PERJALANAN HIDUP BERTITIK TOLAK DARI ALAM ARWAH YANG SERBA RAHSIA MENUJU ALAM SYAHADAH


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

HIDUP INI SATU PERJALANAN | Hidup ini satu perjalanan ..dimana perjalanan hidup seseorang itu sangat panjang .. satu perjalanan yang mana CCL  harus percaya perjalanan ini kena lalui dengan bersungguh-sungguh.Dalam perjalanan hidup manusia ini kita mengenal satu demi satu manusia ..hari ni kita dapat kenal orang yang hebat , tapi tak semestinya yang hebat itu sentiasa hebat itu pasti ada kekurangan , mungkin esok pula kita dipertemukan dengan orang yang baik ..tapi tak semestinya yang baik itu sentiasa baik , tetap jugak ada buruknya



"Hari esok adalah kemungkinan Semalam adalah kenangan Hari ini adalah perjalanan."

Sesungguhnya hidup ini adalah satu perjalanan yang mana menuju keabadian.Perjalanan yang bertitik tolak dari alam arwah yang serba rahsia menuju ke alam syahadah yang serba ghaib dan bersambung pula ke alam kebangkitan semula untuk dihitung di alam penghisaban dan ditentukan akhirnya di alam pembalasan yang kekal abadi antara syurga atau neraka.




hidup ini satu perjalanan , perjalanan kehidpan , perjalanan hidup manusia , tips kehidupan


Sepanjang jalan kita akan menempuh pelbagai situasi,kegembiraan, kegagalan,kekecewaan,keputusan yang getir, bertuah dan musibah,sedih pilu dan sebagainya yang tidak ada penamatnya samada dekat atau jauh perjalanan itu sebagai ujian hidup.sewajarnya lah dalam perjalanan yang penuh liku itu ada yang tersesat, terjebak,terkandas dan terselamat .Demikian juga setiap yang manis bertukar tawar dan hanbar,kesegaran menjadi rapuh dan kemudaan menjadi tua.Seperti sebuah sungai yang bermula dari satu titik air di tanah yang tinggi dan mengalir ke tanah yang rendah.Menuju ke muara sebelum bertaut dengan lautan yang bergelora.Tetes airnya menyelinap masuk melalui rekahan bumi dan menjadi tasik.Dan apabila mentari bersinar, tetesan akan mengewap ke udara menjadi embun dan awan.Dan awan pula berarak perlahan sehingga ke satu peringkat mencurahkan hujan ke bumi dan kembali ke sungai, tasik, muara dan lautan.


Sebenarnya titik permulaan dan pengakhiran adalah satu renungan dan mujahadah untuk kita mengambil pengajaran dalam perjalanan hidup ini.Segala kesusahan, pengorbanan,keberuntungan dan kebahagiaan adalah dari Rahmat dan izin-NYA.Setiap musibah yang terjadi ada hikmah disebalik kejadian yang di luar batas pemikiran akal kita.Hanya yang melihat melalui pandangan mata hati sahaja yang dapat menyelami dan menyedari dari apa yang berlaku.Namun siapalah kita untuk mengatasi ketentuan-NYA.


Renungan ku ini...terus menjelajah dari sebuah perjalanan yang unik penuh dengan keindahan suka dan duka. Ada warna pelangi dan percikan bunga api yang berwarna warni indah dan ada juga bedilan peluru ujian pihak musuh serta gelombang duka....dalam kealpaan dan khilaf....sesungguhnya hidup ini adalah satu perjalanan hanya kesabaran yang mampu menjengah rasa mengubati jiwa.



Daripada ibn Abbas r.a berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


" Sesungguhnya Allah telah memaafkan (keranaku) daripada umatku amal-amal yang khilaf dan lupa dan yang dipaksakan atas mereka."

SEGMEN BLOGLIST BLOG TIARA SAPPHIRE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Segmen bloglist,cara blogwalking,tips trafik meroket,tips trafik tinggi

SEGMEN BLOGLIST BLOG TIARA SAPPHIRE segmen bloglist datang lagi .kalau tadi CCL baru sahaja join segmen pencarian bloglist dari si blogger kisahjuju.com . So kali ni CCL  terpandang segmen yang baru dari si blogger Tiara Sapphire .. tengah mencari bloglist ..

Syarat yang mudah 

  1.  Follow blog Tiara Sapphire
  2. Masukkan blog Tiara Sapphire ke bloglist masing-masing ..
Segmen ini bakal berakhir 8Mei 2017 
So pada yang nak join boleh tekan pada banner . 

