Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah Berapa Lama Tak Cuci Berus Mekap ? Cuci muka hari-hari tapi bila nak cuci berus-berus mekap ambil masa berbulan-bulan . Siapa macam tu ?? Cepat mengaku !! . Sibuk ? Ok faham .. Malas ?? Ok sama ..tapi bila jerawat mula datang barulah teringat 'oh patutlah' . Macam CCL nak cakap rajin pun tak juga .. kalau berus-berus mekap tu sebulan sekali sahaja buat cleaning . Kalau span foundation tu memang wajib berkali-kali juga la cuci . Tak rajin pun . Tapi kena buat sebab sayang kulit muka.
Ini antara beberapa berus mekap yang CCL selalu guna . Tak banyak pun kan . Cukup la untuk apply blusher dan juga eyeshadow . CCL pun mekap light sahaja . Not heavy sebab tak pandai nak mekap lebih-lebih . Kangg jadi buruk lah muka .
Cara CCL cuci berus mekap sangat mudah , rendamkan selama 5 minit semua berus mekap dan span foundation dalam air panas . Letakkan sedikit sabun cuci pinggan . Lepas tu cuci-cuci dengan manja . Uguys boleh nampak dari air yang bersih sudah bertukar air yang kotor hasil dari sisa-sisa mekap .
Lepas bila dengan air bersih berulang kali , terus jemur biar bagi kena pancaran matahari supaya cepat kering . Berus mekap bersih . Nak mekap pun jadi smooth . Feeling macam pakai berus yang baru . Uguys dah cuci-cuci berus mekap ? Berus pun nak fresh start tau ! Mekap flawless starts with tools yang bersih . Jangan bagi bakteria buat rumah sewa kat berus tu .
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beli Barang Makeup Pecah Guni ? Murahnya !! Malam tu ada tertengok live (cewahh tertengok pulak yer).. ya lahh scroll dan terus scroll nampak seller ni tengah pecah guni . Dalam guni tue kebanyakkan barang dan alat-alat makeup . So tunggu lagi .. perempuan dan alat makeup berpisah tiada tau !! Walaupun CCL bukanlah gemar bermekap heavy-heavy ni . Just² pakai apa yang patut pakai sahaja .
Tunggu dan terus menunggu akhirnya grab juga laa beberapa barang .. seriusly sangat-sangat murah ya !! Tak masuk akal . So murah-murah begitu takkan la nak tengok saya tanpa beli apa-apa kan .. terjebak juga la beberapa barang
Beli barang makeup pecah guni
- Eyeshadow pallette (2 pallette RM6)
- Loose powder (RM3)
- Mini Brush makeup (RM2)
- Sponge foundation (RM1)
- Beg makeup (RM5)
Sebenarnya banyak lagi barang-barang makeup yang ada antaranya lipbalm, lipmatte,toner, hair serum, blusher, beauty blender, maskara, serum, foundation, scrub dan macam-macam lagi . Murah-murah ni kadang risau juga .hehe sebab tu just beli eyeshadow dan loose powder sahaja . Mujur set makeup ni bukan set yang expired date .risau juga kan
Total semua barang ni bawah harga RM20 sahaja .. murah kan ! . Berbaloi beli .. seller bagi freegift juga
Ni antara freegift yang seller selit dalam parcel , mini makeup bag, night mask dan mini perfume .
Tak sabar nak merasmikan barang-barang ni
Assalamualaikum Dan Salam sejahtera
Fungsi Setiap Bentuk Beauty Blender Harini CCL nak share tentang jenis beauty blender dan kegunaan masing-masing . Pasti ada yang keliru kan sebab bentuk beauty blender ni berbeza-beza . So korang kena la pilih sesuai dengan makeup sendiri . Haa, jangan keliru tau.
Pear shaped
bahagian atas yang runcing untuk contour wajah, khususnya di bahagian rahang dan tulang pipi supaya nampak lebih cengkung dan tirus . Bahagian bawah tu korang boleh pakai untuk blendkan foundation dan permukaan wajah yang besar tau .dekat tengah tu dia melekuk sikit supaya dapat pegang dengan baik
Rain drop shaped
Ni beauty blender pertama yang ada . Bahagian runcing tersebut sengaja dibuat untuk meratakan makeup yang belum rata macam smaller areas seperti tepi hidung dan mata. Bahagian mata korang boleh guna untuk blendkan foundation dan untuk pressed powder / loose powder supaya terblend dengan lebih sempurna.
Oval Shaped
walaupun berbentuk oval tapi ada satu bahagian hujung yang runcing untuk korang blend small areas seperti hidung dan mata . Fungsinya sama je mata rain drop cuma bahagian bawah flat sedikit supaya senang nak blend bahagian pipi dan dahi .
Jadi tu perbezaan antara semua beauty blender dekat atas . Harap posting ni buat korang lebih faham dan tak keliru nak pilih yang mana satu.