RESEPI : DAUN MULBERI GORENG TEPUNG CCL nak tanya korang pernah dengar dengar nama buah mulberi. Bagi yang gemar bercucuk tanam, CCL yakin buah mulberi pasti ada korang kenal. kalau sekitar rumah CCL jiran- jiran sebelah rumah Ramai yang suka tanam pokok mulberi kerana khasiatnya yang pelbagai. Selain buahnya yang sedap, tak ramai tahu yang daun mulberi juga boleh dimakan dan juga mempunyai banyak khasiat .
Jom cuba resepi ini!
Jom cuba resepi ini!
![]() |
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu kecil serbuk kari untuk sedikit rasa pedas.
- Secubit serbuk lada putih & garam Air suam
Cara-cara:
- Campur kesemua bahan dengan air suam.
- Bancuhan hendaklah tidak pekat dan tidak cair.
- Setelah kesemua bancuhan sebati, celup daun dan goreng sehingga garing.
- Gunakan api sederhana.
- Angkat, toskan dan sedia untuk dimakan.