SANDWICH TELUR BERSAMA CHEESE


Assalamualaikum dan Salam  Sejahtera 

RESEPI SANDWICH TELUR CHEESE   Resepi yang bersiaran kali ini tersangatlah mudah , CCL pasti ramai yang padai membuat resepi yang cukup simple ini .Tetapi atas kerajinan CCL kongsi jugak resepi ini untuk uolls semua . Baiklah hari ini CCL akan kongsikan  satumenu sarapan pagi dan boleh juga dijadikan menu di petang hari .. 'Sandwich Telur Cheese'



resepi , blog resepi , resepi sandwich , resepi sarapan pagi , menu sarapan pagi , resepi sandwich telur , sandwich telur bersama cheese , sandwich cheese , resepi  simple



Bahan-bahannya :

5 biji telur ayam ~ rebus dan sejukkan terlebih dahulu
70gm mentega
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
kepingan cheese
1 buku roti putih sandwich
Cheese hancur *Apa jua jenis yang hancur


Cara Penyediaan 

1. hancurkan telur, cheese dan mentega sehingga sebati

2. taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam

3. sapukan adunan telur ke atas roti dan letakkan sekeping cheese di atasnya lakukan sehingga habis
potong dua/ menyerong. Siap! Kalau nak lagi sedap boleh bakar, tapi kalau tak nak pun tak pe..bakar di dalam ketuhar selama 5 minit atau keperanga..angkat dan hidangkan!

selamat mencuba 


TIPS MEMILIH SOTONG YANG SEGAR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

TIPS MEMILIH SOTONG YANG SEGAR | Ini namanya sotong cumi atau sotong putih.  Sotong ini banyak dijual di pasar termasuklah di beberapa pasaraya besar. Harganya sekitar RM12 hingga RM60 sekilo bergantung pada saiz dan tahap kesegaran.Memilih dan membeli sotong segar memerlukan sedikit ilmu dan ketelitian. Disini CCL nakxshare serba sedikit ciri ciri sotong segar yang boleh dijadikan panduan.




tips memilih sotong segar , resepi sotong masak tepung , resepi sotong , sotong sumbat , sotong masak sambal , ketupat sotong , kerabu sotong , tips kekalkan kesegaran sotong , gambar sotong , jenis sotong


1. Badannya kenyal dan tidak lembik apabila ditekan. Kepala dan badannya juga tidak tertanggal apabila diangkat. Satu lagi, mata sotong yang segar kelihatan cantik dan tidak sembab seperti mata kau. Okay, gurau je. Hihi.

2. Badan berwarna putih bening dan hanya ada sedikit bintik hitam(Kecuali sotong merah/cabai). Sotong ini masa dalam laut badan dia lutsinar. Maknanya boleh nampak semua organ dia. Tetapi bila naik ke darat, ia akan bertukar putih.(Seperti dalam gambar)

Apabila dibiarkan terlalu lama atau terluka, kulit luar sotong akan bertukar merah keunguan. Ramai yang menyangka sotong begini segar walhal tidak sebenarnya. Tetapi walaupun kesegarannya sudah berkurangan, manis sotong itu tidaklah hilang terus dan masih sedap dimakan jika pandai masak.Cuma, elakkanlah membeli sotong yang kulitnya sudah terobek lesu dan berwarna ungu tua. Itu betul punya sotong lama.

3. Sotong segar juga tidak berbau hanyir dan ada sejenis lendir yang menyelaputi badannya.


4. Tidak direndam atau diletakkan dalam ais. Sotong segar biasanya dijual dengan cara membiarkannya terdedah diatas meja atau dalam pinggan. Ada dua sebab kenapa sotong diletakkan bersama ais. Pertama, untuk mengekalkan kesegaran. Kedua, untuk menyembunyikan kecacatan sotong. Apapun rujuk semula point 1,2, dan 3.



Jadi, begitulah serba sedikit tips untuk mengenal sotong segar. Semoga membantu korang untuk lebih bijak membeli makanan laut di pasar. Yang segar segar ini biasanya manis dia perghh lain macam sikit. Tak percaya pergilah cari sotong segar esok!




WAJAH KITA TIDAK PERLUKAN 'SQUEKY CLEAN'


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Squeky clean,tips penjagaan muka,penjagaan kulit muka,kecantikkan,produk kecantikan ,vitamin untuk kecantikan ,petua kecantikkan, bahan mekuari,tips wajah gebu


WAJAH KITA TIDAK PERLUKAN 'SQUEKY CLEAN' |'Squeky Clean'  mungkin ada yang tertanya - tanya apa itu squeky clean ..pernah lihat iklan pencuci pinggan?Selepas pinggan bersih dicuci, model iklan akan menggosok jarinya di pinggan untuk membuktikan pinggan itu bersih sebersih-bersihnya.haa itu lah yang dimaksudkan squeky clean.

Keadaan pinggan yang bersih itu dipanggil "squeky clean" tapi Kulit wajah kita tidak begitu. Wajah tidak perlu jadi "squeky clean" selepas dibersihkan. Yang penting, perlu bersihkan kekotoran yang ada pada permukaan kulit sahaja.

