamdulillalh tersenarai sebagai top 12 bloglist August Blogger Puan Kuci . 

Segmen,contest blog,menang segmen

Tahniiiah juga pada para pemenang ,dan terima kasih juga Puan Kuci yang anjurkan segmen ini ..



SEGMEN BLOGWALKING MERDEKA 2017 MIALIANA.COM


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.

** sila klik pada banner untuk join segmen ini.....


SEGMEN BLOGLIST 2.0 BY CIK MIELA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

SEGMEN BLOGLIST 2.0 BY CIK MIELA

 Segmen,contest blog

Syarat mudah . 
1.follow blog cik miela
2.like fbpage @ follow twitter cik miela
3.buatkan satu entri tentang segmen ini 

Tarikh tamat segmen 
■ 13 ogos 2017 

Cara nak join segmen ini 
■ Klik pada banner di atas atau klik di Sini

Kelebihan join segmen ini 
■ 10x bloglist yang terpilih akan menjadi bloglist cik miela untuk 6 bulan ke atas .. 

Tunggu apa lagi . Ayuh join 


SEL-SEL KULIT MATI PUNCA WAJAH NAMPAK GELAP DAN KUSAM? JOM ATASINYA DENGAN FACE SCRUB!



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

6 kelebihan face scrub, cara buat scrub muka dengan mudah, dyas scrub muka dan badan, face scrub, scrub muka yang murah, scrub organic, skrub muka itu penting, tips kecantikkan,


SEL-SEL KULIT MATI PUNCA WAJAH NAMPAK GELAP DAN KUSAM? JOM ATASINYA DENGAN FACE SCRUB! Entri CCL sebelum ni, CCL ada  kongsikan dengan korang semua tentang face scrub yang boleh dibuat sendiri di rumah . Kalau korang yang masih ketinggalan entri tersebut , korang boleh terjah SINI  dan SINI  .Ada tanya yang face scrub ni penting atau tak kan?Ok sebenarnya face scrub ni tersangatlah penting dan memang WAJIB ada bagi setiap orang. Tak kisah apa jenama face scrub pilihan awak. Tapi ia memang penting . So CCL nak share kelebihan atau fungsi face scrub yang mungkin dalam kalangan kita ada yang tak tahu.



Apa kelebihan face scrub?
1. Membersih kulit wajah jauh lebih mendalam.
Mungkin ada yang tak tahu bahawa pencuci wajah yang biasa kita gunakan kebanyakannya hanya mencuci pada permukaan kulit sahaja. Sebab itu perlunya face scrub untuk mencuci jauh ke dalam liang-liang pori supaya tidak tersumbat.

2. Membuang sel-sel kulit mati pada wajah.
Punca kulit kusam terjadi akibat dari sisa-sisa mekap yang tidak dicuci dengan sempurna dan juga habuk ataupun debu yang melekat pada kulit wajah. Wajah adalah kawasan yang paling terdedah kepada kotoran dan sinaran matahari yang menyebabkan kulit menjadi sunburn.Pentingnya face scrub adalah untuk mencuci sisa mekap dan kotoran yang melekat pada liang pori.

3. Membina sel kulit baru yang lebih sihat.
Penggunaan face scrub boleh mengangkat sel-sel kulit mati dan seterusnya ia dapat merangsang kulit lapisan bawah untuk kembali membentuk sel-sel kulit yang baru yang lebih muda dan sihat.

4. Daya serapan kulit menjadi lebih berkesan.
Apabila sel-sel kulit mati di angkat, daya serapan kulit menjadi lebih baik. Jadi, bila awak memakai serum, pelembap, krim dan sebagainya, ia akan mudah meresap ke dalam kulit dan awak akan mendapatkan kesan yang lebih cepat.

5. Memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan dehidrasi.
Tekstur kulit yang kasar dan kering dapat diatasi dengan penggunaan face scrub. Nanti takda kulit awak nampak kusam dan bila mekap ia akan jadi bercapuk. Tak smooth dan crack.

