Memaparkan catatan dengan label donut viral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label donut viral. Papar semua catatan

LAPAN KETUL DONUT DUNKIN BERHARGA RM2


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Donut,resepi donut, donut viral, resepi donut dunkin, donut dunkin murah,blog resepi , donu salut coklat, donut cornflakes, donut gebu, tips donut gebu


LAPAN KETUL DONUT DUNKIN BERHARGA RM2 Salam Jumaat semuanya . Disebabkan hari ni CCL tak bekerja dah start bercuii selama 2 minggu,so habiskan sisa - sisa cuti yang ada dengan sebaik yang mungkin . Pagi hari ni CCL jamah sarapan pagi menunya ialah donut . Selalunya menu pagi hari wajib nasi.tak kiralah nasi lemak mahupun nasi goreng . 

Pagi tadi CCL  gigih singgah satu kedai di tepi jalan mencari pulut ayam , dan terbeli pulak donut . Agak lama jugak CCL tak makan donut . CCL  beli lapan ketul donut dengan harga RM2 .hah banyak kan murah pulak tue .harga tue dah harga standard sekarang di mana-mana gerai yang jual . So donut yang CCL  belikan itu hanyalah donut biasa yang disaluti gula aising . 

Selesai makan pulut ayam , CCL  jamah dua ketul donut .. Alhamdulillah kenyang perut ni . Berbakikan lagi enam ketul donut yang bersalut gula aising ini , mula dapat idea untuk nak makeup sikit donut ni bagi cantik ala-ala donut dunkin . 

CCL  mula selongkar peti ais mencari coklat masakan , masih ada saki baki coklat tue yang CCL simpan . CCL  mula leburkan coklat masakan dalam boiled water . .selesai semua CCL  celupkan donut yang disaluti gula aising, tapi kini dah disaluti dengan coklat . Selepas disaluti coklat CCL makeoverkan sikit mula letakkan coklat tabur warna-warni dan satu lagi CCL just letakkan kepingan cornflakes . Dah siap.sekali pandang macam donut dunkin kan . Hehe .. sekarang perut dah kenyang . Menu ni CCL boleh sambung makan petang nanti .