Mencuci muka dengan terlampu akan menghilangkan kelembapan dan minyak semulajadi pada kulit yang amat penting untuk kesihatan kulit.Minyak berlebihan perlu dikawal. Namun minyak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak di dalam kulit kita itu masih perlu untuk kesihatan kulit.Wajah perlu bersih. Bukan "squeky clean". Muka kita bukan pinggan dalam iklan.Ada jerawat kecil sedikit, tona kulit tidak sekata sedikit, kedut sedikit, selagi masih terkawal, itu normal. Kulit masih sihat.

SEGMEN : SEORANG SYED NAK BLOGLIST


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ..


Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!Segmen blogger,segmen naikkan trafik blog,tips tigkatkan trafik blog,cara mudah nak blogwalking,tips tambah follower,segmen bloglist,



Kenapa CCL mahu berada dalam bloglist Syed 

  • Of Course la CCL nak jugak blog CCL terselit dalam bloglist Syed .Sebab setiap entri yang CCL publish dalam blog ni boleh dikatakan Syed tak pernah ketinggalan untuk drop komen-komen .Oleh sejak itu CCL dah calonkan Syed dalam bloglist CCL 'Awesome Boys'.

  • First CCL mula follow blog Syed pada tahun ini 2017 , CCL tertarik dengan gaya penulisan dalam blog Syed . walaupun panjang tapi tak boring membaca setiap perenggan yang Syed tuliskan .. terselit point-point berkaitan dengan entri tajuk  yang dipaparkan . 

  • Blog Seorang Syed bagi pendapat CCL mempunyai banyak tips-tips yang menarik  , dah boleh dikenali ramai jugak sebab Syed selalu drop komen-komen  di blog-blog lain .,sekaligus menunjukkan Syed seorang yang aktif dalam bidang blogger ni . So dengan banyaknya trafik yang singgah ke blog Syed  ,CCL berharap akan  ianya tertumpah sedikit ke blog perisian CCL.

Segmen bakal tamat pada 30 April 2017 ,, nak join boleh klik banner segmen kat atas ataupun di SINI

PENCARIAN BLOGLIST MEI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pencarian bloglist,tips bloglist,pentingnya ada bloglist, cara tingkat  trafik blog, cara blogwalking,


PENCARIAN BLOGLIST MEI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM.

Mari sama-sama kita support segmen blogger kisahjuju.com ..si blogger kisahjuju.com tengah mencari bloglist bulan mei untuk dimasukkan ke bloglist blog beliau . Mana tahu ada rezeki blog kita tersenarai untuk jadi bloglist kisahjuju.com ..

Segmen ini berlangsung 27 April sehingga 1 mei 2017 

Syaratnya cukup simple


  • Follow blog
  • Like fbpage
  • Follow instagram .
Jum sama-sama meriahkan segmen ini . Boleh klik pada banner atau klik SINI untuk sertai segmen ini .


JADIKAN ALLAH SEBAGAI ' FIRST LOVER ' AWAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . 

JADIKAN ALLAH FIRST LOVER ALLAH   Entri kali ini CCL berkisarkan tentang 'first lover ' atau pun orang yang pertama yang uolls sayang - menyayang ..ataupun lebih lagi dikenali macam someone special la.. Bila ada yang bertanya siapa someone special di hati CCL ? Meskipun saat ini hati CCL belum lagi dimiliki oleh kaum Adam ..tapi bagi CCL tetap meletakkan Allah sebagai cinta hati pertama di dalam hati di dalam hidup CCL . Bila CCL meletakkan Allah SWT pada carta yang paling tertinggi dalam hati CCL, maka CCL akan melihat masalah-masalah yang mendatang hanyalah sebagai satu perkara yang kecil sahaja.Kerana CCL sedar, CCL masih ada DIA Yang Maha Besar untuk membantu.




jadikan Allah first lover kita,tips kehidupan , Allah cinta pertama , kehidupan disisi Allah , Aku Mahu Hidayah

Walau tersungkur jatuh atau lemah berkali-kali bila dilanda ribut Ujian, CCL akan bangkit kembali meneruskan perjalanan.Sebab  apa ? Sebab  'First Love'  CCL tadi lah yang bagai menyuntik kembali kekuatan dan semangat kita yang mulai meruntum goyah.Cuba bayangkan, apa yang terjadi seandainya kita semua  anggap Makwe atau Pakwe kita sebagai Cinta yang paling utama ?Lalu Cinta Allah diketepikan ?Huh !..Tak perlu bayangkan.Sebab sekarang pun mungkin ada yang tengah lalui perkara itu kan ?Kita,Yang sering melebihkan Cinta Nafsu semata.Sedang Cinta Yang Esa hanya dibiar merata.

" Ya Rabb, ampunkan kami. " 


TIPS KENAL RUPA BENTUK MANGGA HARUMANIS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


TIPS KENAL RUPA BENTUK MANGGA HARUMANIS  Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis.Buahnya berbau harum dan isinya tebal kekuningan serta rasanya enak.walaupun harganya meningkat setiap tahun tapi orang ramai sanggup berlabur duit dan sanggup beratur panjang emata-mata nak membeli mangga harumanis ini . 