6. Mengembalikan kulit wajah yang sekata, lebih tegang dan lembap.
Kulit kusam boleh menyebabkan awak nampak lebih tua dari usia. Penggunaan face scrub mampu mengatasi masalah tersebut dan sel kulit baru yang terbentuk akan lebih sekata, anjal dan lembap.

Pentingnya penggunaan face scrub bukan hanya untuk perempuan tetapi lelaki juga.Korang tak perlu menggunakan hari-hari. Cukup hanya 2 atau 3 kali seminggu. Dan kulit korang akan nampak lebih sihat, anjal dan lembap.

entri yang berkaitan 

SEGMEN TOP BLOGLIST HASLINA OGOS 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera

SEGMEN TOP BLOGLIST HASLINA OGOS 2017




Syarat-syarat Mudah.

1. Follow blog saya Haslina Kasbulah 
    Follow Google+: Haslina 
    Follow Insta: PuanKuci 


2.- Buat satu entri di blog anda bertajuk
     'Segmen Top Bloglist Haslina:August 2017'.

3- Letak banner segmen dan link kan ke blog ni.

4- Komen link entri penyertaan di bawah.


Pemenang segmen ini 

Jumlah pemenang TOP BLOGLIST AUGUST 
   akan ditentukan berdasarkan penyertaan yang ada.. 

Khidmat random.org akan digunakan sekali lagi.

 Surprise kepada Dua blog bertuah untuk di review. 
  (Pilihan random.org)


Tarikh segmen berlangsung

31/07/2017 - 6/08/2017


Cara nak sertai segmen ini 

1. Klik SINI
2.klik banner di atas . 





7 JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBADANAN TAIPING PERAK (2017)



Assalamualaikum dan salam sejahtera


7 JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBADANAN TAIPING PERAK (2017) Berita baik untuk rakyat negeri Perak yang sedang mencari kerja, kat sini CCL nak kongsikan 7 jawatan kosong yang menanti korang semua. Iklan permohonan bukan hanya terbuka untuk rakyat perak aje.. korang yang tinggal luar dati negeri perak ni boleh apply. Sekarang lorong-lorong kerja kerajaan ni susah nak dapat. So kalau ternampak satu info pasal kerja ini tak salah untuk cuba apply.


Jawatan kosong 2017,jawatan kosong majlis perbadanan perak,kerja kosong 2017,senarai jawatan kosong 2017


Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Taiping
Permohonan secara atas talian boleh terjah link di bawah

https://egerbang.perak.gov.my/


Tarikh Tutup: 15 Ogos 2017

Antara 7 jawatan kosong yang masih menanti.
1. Penolong Pegawai Pertanian - G29
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran (Lelaki) - U29
3. Penolong Akauntan - W29
4. Pembantu Kesihatan Awam (Lelaki) - U19
5. Pembantu Kemahiran (Lelaki) - H19
6. Penjaga Jentera Elektrik (Lelaki) - J19
7. Pemandu Kenderaan (Lelaki) - H11


Tips
7 CARA MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA DALAM BAHASA INGGERIS

7 CARA MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA DALAM BAHASA INGGERIS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cara menjawab soalan temuduga dalam bahasa inggeris,tips temuduga dalam bahasa inggeris,tips menghadapi temuduga,kerja kosong,cara lulus temuduga,


7 CARA MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA DALAM BAHASA INGGERIS


1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)

JAWAPAN SALAH:
“Because I like to work here. I like this job. I love this industry”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.


2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)

JAWAPAN YANG SALAH:
“My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”


3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)

JAWAPAN SALAH:
“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 
“I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”


4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)

JAWAPAN SALAH:
“Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field


5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)

JAWAPAN YANG SALAH:
“I tend to put things to the very last minute.”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”


6. What salary are you looking for?

JAWAPAN YANG SALAH:
“I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”


7. Why should I hire you?

JAWAPAN YANG SALAH:
“Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.”

