Memaparkan catatan dengan label resepi kacang buncis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi kacang buncis. Papar semua catatan

KACANG BUNCIS GORENG SOS TIRAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera

KACANG BUNCIS GORENG SOS TIRAM YANG MUDAH  | Hai korang !! CCL nak share satu resepi campak-campak je dah siap . Semudah ABC tau !! . Sebelum tue CCL nak tanya korang suka makan kacang buncis tak ? Sedikit info CCL nak bagitau korang yang penggemar kacang buncis ni . Kalau nak tahu kacang buncis ni kaya dengan protein tau untuk badan kita . So CCL nak share resepi  kacang buncis goreng sos tiram . Selalunya kacang buncis ni digoreng sahaja. Korang kacang buncis ni masak apa ? Kongsi-kongsi sikit resepi selain dari kacang buncis ni digoreng mana tahu boleh dibuat kerabu or masak lain-lain kan .



kacang buncis,resepi kacang buncis,kacang buncis goreng sos tiram,kongsi resepi kacang buncis,kacang buncis kaya protein ,blog masakan ,resepi mudah



Bahan-bahan

■100gm sayur kacang buncis
■3 ulas bawang putih 
■3 ulas bawang merah
■1/2 cawan udang segar boleh digantikan dengan      sotong ataupun ayam 
■1 biji cili merah 
■1 sudu besar sos tiram
■Sedikit air (2-3 sudu)
■Aji (optional)
■1 sudu besar minyak masak



Cara-cara:

1. siang sayur ikut cara masing-masing.Pastikan basuh bersih-bersih sebelum di siang yer.

2. hiris bahan- bahan di atas bawang merah,bawang putih ,dan cili merah

3. panaskan minyak masak dalam kuali.tumiskan bahan-bahan yang dihiris bersama udang segar & cili merah yang dihiris nipis juga tadi. Tumis hingga naik bau.

4. selepas itu masukkan 2-3 sudu air bersama sos tiram ,Kuatkan api Maximum..Masukkan sayur.. setelah sayur hampir empuk dah sesuai rasa boleh laa di hidangkan..

Selamat mencuba resepi yang simple ni .