Assalamualaikum dan salam sejahtera .
SELESAI PROSES SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 DOS KEDUA suntikan kedua ini sangat penting untuk mendapatkan imunisasi yang lengkap dan diperlukan agar vaksin tersebut dapat memberi kesan yang memberangsangkan di dalam tubuh badan untuk melawan virus-virus . Alhamdulillah pagi tadi mak CCL dah selesai proses suntikan COVID-19 .
Proses pagi tadi berjalan dengan lancar walaupun orang ramai, tetapi SOP tetap berjalan dengan lancar . Suntikkan vaksin pun tidak mengambil masa yang lama hanya 1jam setengah sahaja . Selepas terima suntikkan perlu berehat duli selamat 15minit . Even kalau tiada effect yang berlaku seperti pening-pening boleh la balik ke rumah . Kalau ada effect pening-pening perlulah rehat dahulu .
Alhamdulillah , mak CCL tidak mengalami sebarang kesan samping selepas dicucuk, sama seperti suntikkan dos yang pertama dahulu . Alhamdulillah . Semoga mak CCL sentiasa sihat dan dijauhi wabak penyakit berjangkit . Selepas cucuk macam biasa ada sesi bergambar sebagai kenang kenangan .






