Assalamualaikum dan salam sejahtera
TESCO MALAYSIA KINI DIKENALI SEBAGAI LOTUSS STORE MALAYSIA SDN BHD Tesco Malaysia secara rasmi menukar namanya kepada Lotuss Malaysia.Proses penjenamaan semula itu adalah berikutan Tesco Group UK menjual operasinya di Thailand dan Malaysia kepada konglomerat Thailand, Charoen Pokphand Group Co Ltd (C.P. Group) pada Disember lalu.
Khabar angin di mana Tesco Malaysia akan bertukar nama kepada Lotus Malaysia akhirnya terjawab selepas beberapa pengguna termasuk pekerja Tesco akui dengan perihal tersebut. Melihat perkongsian daripada pengguna Twitter mengatakan bahawa nama Tesco pada hari i secara rasminya dikenali Lotus’s tak lama lagi
Maka terbuktilah segala produk jenama Tesco juga akan dihentikan. Stok sedia ada akan dihabiskan dan takkan masuk lagi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk ‘borong’ produk Tesco sebelum habis.Apa produk baru yang akan masuk? Status masih belum diketahui. Penjenamaan baru Tesco kepada Lotus’s akan berjalan sehingga hujung tahun 2021 . Tapi jangan risau pelanggan setia Tesco akan tetap memanggil Lotuss Store denfan nama Tesco . Dah terbiasa kan .

