Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI : KANGKUNG TEMPURA RANGUP | selalunya kangkung ni kalau di beli di pasar buat masak je , goreng-goreng di makan dengan nasi . Kadang-kadang direbus buat ulam-ulaman . Tapi hari ni CCL cipta menu baru "kangkung tempura crispy" . Jom follow resepidi bawah
Bahan utama1 ikat kangkung( basuh bersih dan ambil daun yang muda & elok sahaja.. toskan- ketepikan)
Bahan- bahan batter tempura●1/2 cawan air sejuk
●3/4 cawan tepung naik sendiri
●1 sudu kecil gula
●1/2 sudu kecil garam
●1/2 sudu kecil lada sulah
1. Satukan semua bahan batter, kacau sebati dengan whisk.simpan dalam peti sejuk 30 minit terlebih dahulu sebelum digunakan.
Cara penyediaan
2. Panaskan minyak yang agak banyak . bila dah cukup panas celupkan daun kangkung dan goreng sehelai demi sehelai..
3. pastikan kangkung tak terlalu sesak dalam kuali gorengan ye.. goreng sehingga garing & keperangan.. angkat & toskan.. sedia untuk dihidangkan bersama sos .
Selamat mencuba .