PERINGATAN
●Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.
● Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.


HOMEMADE AISKRIM ALA-ALA BASKIN ROBBIN SEMUDAHNYA,HANYA GUNA TIGA BAHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera

HOMEMADE AISKRIM BASKIN ROBBIN SEMUDAHNYA,HANYA GUNA TIGA BAHAN Pernah viral satu ketika dahulu di laman sosial media tentang cara membuat aiskrim yang menggunakan bahan -bahan yang mudah .Time tue memang CCL tak terjebak untuk buat . Rasa malas jugak .Tapi hari ini bila tengok bahan-bahan kat dapur  terus mengingatkan CCL pada aiskrim viral satu ketika dulu (viral sangatkan) .Memandangkan panas-panas tengahari ni tekak kalau kena aiskrim memang sedap, lagi pun dah lama CCL tak merasa aiskrim . Oleh itu CCL yakinkan diri untuk homemade aiskrim .Dalam hati berdoa mudah-mudahan menjadilah . Kalau tidak rugilah bahan-bahan. Bukan apa first time mencuba tak tahu menjadi atau tidak .

Walaupun CCL masih ingat bahan-bahan dan cara membuat, tapi CCL tetap juga search google untuk tambah ilmu..mana tahu  diorang ada masukkan bahan-bahan tambahan untuk menyedapkan lagi ais krim tersebut. Dibawah CCL sertakan resepi homemade aiskrim ala-ala baskin robbin

Bahan
■ 1 tin susu cair
■ ovalate
■ milo

Cara membuat 
masukkan satu tin susu cair bersama beberapa sudu besar serbuk milo . Serbuk milo tue agak-agak dan ikut citarasa koranglah nak letak banyak mana kan . Tapi jangan terlali banyak nanti manis.

combinekan susu bersama serbuk milo tadi .korang boleh gunakan mix ataupun blender kat umah ker . Cara CCL ,CCL  hanya masukkan bahan tersebuk kedalan blender memudahkan kerja .Blend sampai sebati .

Masukkan satu sudu besar ovalate ke dalam bahan yang telah diblender tadi.Blend sehingga sebati dalam 15 minit,make sure blender tue on off sekejap takut panas nanti. 

blend sehingga jadi creamy dan kembang . Korang boleh masukkan ke dalam bekas dan simpan seeloknya satu hari dalam peti sejuk 


Homemade aiskrim,homemade aiskrim ala-ala baskin robbin,aiskrim baskin robbin,aiskrim coklat chip,resepi aiskrim,cara mudah buat aiskrim,buat aiskrim sendiri,tiga bahan untuk buat aiskrim,gambar aiskrim,,aiskrim buatan sendiri,aiskrin tengah viral,aiskrim viral


Taraaa..dah siap pun aiskrim ala-ala baskin robbin yang di homemadekan  oleh CCL . Aiskrim ni CCL korang boleh pelbagai perisa mengikut citarasa .Dan CCL  letakkan chocolate chip sebagai tambahan.

So bila dah masukkan ke dalam peti ais rasa tak sabar pulak nak rasanya.Dalam fikiran terfikit-fikir pulak " eh - eh  betul ke pakai 3 bahann ni akan jadi aiskrim ala-ala baskin robbin" . Selalunya CCL tahu buat aiskrim Malaysia aje . Selepas seharian dikurungnya dalam peti ais tiba masa untuk makan ..first rasa creamy dan memang menjadi.. Alhamdulillah percubaan pertaa berjaya juga tanpa merugikan bahan di dapur . Lepas ni boleh homemade perisa baru . Korang kalau tengah ada mood rajin tue meh kita cuba resepi ini . Simple sangat . Selamat mencuba ! 









