Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu Khairul Aming : Ikan Kembung Goreng Cili Padi
Bahan-bahan
- Ikan kembung
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili besar
- Cili padi
- Sos tiram
- Sos ikan
- Minyak masak
- Serai
- Garam dan gula
Resepi Ikan Kembung Goreng Cili Padi
- Goreng ikan kembung
- Tumbuk Bahan-bahan bawang merah , bawang putih cili besar dan cili padi lalu tumiskan bahan dalam minyak panas .masukkan sekali satu batang serai . Masak sehingga sedikit garing .
- Masukkan sedikit sos tiram dan juga sos ikan . Tambahkan garam gula untuk balancekan rasa dan masukkan ikan goreng tadi ..
Siap.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
KELI GORENG BERLADO BY KHAIRULAMING Ramadhan kedua , tak tahu nak masak apa ?? Ok untuk korang yang minat ikan keli hari ini KhairulAming kongsi,satu resepi iaitu "Keli Goreng Berlado" . Bahan dan resepinya sangat mudah.
Bahan-bahan keli goreng berlado
-ikan keli
-tepung gandum
-garam
-serbuk kunyit
-3 sudu besar tepung beras
-3 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih
-8 biji cili merah besar
-5 biji cili padi merah
-1 biiji tomato
-1 sudu besar gula
-sedikit ajinamoto
-1 sudu besar sos tiram
-3 helai daun limau purut
-sedikit perahan air limau
Cara penyediaan Keli goreng berlado resepi KhairulAming
1 .Tips untuk elakkan ikan keli meletup ketika digoreng lumurkan ikan dengan tepung gandum, cuci sekali lagi dan letakkan gula dan garam, nak bagi ekstra rangup masukkan tepung beras
2. Kisarkan 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih .
3. Kisarkan 8 biji cili besar, 5 biji cili merah dan
1 biji tomato
4. Tumis semua bahan yang sudah dikisar, goreng sehingga naik bau . Masukkan satu sudu besar gula, sedikit ajinamoto,, garam secukup rasa, satu sudu besar sos tiram masukkan 2 3. Helai daun limau purut . Gaul hingga rata dan masukkan ikan keli yang telah digoreng .
5. Siap untuk dihidangkan , jangan lupa letakkan sedikit perahan air limau nipis .