Musim harumanis adalah sekitar bulan April sehingga Mei atau awal Jun ..memandangkan sekarang dah pun masuk awal April ..sesetengah pokok para pekebun ada yang sudah berbuah . Biasanya hasil buah akan habis sebelum masuk bulan Jun , Hahhh laku tak laku Harummanis ni   .. hehe .. walaupun ramai yang cuba menanam pokok Harumanis di laur negeri Perlis , tapi hasilnya tidak menjadi seperti tumbuh subur , tidak berbuah , rasa tidak manis ..Salah satu sebabnya terpengaruh dengan faktor cuaca dan tanah ..

Di sini CCL  kongsikan sedikit rupa bentuk mangga harumanis dari Perlis ini, Agar para pembeli tidak tertipu dengan penjual-penjual ditepi jalan .. Mangga harumanis ini rupanya hampir sama dengan Mangga Sala. So pembeli semestinya kena kenal rupanya betul-betul. 





Harumanis,rupa bentuk harumanis,tips membeli mangga harumanis,harumanis perlis,jus harumanis,aiskrim harumanis,pelam harumanis,harga harumanis 2017 ,harga harumanis ikut gred


Harumanis,rupa bentuk harumanis,tips membeli mangga harumanis,harumanis perlis,jus harumanis,aiskrim harumanis,pelam harumanis,harga harumanis 2017 ,harga harumanis ikut gred



Harumanis,rupa bentuk harumanis,tips membeli mangga harumanis,harumanis perlis,jus harumanis,aiskrim harumanis,pelam harumanis,harga harumanis 2017 ,harga harumanis ikut gred


Harumanis,rupa bentuk harumanis,tips membeli mangga harumanis,harumanis perlis,jus harumanis,aiskrim harumanis,pelam harumanis,harga harumanis 2017 ,harga harumanis ikut gred


So uolls yang nak merasa mangga harmanis ni.boleh-boleh terjah negeri Perlis ini.sekarang musim harumanis .



BAGAIMANA CARA TERBAIK UNTUK SIMPAN IKAN SUPAYA TAHAN LAMA DAN KEKAL SEGAR ?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

BAGAIMANA CARA TERBAIK UNTUK SIMPAN IKAN SUPAYA TAHAN LAMA DAN KEKAL SEGAR ? Selamat berhujung minggu ..Pergi pasar pada pagi hari ni, beli ikan lebih sikit. Bila simpan dalam peti ais tahu-tahu saja isinya dah jadi lembik dan baunya pun kurang enak. Kalau masak, confirm hilang rasa manisnya.So hari ni pakcik yang jual ikan kat pasar tue kasi CCL  satu tips untuk menyimpan ikan .

Macam mana sebenarnya cara terbaik untuk simpan ikan supaya tahan lama dan kekal segar walaupun disimpan lama? Pertama sekali, korang hanya perlu menyiang ikan dan pastikan isi perutnya semua dah dibuang. Kemudian korang ambil surat khabar dan bungkus ikan tersebut di dalamnya. Tak perlu dibersihkan ikan yang telah disiang tadi dengan air.



Cara mengekalkan kesegaran ikan,ikan kekal segar dan tahan lama,tips penyimpan ikan,ikan segar dan tahan lama 

Apabila korang membersihkan ikan dengan air dan baru disimpan, itulah yang sebenarnya yang membuatkan ikan cepat busuk kerana isinya lembap dengan air. Isi ikan juga mudah hancur.

Selepas ikan dibalut dengan surat khabar tu, bolehlah korang simpan dalam peti ais seperti biasa. Korang juga boleh meletakkan hirisan lemon atau limau di dalam balutan ikan itu. Selain kekal segar, ikan juga akan berbau harum dan tidak hanyir.korang boleh mengeringkan ikan dengan tisu dapur sebelum disimpan.

Ini sedikit tips CCL  dapat pagi tadi dari pakcik penjual ikan di pasar .Sebenarnya banyak lagi tips-tips penyimpanan ikan ni. Tak salah tips macam CCL  kongsi untuk kebaikkan bersama .

GIVEAWAY JIAKREATIFELT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.




GIVEAWAY JIAKREATIFELT |Seorang Pemenang yang bertuah akan mendapat handsock dwitone dan stoking sandy dan 7 blog bertuah yang akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Jiakreatifelt™ ke dalam bloglist mereka juga.setiap segmen dan giveaway ..semestinya sesiapa yang nak join GA Jiakreatifelt ni syaratnya cukup mudah hanya follow dan like fb page sahaja .keputusan pemenang akan diumumkan pada 28.04.2017 pada 8.30 malam 

Nak join boleh klik SINI atau tekan banner kat atas . 

#1 GIVEAWAY BY THEAAISY


Assalamualaikum..

