Assalamualaikum dan salam sejahtera
Shopping Di Eco : Total Lost RM86, Beli Apa ?? Setiap bulan wajib terjah eco , dah menjadi slaah satu tempat untuk healing- healing habiskan duit . Tapi bukan habiskan duit untuk beli benda-benda yang tak berfaedah tau .. Eco pun dah upgrade sikit tau ..dulu hanya bekalkan raga sahaja untuk beli barang , sekarang nahhh diorang dah sediakan troli .. makin sakan laa nak memborong silap-silap boleh penuh troli kan .. aduhhh ..racun betul ..
Masa pegi Eco ni banyak juga barang-barang yang diorang baru restock .. bekas organizer, tools makeup, cermin makeup cantik- cantik .. tapi tak beli pun just cuci-cuci mata jer .. pegang, tengok letak balik tempat asal. Dalam hati meronta-ronta nak beli tapi pujuk hati sabar, sebab point utama nak masuk eco nak restock coklat dan jajan-jajan untuk dibawa ke office sebagai kudap-kudapan masa buat kerja ..
Nak tengok CCL shopping apa untuk bulan ni
Semua barang ni muat-muat ja dalam satu bag Eco tu .
- Sabun pencuci pinggan
- Tisu muka
- Berus
- Getah pengikat rambut
- Span makeup
- Tisu kitchen cleaner
- Hand towel
- Sticky note
- Liquid paper
- Sos tiram
- Coklat
- Keropok
- Plastik sampah
Total lost RM86.40
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masuk kedai Eco, CCL cuba beli minuman tin dari jenama Sundrop . First time cuba tak tahu la kena dengan selera CCL ke tidak .. so ambik laa serba satu tin .. minuman teh tarik dan juga kopi susu . kalau kena dengan selera CCL of course laa akan pergi beli lagi kan .. so untuk percubaan pertama untuk rasa-rasa orang kata kan ..
Sundrop teh tarik . Percubaan pertama ok . Ada rasa teh bersusu . Manisnya just nice tidak terlalu manis dan tidak terlalu tawar . Seimbang jer rasanya .
Sundrop kopi susu ni pulak . Percubaan pertama ok juga . Sedap untuk di nikmati . Rasa gabungan kopi dan susu yang seimbang cuma tak creamy .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bertambah lagi koleksi getah ikat rambut CCL, alang-alang lalu bahagian jual barang keperluan diri ni, nampak getah ikat rambut . Design pun comel ..sebelum ni CCL ada beli getah ikut rambut yang sama tapi design ala-ala leopard . Kali ni berkenan design polkadot pulak . Gabungan warna pun sweet-sweet .. girly kan .. boleh la pakai buat tukar-tukar tiap hari .
Baca juga
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Niat nak tukar plastik meja makan ni dah lama sebenarnya , plastik meja yang sebelum ni warna pun dah pudar, ada bahagian-bahagian tertentu dah koyak . Hari ni ada sedikit masa lapang terus tukar .
Actually dah hampir seminggu CCL beli plastik untuk meja makan ni . Hari ni baru buka hamparan plastik ni atas meja . Beli barang di kedai Eco haritu, nampak bidai-bidai plastik meja yang tergantung cantik . Macam-macam corak . Kualiti pun ok . Plastik alas meja ni tak nipis tak tebal sangat. Ok laa untuk meja makan .. so terus pilih design ni . Beli design dedaun berlatarbelakang warna beige 2 meter dan plastik transparent tu 2 meter . Memang ngam-ngam cukup untuk meja makan ni .
Assalamualaikum dan
salam sejahtera
ECO SHOP : GETAH IKAT RAMBUT BERCORAK HARIMAU Hari tu pergi eco shop macam biasa masuk setaip Lorong kalau
berkenan capai sahaja masuk dalam raga , bila terlalu pada bahagian perhiasan
para perempuan ni selalunya tengok-tengok macam itu saja , tapi hari tu tangan
tercapai getah ikat rambut bercorakkan harimau . Nampak cantik pulak . CCL tak
nafikan setiap perempuan juga ada koleksi getah kat rambut yang berbeza design
. takkan lah ada satu sahaja getah ikat rambut kan . kalau hilang jenuh jugak
la korang mencari satu rumah , kalau ada lebih pada satu itu bermakna selamat
juga kan , kalau hilang korang tak perlu gelabah mencari sana-sini .
Balik je rumah CCL mula bukakan pin pada getah ikat rambut
tersebut .ingatkan hanya ada dua getah
ikat rambut sahaja , rupa-rupanya ada tiga getah ikat rambut bercorakkan
harimau Cuma warna pada setiap getah ikat rambut itu berbeza-beza . CCL suka ikat
rambut menggunakan getah ikat macam dalam gambar tu , lebih selesa dan mudah .
Sebenarnya banyak lagi design yang ada . tapi mata CCL
terpandang pada kecantikkan corak harimau . kalau nak beli semua design yang
ada di Eco Shop , boleh bukak kedai getah ikat rmabut pulak di rumah CCL kan .
corak-corak getah ikat rambut ni bergantung pada setiap Eco Shop di negeri
masing-masing , kadang ada yang plain
dan ada corak yang lagi menarik bukan .
Korang pernah ke terjebak nak beli getah ikat rambut di Eco
Shop ?