Assalamualaikum dan hai semua
Misi Kemanusiaan Gaza: Dana RM7 Juta Dibuka oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia Tengahari tadi, sambil scroll Facebook, ternampak perkongsian di wall Nadhir Al- Nuri. Isu yang tengah hangat diperkatakan sekarang, tak lain tak bukan tentang misi Gaza.
Hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, jom kita sama-sama ambil peluang untuk hulurkan sumbangan. Setakat tengahari tadi, dana baru mencapai 71%, iaitu sekitar RM3.5 juta daripada sasaran penuh RM5 juta. ..Alhamdulillah, berita gembira! CCL tumpang gembira , Dana sasaran RM5 juta untuk misi kemanusiaan Sumud Flotilla ke Gaza akhirnya berjaya dicapai.
Tapi perjuangan belum selesai. Sekarang, Persatuan Cinta Gaza Malaysia telah membuka sasaran dana baharu sebanyak RM7 juta. Dana tambahan ini sangat penting untuk menampung kos perjalanan, logistik dan juga bantuan kemanusiaan yang lebih besar untuk rakyat Palestin.
Bayangkan, sumbangan kita boleh jadi sebahagian daripada misi besar ini. Semoga Allah permudahkan perjalanan mereka dan terima segala usaha kita yang kecil ini sebagai saham akhirat. Yang berniat ikhlas nak beri sedikit sumbangan boleh ke https://donate.infakpalestin.com/order/form/sumudnusantara
Alhamdulillah,walaupun laluan yang dilalui bukanlah mudah. Perjalanan ke Gaza bukan perjalanan biasa. Ia perjalanan penuh risiko, tapi itulah jalan yang mereka pilih demi membawa bantuan buat rakyat Palestin.. Perjalanan ke Gaza bukan mudah. .. ada beberapa anak kapal yang telah ditawan oleh pihak Israel.. Tapi tak mematahkan semangat kru dan sukarelawan lain untuk terus membawa bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza. Perjuangan ni memang penuh risiko, tetapi mereka tetap berani mengharunginya demi saudara seagama dan demi kemanusiaan





9 Ulasan
Moga sedikit usaha dan sedekah kita ini dapat membantu pejuang ke Gaza aminn
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan mereka di sana.
BalasPadamSama² kita bantu
BalasPadamSemoga perjalanan mereka dilindungi dan sampai ke destinasi
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan.
BalasPadamYa Allah, lindungilah mereka di sana.
Semoga sumbangan dapat diberikan dengan jayanya. Amin.
BalasPadammo dipermudahkan urusan mereka semua..aamiin
BalasPadamAmin semoga segera terkumpul dana nya. Sayapun ikut donasi melalui lembaga kemanusiaan di Indonesia. Semua demi rakyat Palestine kan
BalasPadamMemang dana diperlukan untuk misi2 bantuan ke Palestine ni...semoga usaha mereka dipermudahkan
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan