Memaparkan catatan dengan label TUKAR TEMPLATE BLOG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TUKAR TEMPLATE BLOG. Papar semua catatan

TEMPLATE BLOG CIKCAPPUCCINOLATTE BERWAJAH BARU


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 





TEMPLATE BLOG CIKCAPPUCCINOLATTE BERWAJAH BARU  | Dah tiga hari kita semua melangkah ke tahun baru 2018 , syukur Alhamdulillah Allah swt masih panjangkan umur kita semua, masih lagi terus bernafas , masih lagi buka mata boleh lihat keindahan dunia . Syukur tak terhingga. Rasanya belum terlambat untuk CCL ucapkan ' Happy New Year 2018 & Selamat Menyambut Tahun Baru 2018 ' . CCL doakan semua berada dalam kalangan hamba Allah yang baik , sentiasa berjaya di dunia dan di akhirat , dan sentiasa sukses selalu . 

Alhamdulillah azam tahun 2017 , banyak jugak yang tercapai dalam wishlist walaupun tak semua , selebihnya yang tak sempat nak capai CCL akan carry forward ke azam tahun 2018 serta tambahkan azam yang baru .




Sempena tahun baru 2018 ni , bukan sahaja azam je baru , template blog pun kenalah baru . Barulah rasa bersemangat nak teruskan blogging ni . So langkah pertama untuk segarkan balik blog CCL ni sempena tahun 2018 adalah dengan menukar template blog , sebenarnya jarang sekali CCL tukar template blog ni , sebabnya tak pandai sangat bab - bab coding blog  , tapi kali nih blog CCL di designkan oleh rakan blogger CCL iaitu SIS HAWA . 

Sebenarnya template kali ini disponserkan oleh blogger POKUCU dan didesign oleh SIS HAWA  .Kenapa dan bagaimana blogger POKUCU boleh sponser template blog untuk CCL , korang boleh terjah entri INI dan INI.  Dah baca kan ? Ok terima kasih . 




Kalau korang nak kenal blogger Pokucu , boleh lah singgah ke blog beliau DI SINI . Memang tak jemu kalau singgah blog Pokucu, sebabnya pelbagai entri yang berinformasi korang boleh dapat diselitkan dengan entri- entri yang tak membosankan apabila membaca . 

Berbalik kepada template blog , Sepanjang berblogger ni , template dan tema blog ni mesti wajib ada warna pink , kalau tak pink terang, warna pink pudar . Kalau tak banyak , sikit pun tercalit jugak warna pink . Blog dan pink macam tak boleh pisahkan pulak , hakikatnya warna kegemaran CCL bukanlah pink . Blog ni haa nak sinonim sangat dengan warna pink ,untuk template tahun baru 2018 ni , CCL  request pada Sis Hawa untuk memilih tema coklat ala- ala cappuccino sikit . Nak susunan template yang kemas, soft color dan sedap mata memandang dan yang paling penting mesra SEO . 

Alhamdulillah , setelah bagi detail serba - sedikit gambaran template baru pada Sis Hawa untuk blog CCL ni , CCL bagi penuh kepercayaan untuk Sis Hawa makeoverkan blog , setelah selesai Sis Hawa pasang template baru , godek coding html sikit- sikit , CCL pulak rasa tak sabar nak tengok blog sendiri . alhamdulillah hasilnya macam korang lihat sekarang , susunan blog CCL sekarang lebih teratur . Akhirnya penangan makeover dari Sis Hawa sekali gus melupuskan warna pink dalam blog CCL .hehe .  CCL amat berpuas hati dengan hasil kreativiti Sis Hawa. Diharapkan pemasangan template blog yang baru ni sekaligus CCL dapat apply adsense semula . InsyaAllah . 

Rasanya rakan blogger  yang CCL kenal dan selalu CCL singgah blog diorang , rata- rata memang banyak dah gunakan perkhidmatan makeover blog dengan Sis Hawa , design-design pun meletup - letup belaka . Rambang mata dibuatnya bila tengok , semua cantik . Sis Hawa bukan sekadar makeover blog , beliau juga ada buat perkhidmatan makeover watermark , logo, header blog dan facebook header 




Kepada korang yang tengah mencari template blog idaman yang cun melecun  boleh la cuba perkhidmatan design blog dari SIS HAWA .