Assalamualaikum dan salam sejahtera .
SELESAI PROSES SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 DOS KEDUA suntikan kedua ini sangat penting untuk mendapatkan imunisasi yang lengkap dan diperlukan agar vaksin tersebut dapat memberi kesan yang memberangsangkan di dalam tubuh badan untuk melawan virus-virus . Alhamdulillah pagi tadi mak CCL dah selesai proses suntikan COVID-19 .
Proses pagi tadi berjalan dengan lancar walaupun orang ramai, tetapi SOP tetap berjalan dengan lancar . Suntikkan vaksin pun tidak mengambil masa yang lama hanya 1jam setengah sahaja . Selepas terima suntikkan perlu berehat duli selamat 15minit . Even kalau tiada effect yang berlaku seperti pening-pening boleh la balik ke rumah . Kalau ada effect pening-pening perlulah rehat dahulu .
Alhamdulillah , mak CCL tidak mengalami sebarang kesan samping selepas dicucuk, sama seperti suntikkan dos yang pertama dahulu . Alhamdulillah . Semoga mak CCL sentiasa sihat dan dijauhi wabak penyakit berjangkit . Selepas cucuk macam biasa ada sesi bergambar sebagai kenang kenangan .
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
EMAK DAH SELESAI PROSES SUNTIKAN DOA PERTAMA VAKSIN COVID-19 Alhamdulillah , kelmarin tarikh 25 Mei 2021 mak sudah selesai suntikan dos pertama COVID-19 . Proses berjalan dengan lancar mengikut SOP yang ditetapkan . Mula-mula CCL memang tak bagi mak daftar untuk suntikan ini , bukan apa takut effectnya tak tahu macam mana , risau pulak bila difikirkan effectnya nanti . Iyerlah mak CCL pun dah berumur 50-an . So ada la sedikit penyakit-penyakit tu .
Alhamdulillah selepas cucuk kelmarin seharian sampai malam mak CCL hanya lenguh-lenguh tangan sahaja . Itu normal lah lepas cucuk kan . Effect-effect lain buat masa sekarang ni belum ada lagi . Alhamdulillah .
Tips lepas je cucuk vaksin , sampai umah terus makan panadol activ-fast dan jangan minum air sejuk selama satu hari . Itu tips yang mak CCL dapat dari pegawai kesihatan kat sana lah .
Alhamdulillah . Semoga mak CCL semakin sihat dan antibodi makin kuat untuk melawan semua penyakit . Aamiin.aamiin .
Hangpa dah terima suntikkan vaksin ke ?
Apa pengalaman hangpa . ?