PAKAI PERFUME TAPI BADAN MASIH BERBAU TENGIK LAGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


tips menggunakan perfume secara betul , tips memakai perfume , perfume yang boleh hilangkan bau badan , tips hilang bau badan


PAKAI PERFUME TAPI BADAN MASIH BERBAU TENGIK LAGI  Kenapa selepas pakai perfume pun badan kita masih berbau tengik? Bahkan lebih teruk baunya. Ada banyak kemungkinan, dik. Pertama, sebab kita tak pakai deodoran. Bulu ketiak yang dibiar subur tanpa diberi baja dan racun yang sewajarnya boleh mengundang bau yang kurang enak. Pergi tebas dan sapukan deodoran. Insya Allah akan selesai masalah.

Kedua, boleh jadi juga badan kita jenis kuat berpeluh. Makan ABC berpeluh, main FB dalam ofis pun berpeluh. Berpeluh pula macam baru lepas merentas desa. Air peluh ini tak semuanya busuk dan memualkan. Ada yang akan jadi sedap apabila bercampur dengan perfume. Ada juga yang tidak.

Okay. Apabila dua faktor ini bergabung, maka ia akan menghasilkan bauan yang kurang enak. Dan, dalam banyak keadaan kita biasanya tidak menyedari bauan ini ada.Memakai perfume dalam keadaan ini ibarat seperti kau menutup bangkai gajah. Jadi, sebelum memakai perfume, pastikan tubuh badan dalam keadaan bersih terlebih dahulu.

KERABU SOTONG ALA THAI



Assalamualaikum & Salam Sejahtera 


RESEPI KERABU SOTONG ALA THAI  Entri kali ini amat sesuai pada pengemar-pengemar kerabu ..Memandangkan hari ini CCL bercuti, Ini dia CCL nak kongsikan dengan korang resepi kerabu sotong ala Thai yang sangat mudah disediakan dan sedap dimakan. Hanya perlu campak campak dan siap untuk dihidang.Resepi yang CCL kongsikan ini sesuai dimakan 5-6 orang bagi setiap hidangan.

Baiklah, bahan bahan yang diperlukan ialah:

Bahan A
- 500 gram Sotong yang direbus
- Sebiji Bawang besar
- 1/2 batang Bunga kantan
- Daun ketumbar
- 1 batang Serai
- 7 biji Cili padi merah
- Sebiji Tomato
- 1/2 batang Karot

Bahan B
- Sos sotong
- Air limau
- Garam
- Gula
- Pak Aji(Jika perlu)



Cara penyediaan:



resepi kerabu , resepi kerabu sotong , resepi kerabu sotong ala thai , resepi aneka jenis kerabu,kerabu sotong sedap

Potong semua bahan apa seperti ini .cantikkan cara CCL  potong ? Heheh..tipsnya pisau mestilah tajam.Jadi rajin-rajinlah korang semua asah pisau tue dekat dapur.Tapi jangan sampai terhiris jari .




resepi kerabu , resepi kerabu sotong , resepi kerabu sotong ala thai , resepi aneka jenis kerabu,kerabu sotong sedap

Baiklah,bila dah siap potong semua , campurkan semua bahan A & bahan B ke dalam satu bekas dan gaulkan bersama. Maaflah CCL terlupak nak ambil gambar semasa proses campak mencampak ni. Masukkan 2 sudu teh gula, 1/2 sudu teh sos sotong atau lebih dikenali kicap sotong dan sedikit air limau. Gaul sehingga sebati ,pastikan ada rasa manis,masam,pedas yang seimbang dan cukup sedap.Namun terpulang kalau korang mahu mengubah citarasa tersendiri korang hanya perlu bermain dengan bahan B sahaja.Lidah orang tak sama..bukan ?




resepi kerabu , resepi kerabu sotong , resepi kerabu sotong ala thai , resepi aneka jenis kerabu,kerabu sotong sedap

Dah siap, beginilah rupa kerabu sotong ala thai .sangat sedap dimakan bersama nasi putih dan sedap juga dimakan begitu sahaja.