Giveaway,contest blogger,buku catatan matluthfi,biodata matluthfi,perjalanan hidup matluthfi,vloggee matluthfi,siapa matluthfi,


NAK DAPATKAN BUKU MOMEN2 MATLUTFI | ada yang peminat MatLuthfi kat sini ? Kalau korang peminat MatLuthfi yang popular di laman sosial media di youtube tu dijemput join Giveaway ni .sebabnya tuan blogger Giveaway ni nak hadiahkan pada pemenang sebuah buku  Catatan Matluthfi . Bukan buku catatan biasa ..tapi dari segi gaya penulisan dia yang sempoi dan tak bosan bila membaca..buku ni kalau tak salah CCL dah lama release tahun 2015 .. belum sempat CCL pegang dan baca buku tersebut ..CCL join mana tahu aa rezeki CCL  menang buku ni kan .. 

Dalam Giveaway ni jugak bukan buku catatan MatLuthfi saja menanti para pemenang . Tapi topup rm5 untuk 2 pemenang .. maei kita support blogger-blogger .. yang penting syaratnya cukup simple .. 

Nak join klik SINI. Giveaway ni berlangsung selama sebulan bakal tamat pada 29 April 2017 .

RESEPI 'SPAGHETTI DONUT' ADAKAH BOLEH POPULAR DI MALAYSIA ?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

RESEPI 'SPAGHETTI DONUT' ADAKAH BOLEH POPULAR DI MALAYSIA ? | Bagi korang yang sangat menyukai 'spaghetti' dan pada masa yang sama jugak menyukai hidangan 'donut' . Pernah tak korang terfikir bagaimana kedua-dua makanan barat ini digabungkan menjadi satu resepi . CCL  terpandang dalam laman media sosial tentang makanan ini ,maka terciptalah satu resepi yang dinamakan 'Spaghetti Donut'. Wah,sah-sah terasa di syurga dunia bila dapat makan makanan yang unikmacam ini . Semakin lama sudah semakin kreatif otak pemikiran manusia ni haa.Tabik spring !!!! Pada yang cipta resepi spaghetti donut ini.Maybe, lepas ni donut nasi lemak,nasi ayam,satay pulak akan muncul.heheh pelik-pelik kan.


Spaghetti donut,resepi spaghetti donut,spaghetti donut viral,resepi,resepi spaghetti sedap,resepi donut lembut


Kalau ditanya dimana jualnya Spaghetti Donut ini. Semestinya bukan di Malaysia, tapi menu sebegini sudah terkenal di luar negara,mana tidaknya yang mencipta resepi ini pun memang berasal daei luar negara . Kalaulah Spaghetti Donut ini diluaskan di pasaran Malaysia, semestinya CCL  takkan lepaskan peluang untuk merasai menu ini . Sengaja CCL share mengenai Spaghetti Donut ini, untuk buka rakyat Malaysia menu sebegini semestinya wujud dengan kehadiran idea-idea kreatif .Mungkin akan ada rakyat Malaysia akan tercari-cari resepi spaghetti donut yang unik ini . Tak salah kalau kita mencuba sesuatu resepi yang baru yang dianggap pelik .

Spaghetti donut,resepi spaghetti donut,spaghetti donut viral,resepi,resepi spaghetti sedap,resepi donut lembut


Spaghetti Donut . Makanan yang diolah dengan gabunggan spaghetti dan sosnya,  dipanggang sehingga garing dengan bentuk bulat menyerupai donut . Mungkin ada sesetengah pihak mengatakan gabungan spaghetti donut ni macam tak kena . Tapi uolls kena faham bentuk je donut, rasanya tetap savory ..Amboihh amboiih bertulis macam CCL  dah pernah merasakan ? Heheh .. tak macam donut biasa .. spaghetti donut ni dia rasa sensasi .. amboiii sensai masin plus rangup gitu ... Tak sabar rasanya menunggu spaghetti donut ni dijual di Malaysia .


CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH  |Dalam tidak sedar, Allāh masih beri kita peluang untuk bernafas dekat Bumi Allāh ini.Dalam tidak sedar, Allāh beri kita ujian supaya kita bangkit dan kembali padaNya .Dalam tidak sedar, semuanya adalah pinjaman dari Allāh.Dalam tak sedar,Allah masih limpahkan rezeki buat kita semua .Syukur alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita semua.

Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

Tips rezeki,rezeki dari Allah,doa murah rezeki ,rezeki ada di tangan Allah ,rezeki seorang hamba

Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Ingatlah..Rezeki kita semua bukan datang dari boss-boss kita  atau pelanggan kita semua .Tapi dari Allah swt.Allah sahaja yang pegang rezeki kita setiap hari .Allah tak pernah sebut rezeki yang dia bagi ikut education level Dia bagi kepada yang Berusaha Berdoa dan Bertawakkal.Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.

TERSENARAI PENGOMEN TEGAR MAC 2017 AERILLHASSAN.COM


Assalamualaikum & Salam Sejahtera ..



