Filem : Mrs Chatterjee vs Norway (2023)

 

Assalamualaikum & salam sejahtera


Filem : Mrs Chatterjee vs Norway (2023) Filem ini diangkat dari sebuah kisah benar yang berlaku pada Sagarika Chakraborty dan suaminya, pasangan dari negara India yang berhijrah dan menetap di Norway terpaksa berhadapan dengan sistem undang² Kerajaan Norway apabila mereka menarik hak penjagaan kedua-dua orang anak Sagarika. 

Filem ini dibuka dengan perjalanan kehidupan keluarga imigran yang bahagia, Debika Chatterjee (Rani Mukherjee) menetap bersama suami (Anirban Chatterjee) dan juga dua orang anaknya, Shubh dan Suchi di Stavanger, Norway. 

Wakil dari Kebajikan Kanak-kanak Norway, Sia (Kärt Tammjärv) dan Matilda (Britta Soll) ditugaskan untuk berada di rumah Debika untuk pantau cara dia dan suami menjaga anak selama 10 minggu. Malang tak berbau, laporan dan dakwaan dibuat terhadap Debika sebab menyuap Shubh makan menggunakan tangan dan dia dilabel sebagai mentally unstable, gila, mak tak bertanggungjawab. 

Rumah mereka juga dikatakan tidak selamat untuk anak-anak mereka. Secara tak langsung, mengikut undang-undang Norway automatik hak penjagaan terhadap anak²nya ditarik. Bermulalah perjuangan seorang ibu menentang sistem perundangan Norway yang penuh dengan dugaan. 


Filem 2023, mrs chatterjee vs norway, filem neflix, tonton filem neflix , full movie mrs chatterjee vs norway,

Diadaptasi dari sebuah kisah benar, lakonanRani Mukerji, Anirban Bhattacharya, Neena Gupta, Jim Sarbh dan ramai lagi. Sedih, pedih, hampa, kecewa menjalani liku-liku dugaan sepajangan perbicaraan Debika demi untuk menuntut hak penjaagaan anak-anaknya semula. Plot penceritaan yang penuh dengan air mata. Korang ready jela. 

Lakonan Rani Mukerji memang mantap. Mood sedih tu berpanjangan sebab muka Rani Mukerji ni, rasa pilu je hati tengok usaha pngorbanan seorang ibu. Rasa kekuatan seorang ibu yang tak mudah putus asa. Kuat semangat. Tengok macam mana orang kampung nak lawan sistem perundangan Norway. Gila wey. Berani betul. Berani kerana benar.

Lain negara, lain undang-undangnya. Begitu la yang terjadi pada keluarga Chatterjee, cara didikan dia dianggap menjejaskan keselematan anak-anak dia sendiri. 

Sama juga yang berlaku pada satu keluarga Malaysia yang menetap di Sweden. Pasangan suami isteri itu masing-masing dijatuhkan hukuman penjaran 14 bulan dan 10 bulan oleh kerana kesalahan mendera anak. Kalau di negara Asia rasanya cara didikan yang agak kasar ni perkara biasa. Tapi di negara eropah ia dilabelkan sebagai satu kes penderaan. Tapi tu la, kalau nak pukul pon beragak la sikit, ni sampai berbirat badan anak dia.

Jadi korang boleh la layan di Netfix

Terung Bakar Guna Dapur Gas

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera 

Terung Bakar Guna Dapur Gas Hobi ayah CCL sekarang ni memang suka berkebun , memang dah banyak hasil sayuran yang ayah tanam menjadi, dah banyak kali juga tuai. Sekarang ni hasil tetung ungu Dan terung hijau membuahkan hasil tanaman .  Bukan satu dia pokok Tau, berpuluh-puluh pokok juga yang ayah tanam, alhamdulilah membuahkan hasil , kalau dah terlalu banyak ayah kongsi hasil tanaman dengan jiran Dan tolak kepada peniaga-peniaga di pasar tani . 

CERITA CCL, TERUNG BAKAR, TERUNG BAKAR GUNA DAPUR HAS, TERUNG BAKAR AIR ASAM , RESEPI ,KHASIAT TERUNG UNGU

Apabila pokok terung membuahkan hasil sampai  tak tahu nak masak menu apa, Tapi paling tak jemu adalah terung bakar, eish kalau menu ada nasi putih dengan air asam picit pun memang laju ja makan nasi , wajib tambah nasi pulak tue. Cara nak bakar terung ni memang sangat mudah, hangpa tak perlu la nak nak main dengan arang ataupun asap , cuma hanga gunakan dapur gas sahaja, hangpa letak terus sebiji terung tanpa potong apa-apa . Bakar biar terung tersebut menjadi sedikit lembut. Jangan risau kalau bau-bau hangit sikit pada terung . Lagi sedap Tau . Lepas bakar  tu boleh' la potong kecil-kecil .pastikan bahagian dalam tu dah lembut baru sedap di makan . 