Selamat mencuba

BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN BILA KITA PERHATI DARI CARA MEMBELI MAKANAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera

BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN BILA KITA PERHATI DARI CARA MEMBELI MAKANANBanyak bezanya lelaki dan perempuan.Tak payah pergi jauh.  Kita perhati cara beli makanan kat kafe pun dah begitu banyak perbezaan yang dapat dikesan.

Sifat lelaki, sifat perempuan, beza sifat lelaki dan perempuan,cerewetnya perempuan, kenapa perempuan cerewet


1. Pinggan/bekas yang dipilih.

Orang lelaki akan ambil je pinggan yang paling mudah dia capai dan terus menuju ke tempat nasi.

Orang perempuan biasanya dia takkan ambil pinggan yang atas sekali sebab pekedai biasanya akan letak kain lap pinggan kat situ. (Walhal dia lap juga pinggan tu dengan kain tu karang).
Lepas dia ambil pinggan,  dia akan angkat pinggan tu tinggi sikit dan tengok kot pinggan tu ada sompek ke, ada bintik bintik hitam ke, ada kesan minyak ke. Selagi tak keluar bunyi menciutkan,  dia akan terus memilih pinggan. Sedangkan pada ketika tu maybe lelaki yang ambil pinggan sebelah dia tadi tu dah masuk suapan ke lapan.


2. Kepayahan menyukat nasi di perut sendiri.

Orang lelaki dia nampak je senduk,  dia tekan je ke kedalaman maksimum yang senduk tu boleh capai,  kaut dan lepuk dalam pinggan. Settle.

Orang perempuan dia akan ambil nasi setengah senduk dulu. Lepas tu dia renung. Rasa macam tak cukup. Dia ambil lagi suku senduk. Eh macam banyak pulak, dia buang satu perlima senduk. Amazingnya,  lepas dia habis makan kau tengok tetap tak habis jugak nasi tu.


3. Membuat keputusan apa lauk yang nak dimakan.

Orang lelaki dia ambik lauk yang dia rasa berkenan walaupun dia belum habis pusing tengok semua lauk. Pada dia ok dah tu.

Orang perempuan pusingan pertama dia akan tengok dulu semua lauk yang ada. Pusingan kedua dia akan berhenti di sesetengah stesen lauk, ambil senduk dan usik usik sikit lauk tu. Letak semula. Sambung lagi pusingan ketiga. Kira biasanya 7 pusingan lah baru lengkap semua lauk dia. Kalau boleh dapat haji,  hajah dah semua orang perempuan ni


4. Kebolehan mencari gali.

Orang lelaki kalau dia makan nasi goreng, dia cedok je nasi tu tanpa peduli ada haiwan atau tumbuhan apa dalam nasi tu.

Orang perempuan, dia akan kuis kuis dulu nasi tu. Kalau dia suka makan kobis,  dia akan kumpul semua kobis yang dia boleh kesan. Kalau fish cake, senipis nipis fish cake dia akan cungkil jugak. Dia hanya akan stop bila ada orang lain yang nak ambil nasi goreng tu jugak.
Silap haribulan dia stop sekejap, bagi laluan kat orang tu, lepas tu dia sambung semula!


5. Cari tempat duduk.

Orang lelaki dia akan cari tempat yang dekat dengan tempat makanan, easy access nak masuk.

Orang perempuan dia akan tengok siling, ada kipas ke tak. Dia akan tengok kerusi, ada sisa makanan ke tak. Dia akan tengok meja, ada tahi burung ke tak. Dia akan tengok lantai, ada air tumpah ke tak. Hmmmm...

