Assalamualaikum dan salam sejahtera
IKLAN RAYA SAFI 2021 : RAYA KAU HIJAU Setiap tahun, syarikat korporat di Malaysia pasti akan tampil dengan video kreatif sempena Aidilfitri.
Bukan sekadar hiburan, kemunculan iklan raya turut dinanti seluruh rakyat Malaysia kerana mesej yang ingin disampaikan melalui setiap video diterbitkan.
Meskipun sambutan Syawal tahun ini berbeza daripada kebiasaan, ia tidak menghalang untuk umat Islam menyambutnya dalam kesederhanaan dan menikmati video raya yang disediakan.
Video ini mengisahkan tentang Ayu yang sentiasa beremosi apabila Kai sering menghalang pagar rumah Ayu dengan kenderaannya. Sehinggalah satu hari Ayu merasakan Kai cuba merampas emaknya dengan video masakan perkongsian Kai. Apakah kesudahan kisah mereka?
