Assalamualaikum dan salam sejahtera
MAKLUMAT TERKINI TARIKH KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT (BSH) 2019 Bagi makluman pemohon Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019 permohonan & kemaskini akan dibuka mulai 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.
Bagi pembayaran fasa 1, pihak MOF masih menggunakan data peribadi pemohon yang lama pada tahun 2018. Pembayaran fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun pemohon berjumlah RM 300 mulai 28 Januari 2019.
Manakala bagi pembayaran fasa 2 dan seterusnya akan dilaksanakan mengikut kaedah baru yang telah ditetapkan.

Pada kaedah yang baharu. Kebarangkalian data pemohon yang layak pada tahun 2018 menjadi tidak layak pada tahun ini.
Jadi adalah sangat penting untuk korang selenggara akaun BSH masing-masing dengan melakukan proses KEMASKINI tau! Tanda kalender & buat reminder siap-siap, kalau korang terlupa melepas lah jawabnye!
Permohonan & Kemaskini boleh dibuat secara atas talian di laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri atau dapatkan segala update pengumuman terbaru serta maklumat terkini. Semak Disini!