Pengomen tegar mac 2017,top komentor,tutorial top komentor ,


TERSENARAI PENGOMEN TEGAR MAC 2017 AERILLHASSAN.COM|Hari ini blogger Aerill Hassan ada buat entry senarai 'Pengomen Tegar Mac 2017' .Alhamdulillah Blog http://cikcappuccinolatte.blogspot.my  tersenarai sebagai pengomen tegar dari blogger AERILL HASSAN.COM . Walaupun bukan dikedudukan pertama ,Blog CCL berada di kedudukan ranking top commentor yang ke-2 .Sebenarnya CCL  bukan kejar Top Commentor . Since ccl aktif dalam dunia bloggers ni ..jejari ccl sudah setia untuk mengomen setiap entry dalam blog yang CCL kunjungi. Kadang-kadang tu ada juga terjadi silent readers pada sesetengah blog .Apa-apa pun tahniah pada empat blogger lain yang turut ada dalam senarai tersebut . Klik SINI

HIDUP INI ADA KAWAN MENDAMPINGI KITA


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kawan,tips dalam berkawan,hububgan ersahabatan,ciri-ciri kawan yang baik,sahabat dunia akhirat,kawan tikam belakang,menjaga hati seorang kawan,kawan sahabat di dunia

HIDUP INI ADA KAWAN MENDAMPINGI KITA | Dalam hidup ini ada beberapa jenis kawan yang mendampingi kita.Jenis pertama ini susah sikit nak jumpa. Mereka ialah kawan susah senang kita. Atau sedap sikit kita panggil sahabat. Apa sahaja perkara baik yang kau buat dia akan sokong dan bantu apabila perlu.Jenis ini juga kalau nak bahan, nak marah atau tegur biasanya depa terus sembur atas muka kau. Tak ada cakap belakang. Kadang nampak macam dia tak peduli pasal kita tapi percayalah di belakang kau dia akan cakap yang baik - baik sahaja.Namun awas. Akan ada yang selama ini haram nak peduli pasal kau boleh muncul secara tiba tiba dan mengaku kawan baik. Kalau bukan sebab nak pinjam duit, mesti dia nak ajak kau join bisnes 'juta juta'.hehehehhe 

Yang sejenis lagi ni pula kau kena hati hati. Sebab depan kau dia boleh jadi macam Hawariyyun. Tapi di belakang kau, Masya-Allah. Kalau Firaun tahu, dia pun tak mahu buat kawan dengan orang begini. Apa sahaja yang kita buat semua tak kena dimatanya. Lagi tinggi kau naik, lagi dia geram dan dalam hatinya sentiasa harapkan kau jatuh terjelepok dan terus mati. Ha. Ha. Ha. (Gelak jahat)


Sepotong sabda Nabi yang bermaksud;“Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang pandai besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau bisa membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan pandai besi, bisa jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap.”

Hal berkawan ini Nabi pun dah bagi panduan. Bukannya boleh berkawan sembarangan orang.Dan cara terbaik dalam berkawan ini ialah dengan bersederhana. Ini baru kenal je kau dah sanjung dia macam kenal lama. Apa yang dia buat semuanya sempurna. Jangan. Kelahanatan hidup ini sukar dijangka. Jadi simpanlah sedikit ragu ragu supaya tidak kecewa. Begitulah.

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST PEACEFUL BY NAJIHAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST PEACEFUL BY NAJIHAH ,SEGMEN , tips tingkatkan trafik blog, tips blogwalking blogger,




Syarat - syarat segmen pencarian bloglist peaceful by Najihah:
  1.  Anda WAJIB follow blog ini. Jangan risau kerana saya akan follow back anda semua. 
  2. Setiap peserta perlu MELETAKKAN SEMULA blog peaceful ini dalam senarai bloglist anda semua. Jangan tipu na~ Saya akan semak.
  3. Tidak dilupa juga anda semua perlu MEMBUAT SATU ENTRY dan letakkan banner tersebut dalam entry anda. 
  4. Setelah siap membuat entry, tinggalkan link entry anda di bahagian komen.
nak join korang boleh klik banner atau pun kat SINI



APPS PLAY STORE YANG TENGAH TOP


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Application play store,tutorial edit gambar menggunakan fokus and filter,gambar fokus and filter,tutorial gambar,tutorial watermark


TUTORIAL APPLICATION FOCUS AND FILTER MELALUI PLAY STORE |Application Play Store, semestinya pengguna handphone wajib ada . Kalau tak ada play store tak boleh la nal download application yang awak semua nak .Masuk tahun 2017 ini , CCL  boleh kira dengan jari jemari ini berapa kali CCL  godek-godek aplikasi play store atau pun google play ni .

Awal Januari 2017 , CCL  hanya sekali sahaja jenguk play store ini . Itu pun disebabkan nak download game.Memang jarang sangat-sangat CCL  jenguk ..dua tiga hari ni CCL  terpandang satu art yang boleh dikatakan menarik dan cantik bagi mata CCL  . Seperti gambar yang CCL letak di atas . So CCL  gigih juga mencari application apa yang diorang guna melalui play store..yeahh melompat lebih tinggi bila CCL  dah jumpa application tersebut ..

