Memaparkan catatan dengan label serum muka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label serum muka. Papar semua catatan

CARA MEKAP YANG BETUL & BAGI MEKAP TAHAN LAMA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Tipa mekap tahan lama, cara mekap yang betul, tips kecantikkan, tips makwup tak bercapuk, makeup kekal tahan lama,serum muka,pelembap muka, face primer, concealer, compact powder,loose powder, pemilihan foundation

CARA MEKAP YANG BETUL & BAGI MEKAP TAHAN LAMA Korang yang baru nak main main dengan alat makeup, baru nak belajar belajar makeup tu kan.
Penting untuk korang tahu step yang betul dalam bermekap supaya hasil nanti lebih kemas, lepas tu takde la bercapuk muka tu nanti.Jadi macam mana nak mula? Meh CCL share apa yang perlu 


(1) PELEMBAP
Pelembab penting kerana berfungsi melindungi kulit dari kotoran dan pencemaran di luar, serta melembapkan kulit.Pilih pelembap yang sesuai dengan kulit sama ada dalam bentuk water based, oil based


(2) SERUM & ESSENCE
Item ini depends kepada keadaan kulit korang.
Kedua dua produk ni banyak fungsinya terutama dari segi merawat kulit dari dalam.Kalau korang dah masuk 30-an, bawak-bawaklah pakai serum, kalau takut kulit cepat tua dan berkedut.


(3) PRIMER
Primer ni antara step penting yang tak boleh skip tau kalau nak mekap korang tahan lama.Bergantung kepada jenis primer yang korang guna, mekap akan bertahan berjam jam tanpa cair dan bercapuk. Primer  bertindak sebagai ‘base’ yang akan membuatan mekap ‘cling’ pada kulit lebih lama.


(4) CONCEALER
Concealer ni tak wajib kalau kulit korang cantik elok je, tapi kalau dah penuh dengan segala cela macam bekas parut jerawat, mata panda haruslah pakai concealer.Concealer ni pekat likat berbanding foundation, jadi apply sedikit jer pada tempat yang problem, dan blend sehingga cela tak kelihatan. Untuk korang yang jenis kulit cerah hingga kuning langsat boleh pilih concealer yang mempunyai tone kuning, untuk kulit sawo matang hingga gelap boleh pilih tone kemerahan.


(5) COMPACT / LOOSE POWDER
Tujuan utama powder ini adalah untuk kurangkan kesan lekit pada foundation khususnya foundation jenis cecair.Ia tak sama dengan jenis two-wayc cake,  sebab bedak kompak boleh digunakan sebagai foundation dan juga loose powder.Nak pakai ke tak nak, terpulang pada korang.


(6)PEMILIHAN FOUNDATION
Memilih foundation yang betul salah satu langkah penting untuk bagi mekap tahan lama.Pilih foundation yang betul berdasarkan jenis shades,  coverage, dan juga finishing yang tepat.Untuk nak bagi mekap tahan lama boleh pilih foundation yang berjenis long wearing


(7) SETTING/ MAKEUP SPRAY
Last step yang sangat penting, tapi ramai yang pandang remeh. Finishing spray ini bertindak sebagai final touch yang akan bantu ‘hold’ kesemua produk mekap yang telah diletak atas kulit. Fungsi finishing spray buat mekap nampak lebih glowing dan fresh. Korang boleh cari finishing spray yang boleh beri kelembapan pada kulit sekali. Untuk bagi mekap tahan lama dan tak bercapuk, yang sebaiknya kita jaga kulit dari dalam.


Step basic penjagaan kulit wajah seperti mencuci muka, pakai toner, serum, skrub dan pelembap adalah step wajib. Bila skin dah flawless automatik makeup pun lebih cantik.

5 TIPS KEBAIKKAN SERUM YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MEMBELINYA



Assalamualaikum dan salam sejahtera

5 TIPS KEBAIKKAN SERUM YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MEMBELINYA  | Sekarang ni banyak betul produk serum yang terjual di pasaran . Sayangnya tak semua wanita yang tahu apa itu serum dan apakah kebaikan serum yang sebenarnya. Kebanyakan kita selalu beranggapan bahawa serum adalah bentuk pelembab atau moisturizer yang mahal.

Serum bukan hanya untuk orang yang sudah berusia dan mempunyai kulit berkedut. Serum adalah sejenis pelembap namum berbeza dengan pelembap yang lain . Serum ni dia punya struktur lebih halus, ada nutrisi dan boleh bertindak sehingga ke dalam kulit korang . 

Pada korang yang baru nak pakai serum baca dulu apa kebaikkan serum ni agar korang boleh memilih serum dengan tepat dan dapat rasa keberkesanan pada kulit . Sekurang-kurangnya sebelum korang terpengaruh untuk membeli dan menggunakannya korang sudah tahu serba sedikit tentang manfaat pemakaiannya.



Tips memilih serum, tips pemakaian serum, serum muka , kebaikkan serum, kepentingan serum, fungsi serum , perbezaan serum dan pelembap , serum kulit wajah ,tips kecantikkan wajah


♥MENGANDUNGI BAHAN AKTIF YANG TINGGI DAN PADAT
-pelembap muka yang biasa hanya mengandungi 5-10 % bahan-bahan aktif. Serum pula mengandungi sehingga 70% bahan-bahan aktif yang sangat bermanfaat untuk kulit .


♥MUDAH MERESAP JAUH DALAM KULIT
-molekul dalam serum ni lebih kecil daripada molekul pelembap biasa . Oleh sebab itu, serum boleh meresap jauh ke dalam kulit, berbeza dengan pelembap yang mempunyai molekul yang lebih besar dan hanya berfungsi pada lapisan kulit yang pertama . 

♥GANDKAN MANFAAT BERSAMA PRODUK PENJAGAAN KULIT YANG LAIN
-serum melengkapkan penggunaan produk penjagaan wajah yang lain. Dengan sifat yang mudah meresap ke dalam kulit, serum dapat menyediakan kulit wajah korang untuk menerima produk lain dengan lebih efektif .

♥GUNA SEDIKIT , KESANNYA MAKSIMUM
-Jangan terkejut bila korang beli serum , botolnya kecil tapi harganya berganda mahal berbanding saiznya. Serum hanya perlu guna dalam kuantiti yang sedikit untuk mendapatkan kesan maksimum . Satu botol kecil serum boleh tahan 4 ke 6 bulan penggunaan


♥SERUM MEMPUNYAI KUASA SPESIFIK
-setiap jenis serum diciptakan untuk memberikan manfaat uang spesifik kepada kulit . Ia sesuai mengijut jenis kulit,umur dan keperluan kulit korang. Ada serum untuk memberikan kelembapan, ada yang cerahkan kulit dan ada juga untuk memudarkan kedutan . 

Produk penjagaan kulit hanya akan berkesan apabila korang gunakannya dengan betul dan digunakan secara konsisten .