Assalamualaikum dan salam sejahtera .
SELESAI PROSES SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 DOS KEDUA suntikan kedua ini sangat penting untuk mendapatkan imunisasi yang lengkap dan diperlukan agar vaksin tersebut dapat memberi kesan yang memberangsangkan di dalam tubuh badan untuk melawan virus-virus . Alhamdulillah pagi tadi mak CCL dah selesai proses suntikan COVID-19 .
Proses pagi tadi berjalan dengan lancar walaupun orang ramai, tetapi SOP tetap berjalan dengan lancar . Suntikkan vaksin pun tidak mengambil masa yang lama hanya 1jam setengah sahaja . Selepas terima suntikkan perlu berehat duli selamat 15minit . Even kalau tiada effect yang berlaku seperti pening-pening boleh la balik ke rumah . Kalau ada effect pening-pening perlulah rehat dahulu .
Alhamdulillah , mak CCL tidak mengalami sebarang kesan samping selepas dicucuk, sama seperti suntikkan dos yang pertama dahulu . Alhamdulillah . Semoga mak CCL sentiasa sihat dan dijauhi wabak penyakit berjangkit . Selepas cucuk macam biasa ada sesi bergambar sebagai kenang kenangan .
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
EMAK DAH SELESAI PROSES SUNTIKAN DOA PERTAMA VAKSIN COVID-19 Alhamdulillah , kelmarin tarikh 25 Mei 2021 mak sudah selesai suntikan dos pertama COVID-19 . Proses berjalan dengan lancar mengikut SOP yang ditetapkan . Mula-mula CCL memang tak bagi mak daftar untuk suntikan ini , bukan apa takut effectnya tak tahu macam mana , risau pulak bila difikirkan effectnya nanti . Iyerlah mak CCL pun dah berumur 50-an . So ada la sedikit penyakit-penyakit tu .
Alhamdulillah selepas cucuk kelmarin seharian sampai malam mak CCL hanya lenguh-lenguh tangan sahaja . Itu normal lah lepas cucuk kan . Effect-effect lain buat masa sekarang ni belum ada lagi . Alhamdulillah .
Tips lepas je cucuk vaksin , sampai umah terus makan panadol activ-fast dan jangan minum air sejuk selama satu hari . Itu tips yang mak CCL dapat dari pegawai kesihatan kat sana lah .
Alhamdulillah . Semoga mak CCL semakin sihat dan antibodi makin kuat untuk melawan semua penyakit . Aamiin.aamiin .
Hangpa dah terima suntikkan vaksin ke ?
Apa pengalaman hangpa . ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
3 LANGKAH MUDAH DAFTAR SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 MELALUI APPS MYSEJAHTERA Ramai yang dah tahu vaksin Covid-19 telah pun mendarat di Malaysia pada 21 Februari lepas dan pemberian vaksin ini akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia mengikut fasa.
Oleh itu, bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 ialah dengan mengemaskini aplikasi MySejahtera.
1.Pengguna perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera. Setelah itu, pengguna perlu pilih ‘Covid-19 vaccination’ seperti yang tertera pada gambar.
2. Pengguna perlu tekan pada bahagian atas sesuai dengan nama yang didaftarkan di aplikasi MySejahtera. Semak data-anda, pastikan ianya betul dan sahkan.
3.Setelah membuat pengesahan, pengguna perlu menekan ‘next’ untuk menjawab beberapa soalan yang dikemukakan di dalam aplikasi berkenaan
Kesemua pengguna smartphone tak kira iOS mahupun android boleh membuat pendaftaran melalui aplikasi ini.
Selamat mencuba!