RESEPI KEK PISANG COKLAT MOIST Biasanya kita pernah dengar 'Kek Pisang' dan ' Kek Coklat Moist' ni dua nama resepi yang berbeza ..tapi kali ini CCL nak share dua resepi kek ini menjadi satu sahaja yang dipanggil 'Kek Pisang Coklat Moist '
Bahan-bahan yang diperlukan
- 4 biji pisang
- 2 biji telur
- 2/3 gula perang
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil garam
- 1/3 mentega
- 1 cawan tepung jagung
- 1/2 koko
- 1/2 cawan serbuk koko
Cara membuat
1. Hancurkan 4 biji pisang, kemudian masukkan 2 biji telur, 1/3 mentega yang telah dicairkan .masukkan 2/3 gula perang,1 sudu kecil esen vanila,soda bikarbonat, serbuk penaik dan juga 1 sudu kecil garam. Gaulkan bagi sama rata bahan tersebut sehingga sebati.
2.Masukkan 1 cawan tepung jagung bersama 1/2 cawan serbuk koko bersama 1/2 koko dan bahan tersebut digaul sehingga sebati .
3.Masukkan bahan yang telah siap digaul dengan sebati ke dalam bekas untuk dibakar.dan taburkan kepingan koko.
4.masukkan ke dalam oven,dan dibakar pada suhu 180c selama 45minit.dan siap di makan
Selamat mencuba resepi kek pisang coklat moist.yang penting resepi yang sangat simple..

