Sebut sahaja yuyu zulaikha . .pasti ramai dah tahu blogger yang boleyh dikatakan pemes jugak dalam industri blogger nieyh . . .
sesape yang x kenal dan nak kenal yuyu zulaikha dengan lebih lanjut . . dan sepanjang korang terjebak dalam dunia blogger belum kenal lagi siapa blogger femes yuyu zulaikha . . buat lha searching google oke . . .
oke. . first cik yana nak ucapkan ribuan tahniah kepada blogger femes yuyu zulaikha yang dah selesai menamatkan zaman bujang . . (agak-agaknya cik yana bila pulak bakal melangkah ke jinjang pelamain) ..wakakakakka ..berangan angan-angan mat jenin gitu kan . . . .
jom tengok gambar yuyu zulaikha bersama encit suaminya . . . .
walaupown nampak simple tapi tetap cantik dimata ...sopan gitu
tahniah kak yuyu zulaikha . . .
doa semoga rumah tangga kak yuyu bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat...selamat menempuhi alam rumahtangga . . .
selamat pengantin baru ........
Detik 11.12.13 . .merupakan saat-saat yang ditunggu oleh
pasangan merpati dua sejoli . .
zain saidin bersama che ta . . .
telah melangsungkan perkahwinan pada hari tersebut..
hanya sekali lafaz. . kini rozita che wan . . bergelar isteri yang sah
kepada zain saidin...tahniah diucapkan . .
majlis perkahwinan diadakan di Gazebo Pusat Konvesyen Shah Alam,
Kalau disebut fattah amin,,mungkin segelintir ada yang mengenalinya..
ada jugak tidak mengenalinya. . namun bila fattah amin dikenali sebagai watak 'king adrian ' melalui watak drama akasia tv3
'playboy itu suamiku' pastinya korang dah terbayang-bayang yang mana king adrian kan........
kalau ditengok . . wajah fattah amin nieyh ada sikit-sikit iras dengan
zain saidin kan ?
tapi kalau korang nak tahu . .
fattah amin salah sorang pemenang hero remaja 2012
tahniah2.......
jom tengok gambar2 beliau
tinggal beberapa hari lagi 'wedding of the year' ... rozita che wan & zain saidin
akan berlangsung . . .
cantik jugak tarikh perkahwinan yang diorang pilihkan 11.12.13 . . .
macam cntik jew,,macam cntik jew...
ini dia design kad wedding che ta & zain saidin. . .
klasik gitu kan . . .
doakan semoga majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar . .

SINOPSIS:
SYED ZIQRI – Kerana Emma Saffiya perlukan kasih sayang seorang ibu, dia menerima Sara Adelina sebagai isteri. Kasihnya yang menebal terhadap arwah isterinya, Syarifah Sofiya buat dia keliru dengan apa yang dia rasa terhadap Sara sehingga tegar menggores perasaan isterinya itu.
‘Tiada siapa yang boleh gantikan tempat Sofiya di hati abang. Abang tak mungkin boleh berlaku adil pada Sara. Berkahwin dengan Sara tetapi dalam hati abang, hanya ada cinta Sofiya. Tentu tak adil bagi Sara.’
SARA ADELINA – Kerana diburu, dia menerima lamaran Syarifah Raziah untuk Syed Ziqri. Tiada apa yang dia fikir kecuali keselamatan diri dan kasih sayang yang mula hadir untuk si kecil, Emma Saffiya. Namun…
‘Sara tidak mahu semuanya berakhir dengan cara itu, ditinggalkan tanpa sebarang kata. Disisihkan tanpa Sara tahu letak duduk status Sara. Tegarnya abang tinggalkan Sara saat Sara mengandungkan anak abang. Apa salah Sara pada abang? Syed Ziqri! Kenapa buat aku begini?’
LIMA tahun berlalu, Syed Ziqri pulang semata-mata membawa satu misi iaitu berkahwin dengan kekasihnya, Syarifah Letisha merangkap sepupu kepada arwah isterinya, Syarifah Sofiya. Sekali lagi Sara diuji hati dan minda. Mana tidaknya, Syed Ziqri pulang bertujuan lain tetapi tiba-tiba tersangkut dengan dirinya pula.
“Ya Allah, sampai bila drama ini berlarutan? Abang, kenapa buat anak-anak macam tu? Nanti-nanti abang pergi lagi tinggalkan mereka.” Sara di dalam bilik air bertambah sebak dan pilu.
MEREKA berbalah dan berperang, namun kerana anak-anak, mereka berusaha cipta bahagia…
“Abang ni nak ke Penang bukan lama pun kan tapi kenapa sedih aje ni? Tu la Sara nak ikut, tak kasi.”
Syed Ziqri terus ceriakan mukanya dengan melemparkan senyuman manis untuk Sara.
“Kalau abang boleh bawa, abang bawa Sara. Sehari pun abang dah rindu, inikan pulak lebih sehari Sara tak ada di sisi abang. Abang cintakan Sara. Sara cintakan abang?”
“Cinta.”
“Kalau abang dah tua esok, cinta lagi tak?”
“Cinta. Dah tua bongkok pun, Sara cinta.”
“Kalau tiba-tiba ada perempuan lain sukakan abang tapi abang tak suka dia, Sara masih cintakan abang tak?”
“Cinta,” jawab Sara bersama gelak kecilnya. Dia berasa hairan dengan sikap Syed Ziqri. Kemudian, dirinya terus dipeluk oleh Syed Ziqri dengan erat.
“Mari sini.” Kedua-dua pipi Sara sudah dilekap oleh tapak tangan Syed Ziqri setelah pelukan Syed Ziqri renggang.
“Abang nak cium Sara lama-lama.” Sekelip mata sehingga tidak sempat Sara berbuat apa, seluruh wajah Sara dikucup oleh Syed Ziqri. Satu-satu anggota di mukanya dikucup hinggalah mata Syed Ziqri merenung bibir Sara.
BETAPA Syed Ziqri resah sendirian tatkala syarikat hampir muflis dan dijangka akan disaman hingga ratusan juta. Betapa Syed Ziqri marah dan sakit hati namun dia terpenjara. Hanya Syarifah Letisha yang ditinggalkan, mampu menjadi penyelamat, namun tegarkah dia menggores hati Sara sekali lagi!