Application yang tengah top sekarang dipanggil application Fokus & Filter .Application ini salah satu seni, seni di ujung jari . Tulis nama dengan fokus and filter .Zaman dah moden sekarang . Sekarang seni bukan hanya di atas kertas lukisan putih, sekarang seni melalui handphone pun dah boleh


Application play store,tutorial edit gambar menggunakan fokus and filter,gambar fokus and filter,tutorial gambar,tutorial watermark


Caranya mudah sahaja . Masuk ke play store dan search focus n filter . Tekan download, semestinya korang kena tunggu download tue sampai habis.lepas tu korang boleh guna application focus n filter ini..edit ikut kreativiti masing-masing .Melalui application ni jugak CCL rasa boleh create watermark untuk blog.hehe .. selamat mencuba 




GIRLS ANAK TUDUNG KORANG LEVEL MANA ?



Assalamualaikum & salam sejahtera para readers.


Tips pemakaian anak tudung, anak tudung , tutorial tudung, tips pemakaian tudung,jenis anak tudung,cekup kepala,serkup kepala,anak tudung murah


JENIS CEKUP KEPALA KORANG LEVEL MANA ?  |Entri kali ini khas untuk kaum hawa ..tapi kalau kaum Adam nak baca pun CCL tak kisah ..tapi entri kali ini memang CCL tekankan pada kaum Hawa diluar sana .. Entri kali ini berkisahkan tentang 'serkup kepala' , 'cekup kepala' dan ada yang panggil ' 'anak tudung' . Kaum Hawa pun tahu kan apa itu anak tudung so tak perlu CCL panjang lebar lagi untuk berikan penjelasan yang panjang .

CCL  nak throwback kembali atau pun nak imbas kembali kenangan zan sekolah dahulu ..zaman-zaman baju kurung putih , berkain biru muda dan bertudung putih.pelajar sekolah ..kisahnya zaman-zaman sekolah dahulu CCL  pakai tudung ,tapi tak pakai anak tudung, hah pelik kan ? Korang pernah alami tak ? Dari zaman sekolah rendah sampailah ke zaman sekolah menengah seingat CCL  ,CCL tak pernah pakai anak tudung sebelum sarungkan tudung . Hah bagi CCL  itu perkara biasa,namun bagi orang laib memang diorang akan tanya 'Eh, yana kenapa tak pakai anak tudung ?' Jawapan yang mampu CCL jawab hanyalah perkatan 'Tak selesa' .Zaman sekolah rendah alhamdulillah lagi sebab cikgu-cikgu tak ada yang menegur CCL kenapa tak memakai anak tudung .. Tapi bila dah meningkat ke zaman sekolah cikgu-cikgu dah mula tegur ..

Masuk zaman sekolah menengah..tiap kali hari Isnin merupakan hari wajib perhimpunan atau lebih dikenali perjumpaan cikgu-cikgu bersama semua pelajar-pelajar . Memang hari Isnin tue wajib pakai pakaian lengkap dan mematuhi semua peratursn sekolah ..sebabnya ..lepas sahaja perhimpunan ..maka cikgu-cikgu pun akan memulakan kerja sambilannya sebagai polis trafik . Sebab apa CCL  kata sebegitu . Mana tidaknya setiap kali habis perhimpunan semua pelajar akan dikenakan spotcheck oleh cikgu-cikgu..

Maka tibalah giliran CCL  kena spotcheck dengan cikgu..firstly cikgu akan check kasut sekolah .pastikB semuanya putih dan tak terdapat satu line warna pun pada kasut. Lepas tue cikgu alan check stokin.stokin dibenarkan pakai warna hitam & putih dan panjang stokin hendaklah melepasi buku lali..dah lepas part tue ..of course cikgu perempuan akan check tudung setiap pelajar . Pastikan labuh mengikut standart pelajar sekolah..anak tudung dibenarkan pakai warna putih dan hitam sahaja.ok CCL  tersangkut part anak tudung ni .bila cikgu tanya 'kenapa tak pakai anak tudung so macam-macam alasan yang berlegar-lefat dalam fikiran ni ha ...CCL pun sampai terlupa alasan apa yang CCL pakai.maka CCL pun terpaksa dengar tarbiah dari cikgu tersebut .." bila rambut panjang awak tak ikat dengan betul dan tak kenakan anak tudung, kamu pakai tudung terlihat disitu rambut awak' hah lebih kurang begitu la ..

So start dari tingkatan berapa CCL  dah pun tak ingat.CCL usahakan juga bagi serasi.CCL  cari anak tudung yang hanya separuh sahaja. Alhamdulillah selesa jugak pakai anak tudung tue.tapi bila nak buka mulut nal makan .silap-silap anak tudung tu pun boleh gerak-gerak pada kedudukan yang tak betul.
Masuk sahaja tingkatan 4, CCL  dah mencuba pakai anak tudung yang penuh.mulanya agak janggal.lama-kelaman dah ok .satu usaha yang berjaya kan ..sampai sekarang even nak pergi mana-mana pun CCL akan pakai anak tudung dahulu sebelun pakai tudung yang molek-molek.



