Selepas isu Alvin & Vivian memuat naik gambar menghina Ramadan, timbul pula video yang menghina Islam dengan memaparkan video seorang lelaki menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama 3 ekor anjing, anjing yang seolah-olah ambil wudhu’ dengan berlatar belakangkan muzik Takbir Raya.

Semakin melampau mereka yang tidak menghormati agama lain terutamanya agama Islam sehingga dipersendakan sebegini rupa.

Di dalam video tersebut dipaparkan juga seperti kad raya yang tertera, ‘Dari Chetz Sekeluarga’ dan nama-nama rakan atau saudaranya yang lain.

Laman web www.cekap.org yang didedahkan ternyata laman web bukan milik mereka yang membuat video ini kerana laman web tersebut merupakan salah sebuah laman web kepunyaan organisasi dari negara Turki.
VIDEO LELAKI BERAYA BERSAMA 3 EKOR ANJING
Mungkin lelaki di dalam video ini mempunyai masalah mental atau memang sengaja menghina agama Islam?
