Memaparkan catatan dengan label PANDUAN PERSEDIAAN PERKAHWINAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PANDUAN PERSEDIAAN PERKAHWINAN. Papar semua catatan

TIPS PERKAHWINAN :PERSEDIAAN MENJELANG HARI PERKAHWINAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera





TIPS PERSEDIAAN MENJELANG HARI PERKAHWINAN  Korang sedang dalam persiapan untuk hari perkahwinan , tapi tak tahu mana nak dimulakan dahulu ? meh CCL share panduan untuk persedian menjelang majlis perkahwinan korang nanti .



12 - 9 BULAN SEBELUM MAJLIS
  • pilih tarikh  , bincang dengan ahli keluarga kedua belah pihak supaya senang nak berkumpul nanti .
  • pilih tempat rumah ataupun dewan. untuk yang memilih dewan  , korang perlu survey dan booking dengan segera sebab biasanya dewan ni dalam tempoh sebulan awal kejap je dah penuh , so booking awal ok . 
  • sediakan bajet .ni penting supaya korang tak terlebih berbelanja nanti . 

9 - 6 BULAN SEBELUM MAJLIS 
  • pilih tema . Masa ni dah boleh decide dah korang nak tema apa tradisional ke , tema taman ke dah boleh start cari inspirasi . 
  • buat survey untuk setiap vendor perkahwinan . Survey vendor yang diperlukan contohnya baju pengantin , juru makeup , photographer , videographer , pakej perkahwinan , katering , doorgift dan yang lain-lain yang korang perlu . 
  • sediakan senarai jemputan atau buat anggaran . tanya sekali ibu dan bapa berapa anggaran jemputan mereka , kadang - kadang diorang punya jemputan lebih ramai dari kita yang pengantin ni . 

6-4 BULAN MAJLIS
  • mula membuat tempahan dengan vendor perkahwinan mana yang boleh contohnya jurumekap , katering dan pelamin . 
  • jangan lupa apply cuti nanti tak pasal-pasal tak boleh kahwin pulak . 
  • beli barangan hantaran kalau ada sale tue grab cepat-cepat sebab boleh jimat.
  • hadir kursus kahwin ni penting tau ! pastikan korang buat dengan pihak yang bertauliah. 

3 - 2 BULAN SEBELUM MAJLIS 
  • serahkan dokumen di pejabat agama untuk tempahan tok kadi , pendaftaran perkahwinan dan yang berkaitan .
  • buat ujian saringan kesihatan . 
  • buat tempahan bagi mana-mana vendor yang belum settle . ye la kadang-  kadang tu bajet duit kita baru ada masa bulan ni kan , so selesaikan mana yang belum . 
  • edar kad jemputan jangan lupa ya , supaya tetamu  yang jauh  boleh save the date untuk attend majlis perkahwinan korang . 

1 BULAN SEBELUM MAJLIS 
  • fitting baju pengantin , wajib !! ye la takut nanti korang terkurus atau tergemuk dah .. waktu ni korang masih sempat lagi nak alter baju .
  • semak semua tempahan yang diperlukan telah dibuat dengan selengkapnya , mana yang boleh follow -up buat ya . 
  • pastikan semua dokumen berkaitan pernikahan selesai .waktu ni dah wajib settle semua dokumen .

2-1 MINGGU SEBELUM MAJLIS 
  • deko hantaran . kalau tak sempat buat sendiri , boleh minta tolong adik - beradik atau sedara - mara tak pun tempah je dengan mana - mana pembuat hantaran . 
  • fnal confirmation ! follow up dengan semua tempat yang ditempah dan juga tok kadi 
  • meeting dengan family untuk pengagihan semasa majlis supaya memudahkan kerja semasa majlis berlangsung 

1 HARI SEBELUM MAJLIS 
  • pastikan pakaian pengantin sudah digosok . masa ni tengok baju pun dah rasa nervous . 
  • berkan number telefon individu in-charge semasa majlis kepada semua vendor perkahwinan . ye lah takkan mereka nak contact korang masa tengah jadi pengantin pulak kan . masa tue ah tak fikir apa-apa .. 

HARI PERKAHWINAN
  • enjoy the day ! tarik nafas dalam -dalam 
  • tenang dan doa semoga majlis berjalan dengan lancar 


haa ... macam mana dengan semua panduan semua ni ? membantukan ?