Memaparkan catatan dengan label aiskrim coklat chip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aiskrim coklat chip. Papar semua catatan

HOMEMADE AISKRIM ALA-ALA BASKIN ROBBIN SEMUDAHNYA,HANYA GUNA TIGA BAHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera

HOMEMADE AISKRIM BASKIN ROBBIN SEMUDAHNYA,HANYA GUNA TIGA BAHAN Pernah viral satu ketika dahulu di laman sosial media tentang cara membuat aiskrim yang menggunakan bahan -bahan yang mudah .Time tue memang CCL tak terjebak untuk buat . Rasa malas jugak .Tapi hari ini bila tengok bahan-bahan kat dapur  terus mengingatkan CCL pada aiskrim viral satu ketika dulu (viral sangatkan) .Memandangkan panas-panas tengahari ni tekak kalau kena aiskrim memang sedap, lagi pun dah lama CCL tak merasa aiskrim . Oleh itu CCL yakinkan diri untuk homemade aiskrim .Dalam hati berdoa mudah-mudahan menjadilah . Kalau tidak rugilah bahan-bahan. Bukan apa first time mencuba tak tahu menjadi atau tidak .

Walaupun CCL masih ingat bahan-bahan dan cara membuat, tapi CCL tetap juga search google untuk tambah ilmu..mana tahu  diorang ada masukkan bahan-bahan tambahan untuk menyedapkan lagi ais krim tersebut. Dibawah CCL sertakan resepi homemade aiskrim ala-ala baskin robbin

Bahan
■ 1 tin susu cair
■ ovalate
■ milo

Cara membuat 
masukkan satu tin susu cair bersama beberapa sudu besar serbuk milo . Serbuk milo tue agak-agak dan ikut citarasa koranglah nak letak banyak mana kan . Tapi jangan terlali banyak nanti manis.

combinekan susu bersama serbuk milo tadi .korang boleh gunakan mix ataupun blender kat umah ker . Cara CCL ,CCL  hanya masukkan bahan tersebuk kedalan blender memudahkan kerja .Blend sampai sebati .

Masukkan satu sudu besar ovalate ke dalam bahan yang telah diblender tadi.Blend sehingga sebati dalam 15 minit,make sure blender tue on off sekejap takut panas nanti. 

blend sehingga jadi creamy dan kembang . Korang boleh masukkan ke dalam bekas dan simpan seeloknya satu hari dalam peti sejuk 


Homemade aiskrim,homemade aiskrim ala-ala baskin robbin,aiskrim baskin robbin,aiskrim coklat chip,resepi aiskrim,cara mudah buat aiskrim,buat aiskrim sendiri,tiga bahan untuk buat aiskrim,gambar aiskrim,,aiskrim buatan sendiri,aiskrin tengah viral,aiskrim viral


Taraaa..dah siap pun aiskrim ala-ala baskin robbin yang di homemadekan  oleh CCL . Aiskrim ni CCL korang boleh pelbagai perisa mengikut citarasa .Dan CCL  letakkan chocolate chip sebagai tambahan.

So bila dah masukkan ke dalam peti ais rasa tak sabar pulak nak rasanya.Dalam fikiran terfikit-fikir pulak " eh - eh  betul ke pakai 3 bahann ni akan jadi aiskrim ala-ala baskin robbin" . Selalunya CCL tahu buat aiskrim Malaysia aje . Selepas seharian dikurungnya dalam peti ais tiba masa untuk makan ..first rasa creamy dan memang menjadi.. Alhamdulillah percubaan pertaa berjaya juga tanpa merugikan bahan di dapur . Lepas ni boleh homemade perisa baru . Korang kalau tengah ada mood rajin tue meh kita cuba resepi ini . Simple sangat . Selamat mencuba !