Haaa...Itu baru bab nak makan tau.Belum bab pilih baju.Pilih kuih raya.Pilih lapik meja.Dia boleh keluarkan 1001 justifikasi kenapa itu perlu, kenapa ini menjadi pilihan, kenapa itu jangan, kenapa ini bersesuaian

Uniknya kan jadi perempuan.Kecerewetan dia tu membuatkan dia dipilih allah untuk mengandungkan, melahirkan,  membesarkan dan mendidik anak anak.
Bila dia cerewet, bila dia teliti, maka dia akan pilih apa yang terbaik untuk suami dan anak anaknya.
Tak susah pun nak hidup dengan orang perempuan ni.Dia hanya perlu jumpa dengan 'right man' yang boleh faham dan beri laluan kepada kecerewetan dia je.


SEGMEN BLOGLIST OGOS


Assalamualaikum dan salam sejahtera

SEGMEN BLOGLIST OGOS

cara blogwalking, cara letak bloglist, tutorial bloglist, trafik dari bloglist



Syarat-syarat
● follow blog owner segmen
●buatkan satu entri tentang segmen


Pemenang
●10 blog dipilih melalui random


Cara join 
● klik  banner 





HIDUP KITA TERPULANG PADA KITA BAGAIMANA MENGISI HIDUP SEBAIKNYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


perjalanan hidup hamba Allah, perjalanan hidup setiap manusia, tips kehidupan . kehidupan lampau,


HIDUP KITA TERPULANG PADA KITA BAGAIMANA MENGISI HIDUP SEBAIKNYA Benda ini tidak akan selesai. Dan tidak akan pernah selesai. Makan untuk hidup. Atau hidup untuk makan. Bekerja untuk hidup. Atau hidup untuk bekerja. Duit untuk hidup. Atau hidup untuk duit.
Tidur untuk hidup. Atau hidup untuk tidur.

Tapi yang pasti, tatkala malam kita akan rasa mengantuk. Dan kita pun rasa untuk tidur. Sejenak kita berfikir, tentang tidur kita. Esok kita bangun bagaimana? Untuk apa? Kenapa? Bagaimana? Bangun mencari makan, bekerja, cari duit, dan balik tidur. Rutinnya begitu.

Hidup ini akan kosong jika sekadar itu tujuan hidup kita. Kita perlu mengisi hidup ini sebaiknya. Ada satu bekas yang kosong. Di luar sana ada bermacam-macam benda. Terpulang kepada kita untuk mengisi bekas itu dengan apa. Sesuatu yang hanya bermanfaat untuk diri kita cuma, atau untuk sekalian makhluk penghuni dunia.

Hidup ini penuh dengan nasihat-nasihat berguna. Isilah bekas-bekas itu dengan nasihat. Semoga ia menjadi bekal bermanfaat. perjalanan ini terlalu singkat. Untuk kita menolak nasihat bermanfaat. Tapi perjalanan semakin jauh, untuk kita berhati rapuh.

NEW BLOGLIST BY NIEZA (5OGOS2017)



Assalamualaikum dan salam sejahtera

NEW BLOGLIST BY NIEZA (5OGOS2017)

Pentingnya bloglist,tips dari  bloglist,cara tarik trafik blog, cara mudah naikkan trafik blog,

Segmen bloglist lagi , meh ramai-ramai join mana tahu kalau join untungnya tersenarai dalam bloglist blogger nieza . Klik SINI atau banner di atas . 
Segmen bakal berakhir pada 5 ogos 2017 




CHOCOLATE FAN GIVEAWAY BY SII NURUL



Assalamualaikum dan salam sejahtera

CHOCOLATE FAN GIVEAWAY BY SII NURUL

Segmen,giveaway,contest blogger,coklat percuma,cara blogwalking,cara mudah dapat trafik blog,cara mudah


Selamat petang semua , kelapangan hari ini CCL nak join satu giveaway dari blogger sii nurul . Attention to pengemar-pengemar coklat korang wajib tau join GA ni sebabnya hadiah yang bakal menanti pemenang berupa coklat feroro rocher, cadbury & hershery.hah ..semestinya ketiga-tiga coklat ni coklat kegeran CCL . So apa tunggu lagi jom ramai-ramai meriahkan GA ini Klik sini atau pada banner