Terung ungu baik untuk kesihatan antaranya 
-kaya dengan nutrisi phyto yang diperlukan oleh organ otak 
-kandungam serta yang membantu  menyihatkan sistem pencernaan
-mencegah penyakit diabetes
-membantu menurunkan Kadar kolestrol jahat
-membantu menurunkan tekanan darah tinggi
-kandungan kalsium untuk menguatkan tulang Dan sendi
-kandungan zat besi yang dapat mencegah penyakit anemia


Resepi Bihun Soto Ayam Anti Gagal

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Resepi Bihun Soto Ayam Anti Gagal

Lepas pada beberapa hari raya ni memang dok mai mood teringin nak buat soto, ya sebelum-sebelum ni memang tak pernah buat soto. Makan tu usah dibilang la berkali-kali juga . 


RESEPI, RESEPI BIHUN SOTO AYAM, RESEPI SOTO ANTI GAGAL, RESEPI MUDAH BIHUN SOTO AYAM, BIHUN SOTO, RESEPI MUDAH KUAH SOTO
Bila dah mai mood teringin nak buat soto sendiri ni , apa lagi road to cari bahan-bahan soto . Cari masa sesuai maka terjadilah soto. Bila dah cuba buat sendiri baru tahu , senang betul nak buat kuah soto ni campak-campak je dah siap .. Cumanya tak ada taugeh, merata cari di market dan pasaraya semuanya dah habis . So CCL skip je.


Percubaan pertama memang menjadi , memang sedap . Ni bukan puji diri sendiri tau . Ini berdasarkan juri-juri keluarga CCL . Semua puji sedap dan boleh buat lagi . Bila dengar semua cakap sedap siap request untuk buat lagi raya haji ni auchhh hati melonjak kegembiraan laa . Hilang terus penat-penat memasak tue . 


Sedap or tak sedap CCL terima dengan hati terbuka , tak ada lah pulak kalau komen cakap tak sedap terus hilang mood nak memasak .. Tak boleh begitu .. Sedar diri bukan chef , bukannya  pro nak memasak itu dan ini . So setiap kritikan terimalah dengan hati terbuka . 


Bagi yang nak cuba buat resepi bihun soto ayam anti gagal, hangpa  wajib follow resepi dari group ni . https://m.facebook.com/groups/matjhn.official/permalink/1901121303679067/?mibextid=Nif5oz

Mesti menjadi . 

Busana Raya dari J.Labella Atelier

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Busana Raya dari J.Labella Atelier Asal menjelang Syawal pasti akan ada jenama baju-baju raya yang akan menjadi viral . Viral disebabkan harga yang mahal tapi kualiti kain tidak setanding dengan harga . Senang cerita kualiti out terus . Kalau tahun lepas jenama Leeyanarahman yang banyak netizen persoalkan, tahun ini pulak jenama Bulan Bintang yang paling banyak disebut oleh netizen-netizen di rata-rata media sosial . Mana tidaknya ramai yang kecewa dengan brand tersebut harga mahal tapi kualiti tak setanding harga . Hangpa pun pasti ada tengok juga kan gambar-gambar yang netizen kongsi di media sosial , antaranya ada yang sekali pakai material kain dah berbulu, kain yang mudah pecah, jahitan tidak kemas dan pelbagai lagi. Alahai kesian pulak . Harap-harap team Bulan Bintang dapat upgradekan lagi kualiti .


JLABELLA ATELIER,JENAMA BAJU JLABELLA ATELIER,CERITA CCL,BAJU RAYA JLABELLA ATELIER,
Selesa dengan J.labella Atelier

Untuk family CCL pulak, tak ada sorang pun yang terjebak untuk mencuba Bulan Bintang. Dah beberapa tahun masih selesa dengan jenama J.labella Atelier. Tahun ni pun tetap dengan pilihan jenama tersebut . Sejak-sejak jumpa jenama J.labella Atelier memang susah nak tukar je jenama lain, salah satu sebabnya kalau hangpa terjah website J.labella Atelier memang senang nak cari baju yang matching-matching warna dari sut lelaki mahupun perempuan . So tak payah pening kepala.


Untuk busana lelaki ada baju melayu dan juga kurta. Harga pun berpatutan. Material memang sangat tiptop lah . Jangan risau pakai berkali-kali pun even pakai sampin , seharian beraya kesana kesini tetap takkan ada defect berbulu-bulu. Cuma harap-harap team J.labella Atelier dapat pelbagaikan lagi warna dan juga restock saiz , nak- nak lagi musim raya ni kan . Tak ketinggalan juga busana perempuan pun cantik-cantik. Harga pun ikut bajet korang. Tapi material memang cantik dan sedap pakai . 


Untuk tahun ni  tema dusty pink bagi CCL dan suami dan CCL dan family tema nude . Sedondon gitu. Baju raya tak mahal-mahal pun tak apa , asalkan material kain yang bagus dan selesa dipakai . Beli untuk dipakai berkali-kali kualiti material maintain bagus bukannya beli, pakai sekali terus nak prelove baju tersebut . 


Eh tapi ada juga kan yang pakai sekali, cuci-cuci terus prelove .. 