Anak tudung ni lama-lama pakai keluasannya akan jadi longgar . So CCL  level macam number dua tue.bila dah pakai tarik bagi ketat end then ikat dengan getah. Tapi time nak buka anak tudung tu sakit yang amat, mana taknya ..ikat sekali anak rambut tue.memang sakit lah.Tapi sekarang CCL pilih level satu . Lagi mudah dan takkan sakit . Hanya pakai tarik pada kedudukan yang sesuai..letak je kerongsang . Mudah pun..level 3 dan level 4 tue tak pernah lagi CCL  pakai sampai jadi tahap itu..tapi sekarang pun zaman dah makin up . Pelbagai jenis anak tudung yang dipasarkan ..

So girls .. CCL  level number 1 ... uolls pulak dimana tahap pemakaian anak tudung.. ?

LEMPENG KUAH DURIAN


Assalamualaikum ..

LEMPENG DURIAN ATAU SERABAI DURIAN Kuih tradisi masyarakat Pulau Pinang , lempeng durian atau nama femesnya yang lebih dikenali dengan serabai durian .Mungkin  ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tak pernah dengar nama kuih tersebut .Kalau di negeri Perlis Indera Kayangan ini susah sikit nak jumpa gerai-gerai yang jual lempeng durian atau serabai durian ni.Selalunya zaman-zaman dahulu , zaman tok-tok kita yang pandai sediakan lempeng durian atau serabai durian ni .

Rasanya ini kali pertama CCL  berpeluang menikmati kuih asli ini .Lempeng durian atau serabai durian ini hasil air tangan oleh tok sebelah mak CCL .Kalau tak ada tok CCL ..maka rasanya CCL pun tak sempat menikmati makanan  yang tradisional ini. Serabai durian ni bentukknya macam lempeng.. dan dimakan dengan kuah durian .. kat bawah CCL ada share resepi lempeng durian / serabai durian . 



Resepi,lempeng durian,serabai durian,resepi kuih tradisional,resepi kuih melayu asli,resepi kuih melayu,blog resepi,1001 resepi



BAHAN-BAHAN:
  •  2 cawan tepung beras.
  •  1/2 cawan nasi sejuk.
  •  1/2 cawan santan pekat.
  •  1 sudu kecil yis segera.
  • 2 sudu gula.
  • 1 1/2 cawan air.
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN SERABAI /LEMPENG:
1. Masukkan gula dalam sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit.
2. Masukkan nasi dalam blender kisar dengan 1 cawan air sehingga hancur, masukan juga garam dan tepung beras. Kisar sehingga sebati.
3. Keluarkan dari balang pengisar dan masukkan dalam sebuah bekas dan tuang campuran yis bersama gula tadi. Gaul serata. Peramkan selama beberapa jam ( 2 jam lebih). Jangan terlalu lama, adunan akan masam.
4. Panaskan acuan serabai (kalau tak ada gunakan kuali dalam bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable). Liserkan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas. Tutup api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh.
5. Masak dengan apai perlahan sehingga masak.

PENYEDIAAN KUAHNYA:
BAHAN-BAHAN:
– 1 cawan gula perang.
– 1 cawan santan.
– 1/2 cawan air.
– 2 biji telur.
– 1 cawan santan pekat dan masukan 1 sudu besar tepung jagung – bancuh.
– 2 helai daun pandan di simpul.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan gula , air dan telur dan pukul rata.
2. masukkan bahan bancuhan ke dalam kuali yang sedang panas sederhana. Masak dan kacau sebatian ini..bila mula didih, masukkan bancuhan santan dan tepung jagung.
3. Masak hingga tepung jagung dan santan berubah warna kepada keemasan. Kepekatan terpulang pada berapa lama anda masak. perlu ingat..bila sejuk kaya ini alan pekat dua kali dari masa panas. maka tentukan ia jangan terlalu pekat.

CARA MENYEDIAKAN SERAWA DURIAN:
BAHAN-BAHAN:
– 2 cawan santan.
– 100 gm isi durian.
– 80 gm gula pasir.
– 1/4 sudu kecil garam.
– 1 helai daun pandan.
– 1 biji putih telur di pukul.

CARA PENYEDIAAN:
1. Sebatikan semua bahan-bahan hingga mendidih. Masukkan putih telur terkemudian.
2. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Kuah dah tersedia.

PENCARIAN BLOGLIST APRIL 2017 BY www.aerilhassan.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera




Pencarian bloglist bulan April 2017 bagi blog www.aerillhassan.com bermula 28 Mac 2017 sehingga 3 April 2017.  Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk join.

Cara-caranya :-



  • Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2017 by www.aerillhassan.com
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist www.aerillhassan.com. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 April 2017. Terima kasih.

*Kredit to Mialiana.com


Sekian, terima kasih.