Memaparkan catatan dengan label template blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label template blog. Papar semua catatan

TEMPLATE BLOG CIKCAPPUCCINOLATTE BERWAJAH BARU


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 





TEMPLATE BLOG CIKCAPPUCCINOLATTE BERWAJAH BARU  | Dah tiga hari kita semua melangkah ke tahun baru 2018 , syukur Alhamdulillah Allah swt masih panjangkan umur kita semua, masih lagi terus bernafas , masih lagi buka mata boleh lihat keindahan dunia . Syukur tak terhingga. Rasanya belum terlambat untuk CCL ucapkan ' Happy New Year 2018 & Selamat Menyambut Tahun Baru 2018 ' . CCL doakan semua berada dalam kalangan hamba Allah yang baik , sentiasa berjaya di dunia dan di akhirat , dan sentiasa sukses selalu . 

Alhamdulillah azam tahun 2017 , banyak jugak yang tercapai dalam wishlist walaupun tak semua , selebihnya yang tak sempat nak capai CCL akan carry forward ke azam tahun 2018 serta tambahkan azam yang baru .




Sempena tahun baru 2018 ni , bukan sahaja azam je baru , template blog pun kenalah baru . Barulah rasa bersemangat nak teruskan blogging ni . So langkah pertama untuk segarkan balik blog CCL ni sempena tahun 2018 adalah dengan menukar template blog , sebenarnya jarang sekali CCL tukar template blog ni , sebabnya tak pandai sangat bab - bab coding blog  , tapi kali nih blog CCL di designkan oleh rakan blogger CCL iaitu SIS HAWA . 

Sebenarnya template kali ini disponserkan oleh blogger POKUCU dan didesign oleh SIS HAWA  .Kenapa dan bagaimana blogger POKUCU boleh sponser template blog untuk CCL , korang boleh terjah entri INI dan INI.  Dah baca kan ? Ok terima kasih . 




Kalau korang nak kenal blogger Pokucu , boleh lah singgah ke blog beliau DI SINI . Memang tak jemu kalau singgah blog Pokucu, sebabnya pelbagai entri yang berinformasi korang boleh dapat diselitkan dengan entri- entri yang tak membosankan apabila membaca . 

Berbalik kepada template blog , Sepanjang berblogger ni , template dan tema blog ni mesti wajib ada warna pink , kalau tak pink terang, warna pink pudar . Kalau tak banyak , sikit pun tercalit jugak warna pink . Blog dan pink macam tak boleh pisahkan pulak , hakikatnya warna kegemaran CCL bukanlah pink . Blog ni haa nak sinonim sangat dengan warna pink ,untuk template tahun baru 2018 ni , CCL  request pada Sis Hawa untuk memilih tema coklat ala- ala cappuccino sikit . Nak susunan template yang kemas, soft color dan sedap mata memandang dan yang paling penting mesra SEO . 

Alhamdulillah , setelah bagi detail serba - sedikit gambaran template baru pada Sis Hawa untuk blog CCL ni , CCL bagi penuh kepercayaan untuk Sis Hawa makeoverkan blog , setelah selesai Sis Hawa pasang template baru , godek coding html sikit- sikit , CCL pulak rasa tak sabar nak tengok blog sendiri . alhamdulillah hasilnya macam korang lihat sekarang , susunan blog CCL sekarang lebih teratur . Akhirnya penangan makeover dari Sis Hawa sekali gus melupuskan warna pink dalam blog CCL .hehe .  CCL amat berpuas hati dengan hasil kreativiti Sis Hawa. Diharapkan pemasangan template blog yang baru ni sekaligus CCL dapat apply adsense semula . InsyaAllah . 

Rasanya rakan blogger  yang CCL kenal dan selalu CCL singgah blog diorang , rata- rata memang banyak dah gunakan perkhidmatan makeover blog dengan Sis Hawa , design-design pun meletup - letup belaka . Rambang mata dibuatnya bila tengok , semua cantik . Sis Hawa bukan sekadar makeover blog , beliau juga ada buat perkhidmatan makeover watermark , logo, header blog dan facebook header 




Kepada korang yang tengah mencari template blog idaman yang cun melecun  boleh la cuba perkhidmatan design blog dari SIS HAWA . 




