Assalamualaikum dan salam sejahtera .
4 TIPS TAMBAH KOLEKSI PAKAIAN TANPA MEMBAZIR | Selain musim cuti sekolah,Disember juga cukup sinomin sebagai bulan berbelanja . Sebab apa CCL cakap bulan Disember sebagai bulan belanja ? Banyak buti di pusat beli-belah mengadakan promosi Y.E.S ( Year End Sale ) sebagai jualan hujung tahun dengan tawaran harga hebat. Sekaligus akan mempengaruhi korang untuk berbelanja dan kalau tak pandai kawal nafsu berbelanja , sah-sah ada yang membeli di luar kemampuan . So penting tau ukur baju tu di badan sendiri bukan badan orang lain , jangan terikut- ikut dengan trend dan jangan terikut-ikut dengan orang yang lebih berkemampuan kalau kita sendiri tak mampu nak berbelanja sebegitu banyak.
Siapa cakap, kalau tak ikut trend kita akan ketinggalan zaman dek fashion-fashion yang keluar dek goreng pisang hangat gitu , siapa cakap kalau tak ikut trend kita tak boleh dressing segak-segak , smart- smart gitu kan . Sebenarnya ada cara untuk tambah koleksi pakaian korang dalam almari tue .. tanpa perlu membazir ..
JANGAN MALU BELI PAKAIAN BUNDLE
dulu wujud segelintir golongan yang anggap bundle ni sebagai golongan low class. Tapi kini siapa sangka disebaliknya lebih ramai remaja diluar sana cenderung membeli baju ,seluar dan barangan terpakai sebagai salah satu cara untuk jimat. Bukan tue saja peminat-peminat bundle juga semakin berkembang maju.dengan kewujudan festival tahunan yang menghimpunkan pengumpul dari seluruh negara. So tak hairanlah kalau ada antara pakaian bundle yang dijual dengan harga tinggi kerana pakaian tersebt berstatus vintage. So jangan malu untuk membeli di bundle dan menjadikannya sebagai port berbelanja ..
TUKAR BAJU DENGAN ADIK-BERADIK
bertukar baju juga salah satu kaedah untuk tambah koleksi pakaian korang tanpa rasa membazir dan tanpa berbelanja . Jimat kan , tapi berganrung kepada korang juga . Kalau rasa selesa boleh saja cuba cara ni . Lebih menjimatkan, tapi make sure sebelum nak tujat baju dengan adik-beradik mestilah saiz badan yang sana. Barulah rasa selesa bila pakai.
BIJAK BANDINGKAN HARGA
tak salah kalau korang ada simpanan lebih nak berbelanja di butik pakaian dalam pusat beli-belah tapi CCL nasihatkan supaya bijak banding harga. Ingat bukan semua pakaian dijual dengan harga diskaun. So korang perlu ambil masa untuk mencari pakaian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan duit poket ya . Jangan pula tergoda dengan tawaran garga runtuh terus aje beli tak fikir nak banding harga dengan butik-butik lain.
BELI SECARA DALAM TALIAN
Jadikan platform jual beli atas talian atau lebih mudah sebagai online shopping sebagai salah satu cara terbaik untuk korang berbelanja , sebabnya kadang kala ada harga lebih murah berbanding di butik . Pikihan juga lebih banyak dan menarik cuma korang kena membayar kos pakaian dan koa penghantaran kepada penjual dan tunggu saja barang yang dipesan tiba di rumah . Mudah dan tak perlu bersusah payah.