Photoshoot Raya Kulim 2023 : The White Diary Studio

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Photoshoot Raya Kulim 2023 : The White Diary Studio Salam Aidilfitri semua buat kawan-kawan alam maya CCL . Masih bulan Syawal lagi kan .. So sempat lagi nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri , hari ni baru ada kesempatan nak luang masa, cuci-cuci sawang blog setelah beberapa minggu , beberapa bulan tak sempat nak jenguk blog . Nak maintain untuk update entri setiap hari ni satu cabaran jugak lah .. Kekangan masa betul . Kena cari ruang dan waktu barulah idea menjengah tiba .. Haa tak gitu ..


Ok tak nak buang masa lah .. So nak nak cerita serba sedikit kenangan-kenangan raya untuk tahun ni . Kalau tahun lepas dapat cuti raya . Memang giliran CCL bercuti , so tahun ni terpaksa berkorban lah, tahun ni terpaksa kerja . Adat bila bekerja dengan orang ni kena ada tolak ansur, kena ada sistem giliran barulah adil untuk semua staff-staff . Raya pertama dan raya kedua raya ditempat kerja . Tak berseorangan tapi ada juga kawan-kawan . Walaupun raya pertama dan kedua terpaksa buat overtime . So nak bawa vibes-vibes pagi syawal tue , bawa lah sedikit hidangan juadah raya untuk makan di office , and then pasang laa lagu-lagu raya . Vibes syawal sangat tau . Balik kerja barulah dapat spend time dengan family . 


CERITA CCL,PHOTOSHOOT RAYA, PHOTOSHOOT RAYA KULIM , PHOTOSHOOT RAYA 2023, STUDIO RAYA MURAH , STUDIO RAYA KULIM , STUDIO RAYA 2023,

Ok Syawal ketiga,  dapat beraya bersama suami dan family mertua di Kulim . Raya tahun ni raya agak rushing jugak la, raya ketiga balik kulim, raya ketiga juga kejar untuk photoshoot raya . Oh tahun ni tahun ketiga juga beraya dengan suami selepas berkahwin . Seperti tahun-tahun lepas wajib ada photoshoot raya habuan kenang-kenangan . Tahun pertama cari studio raya di Perlis, tahun kedua pun photoshoot raya di Perlis tapi outdoor je lah sebab raya kalut kan .. Ok untuk tahun ketiga CCL rushing cari studio photoshoot raya di Kulim . Dah alang-alang balik rumah mertua..


Mujurlah seberang negeri Perlis , Kedah tapi kalau jem atas highway mau berjam jam jugak laa kereta bergerak macam siput . So bosan-bosan dalam kereta, godek-godek la dalam facebook dengan carian studio raya kulim . Banyak pilihan, banyak studio yang cantik-cantik . Nak decide masa untuk photoshoot pun gerun jugak laa takut tak sempat dengan masa yang dijanjikan . Decide punya decide alhamdulillah alhamdulillah ada juga rezeki untuk photoshoot saya di Kulim . 


CERITA CCL,PHOTOSHOOT RAYA, PHOTOSHOOT RAYA KULIM , PHOTOSHOOT RAYA 2023, STUDIO RAYA MURAH , STUDIO RAYA KULIM , STUDIO RAYA 2023,

The White Diary Studio, Kulim walaupun admin studio memang sibuk layan customer di studio, alhamdulillah sempat jugak la decide ubtuk slot kosong . So tahun ni merasa jugak la photoshoot raya di studio . Ada 3 props studio raya dengan design yang berbeza . CCL pilih props hijau , dengan baju bertemakan dusty pink untuk tahun ni ..  Walaupun raya ketoga ramai jugak la yang datang photoshoot disini . Tapi jangan risau dalam studio tak bersesak dengan orang ramai so tak ada la segan sangat untuk kita posing-posing. Bagi yang tak reti nak posing-posing , jangan risau team photographer The White Diary Studio akan guide hangpa semua dari start sampai akhir posing . So tak payah fikir nak posing macam-macam mana . Semuanya akan diajar. Hangpa follow ja step photographer tue . 


CERITA CCL,PHOTOSHOOT RAYA, PHOTOSHOOT RAYA KULIM , PHOTOSHOOT RAYA 2023, STUDIO RAYA MURAH , STUDIO RAYA KULIM , STUDIO RAYA 2023,

Selesai photoshoot kena tunggu sekejap dalam 10 hingga 15minit untuk team The White Diary Studio edit gambar hangpa cantik-cantik dan terus dapat thru phone . Team akan transfer terus gambar tadi masuk ke dalam phone . Mudahkan ..selesai transfer terus dapat tengok gambar-gambar shoot tadi..


Untuk tahun depan kalau props cantik-cantik insyaAllah CCL akan repeat lagi . Untuk warga kulim yang mencari photoshoot raya  tahun depan boleh try studio The White Diary, Taman Mutiara Kulim . Acewahhhh awai betul CCL promote . Yes !! Sebab sekarang team depa dah close photoshoot raya untuk tahun ni . 


Bertemu pulak tahun hadapan . Ok untuk kawan-kawan Salam Lebaran, maaf andai ada tersalah dari segi bahasa yang mengguris hati . Salam kosong-kosong