TIPS PERTAMA BERBLOG :MEMILIH JENIS LAYOUT & BACKGROUND

tips blog,tips berblogging,tips pentingnya memilih layout dan background blog,kenapa background blog penting ,kenapa blog sangat berat,loading blog lambat,warna yang sesuai untuk blog,template blog,washed demin,blogskin,blogger template
Hari nieyh cik yana bermurah hati nak berkongsi tips berblogging,
terutama untuk newbie blog . . actually yana x sepandai mana pown , , 
baru setahun jagung orang cakap kan terjebak dalam dunia blog nie,so x salah kalau nak share seba sedikit ilmu yang yana tahu untuk blogger lain :)



tips blog,tips berblogging,tips pentingnya memilih layout dan background blog,kenapa background blog penting ,kenapa blog sangat berat,loading blog lambat,warna yang sesuai untuk blog,template blog,washed demin,blogskin,blogger template


Tips pertama yang yana nak share ialah tips memilih jenis layout dan background blog
mungkin kalau korang tanya yana penting ke dalam memilih layout & background ? 
bagi yana amat penting untuk membina sesebuah blog supaya blog tidak serabut...
tanpa kehadiran background blog yang menarik  mungkin akan terlihat blog tersebut sedikit membosankan dari pandangan pembaca 

actually , ,kalau dah daftar blog perkara yang wajib bagi setiap blogger sebelum memulakan sesi berblogging ialah memilih layout, templates dan juga background bagi blog mereka. Teringat pengalaman daftar blog suatu ketika dahulu . . tiada penulisan dalam blog pada mulanya, ,hanya fikirkan layout & jugak background . Blog tanpa sebarang layout ataupun templates? Urmm, baik tutup saja la blog itu & x payah susah-susah buat .... Kosong sangatlah, at least hias la sikit.
Takde la pembaca bosan ketika menjalankan sesi membaca mereka 
 letak gambar dekat side bar, letak chat box, letak widgets yang best-best. Tapi awas ! ! letak widget yang penting-penting sahaja . .kenapa yana cakap begitu ? bukan apa yana sarankan supaya korang letak widget  yang penting takut-takut kalau terlebih banyak widget berat blog akan bertambah dan loading blog mungkin mengambil masa yang agak lama, , tambah-tambah bila si pembaca kunjung blog korang untuk baca entri , ,pada masa yang sma line internet diorang pown buat hal.kan menjadi satu masalah tue.. 


OK, yang paling penting ialah pemilihan gambar background. Disini yana ingin ingatkan, cubalah untuk pilih gambar background yang simple but nice. ...contohnya kebanyakkan blogger-blogger perempuan diorang lebih suka memilih warna-warna yang lembut ,warna pink,biru,kuning lembut,pastel . . . so bagi blogger lelaki pulak ,,majoriti suka letak warna biru lembut, ,grey,hitam,putih.. jenis warna mengikut kesesuaian blog & warna feveret tuan blog sendiri tapi warna blog jangan lah terlalu garang kalau boleh :) .kalau korang google tentang background blog . .beribu-ribu juta akan keluar , hanya perlu memilih sahaja ,mudah kan ? seboleh-bolehnya yana cadangkan jangan pilih background blog yang corak crowded sangat sampai lambat nak loading

Kerana ini akan mempengaruhi serba sedikit jumlah pengunjung yang melawat untuk membaca post entri anda. Jika gambar background anda agak semak dan penuh dengan warna, maka ada kemungkinan tulisan untuk post anda akan tenggelam. Ini akan meyebabkan pembaca sukar untuk membaca setiap perkara yang anda tulis dalam blog anda. Penggunaan gambar background yang simple adalah sangat-sangat digalakkan bagi memberi keselesaan kepada pembaca anda untuk membaca post post korang tue