Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam Nifsu Sya'ban Malam yang penuh keberkata. Nisfu Syaaban adalah peluang untuk kita muhasabah diri, memperbanyakkan doa, dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Ia juga merupakan malam di mana buku amalan kita diangkat dan digantikan dengan yang baru.
Semoga kita semua diberikan kesihatan, kelapangan rezeki, serta hati yang tenang dalam menuju Ramadan yang mulia. Mari kita manfaatkan malam istimewa ini dengan memperbanyakkan ibadah, berdoa untuk kesejahteraan diri, keluarga, dan seluruh umat Islam.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam Nuzul Al-Quran 2024 / 1445H
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasullah dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun sehingga lengkap sebagaimana kita Al-Quran pada hari ini .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari Israk Mikraj 2024 hari Israk Mikraj adalah hari untuk memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu pada 27 Rejab. Peristiwa ini adalah peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang digelar sebagai peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW .
Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
Surah Al-Israa’: 1
Tarikh Israk Mikraj 2024
Tarikh sambutan Israk Mikraj 2024 adalah pada 8 Februari 2024 (Khamis), iaitu bersamaan dengan 27 Rejab 1445H.
Perkara ini telah dinyatakan dalam Takwim 2024 Miladiah / 1445-1446 Hijriah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berdasarkan Panel Pakar Falak.
Cuti umum negeri sempena Israk Mikraj
Hari Israk Mikraj termasuk dalam Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri iaitu hanya sesetengah negeri sahaja yang mengambil cuti pada hari tersebut.
Negeri-negeri yang mengambil cuti sempena hari Israk Mikraj adalah negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu sahaja
6 iktibar dari peristiwa Israk Mikraj
- kuasa Allah SWT adalah tiada batas
- iman dan akidah yang teguh asas kepada sifat keislaman yang sejati
- Allah SWT maha pengampun lagi maha mendengar
- kita harus sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT waktu susah dan senang
- perintah solat adalah satu ibadah yang digariskan ketentuannya oleh Allah SWT
- anjuran memberi dan menyebarkan islam
semoga perkongsian hari Israk Mikraj 2024 ini bermanfaat.