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam.
Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.
“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.
“This is yours?” - Yuhanis.
“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril.
“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis.
“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.
Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.
“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.
“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.
Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?

Sinopsis:
WANDA NURHANNAH. Seorang yang kalut, lurus dan tak capai apa-apa kejayaan yang membanggakan selain mendapat 5A dalam UPSR. Namun dia punya hati... Dia punya perasaan... Dan dia juga pernah dikecewakan. Akhirnya dia bangkit menjadi Wanda Nurhannah yang baru.
NICK RAYYAN LEE. Dikenali dengan gahnya, disegani dengan kebijaksanaannya dan diidami wanita kerana ketampanannya. Tapi dia juga punya rahsia sendiri. Satu keinginan hati, dia hanya inginkan yang memahami dan yang tulus menghargai.
Dua sifat, dua insan, dua jiwa ditemukan oleh satu peristiwa dan satukan oleh satu ‘Hati’.
“Ada syiling tak?” - NICK
“Kenapa?” - WANDA
“Nak tukar, boleh?” - NICK
“Nah!” - WANDA
Homai! Hati aku! Hati aku dalam beg syiling tadi! Dia dah terambil hati aku.
Dan bermulalah kisah dua hati. Dua insan yang bertemu kerana satu percaturan, satu takdir.
“Nama siapa?” - NICK
“Senah. Saya nak panggil awak apa ni?” - WANDA
“Panggil saya Dollah!” - NICK
Akhirnya pertemuan demi pertemuan membuatkan perasaan Wanda berbunga-bunga dan membuatkan hati wanda memainkan irama kompang setiap kali terpandang wajah Nick... Namun kehadiran FAHIM memulakan kembali segala sejarah hitam kelabu dalam hidupnya. Fahim yang dulu bukanlah yang sekarang... Begitu juga dengan dirinya... Dulu dia ditolak, kini dia disayang...
Benarkah karma akan berlaku? ¬¬¬¬Dan, benarkah Dollah yang ada dalam hati Wanda?
wah ,,dah lama cik yana x join sebarang contest dalam blog . . .
pembuka tirai bulan disember . . wah pejam celik pejam celik dh masuk disember kan . . x lama lagi bakal melangkah ke tahun baru,,itu
pown kalau Allah panjangkan umur cik yana,,harap-harap begitu lah ..
oke2 . .cik yana nk ajak korang semua . .
join satu contesst yg syarat dyer mudah gilerrrr . . .
kalau ada rezeki dalam Contest nieyh boleyh lhha dapat kalender percuma ..
siap ada pic kiteww lagi kan . .
harap-harap cik yana boleh menang kowt,,dah lama xdapat hdiah ..
so korang yg nk join . . klik banner kat atas . .
tarikh tutup contest pada 31 disember...