Assalamualaikum dan salam sejahtera
FORMULASI HEBAT "LUMINOUS LUSH MOIST " LIPMATTE CREAMY DARI HAUS COSMETIC Lipstik dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Ia merupakan salah satu kosmetik yang paling banyak disukai oleh wanita termasuk juga CCL. korang jugak mesti tahu lipstik ni tersedia dalam pelbagai jenis warna yang boleh disesuaikan dengan warna bibir , harganya pun lebih murah jika dibandingkan dengan produk kosmetik yang lain.
Sekarang ni banyak lambakan pilihan lipstik yang ditawarkan oleh brand-brand kosmetik lokal atau pun antarabangsa. Tapi yang sering menjadi masalah ketika pakai lipstik adalah tak tahan lama. lipstik jenis ini mudah hilang, apalagi setelah makan, perkara tersebut turut menjadi masalah pada CCL sebagai pemakai lipstik .
So hari ni CCL nak memperkenalkan satu lipstik yang membuatkan CCL jatuh hati pada lipstik tersebut
LIPMATTE TAHAN LAMA DARI HAUS COSMETIC
Tampil bergaya dengan lip matte keluaran Haus Cosmetic dengan 12 pilihan warna moden .Disebabkan peka dengan kehendak ramai gegadis manis yang sukakan lipmatte, Haus Cosmetic pun tidak ketinggalan jugak untuk ikut trend ini.So Muncul la lipmatte yang teksturnya creamy yang dlmenghasilkan formulasi "Luminous Lush Moist "
FUNGSI UTAMA "LUMINOUS LUSH MOIST LIPMATTE DARI HAUS COSMETIC
KELEBIHAN UTAMA LIPMATTE DARI HAUS COSMETIC
- Mempunyai testur yang ringan dan lembut
- Anti rekahan pada bibir
- Anti gelap pada kawasan bibir
- Tak mengeringkan kawasan bibir
- Bebas comot dan senang dioleskan pada bibir
- Selamat digunakan tanpa mengandungi bahan kimia
- Mempunyai tekstur warna yang lebih pekat yang dapat menutupi bahagian bibir dengan satu sapuan ke bibir sahaja
5 BAHAN UTAMA YANG TERDAPAT DALAM LIPMATTE HAUS COSMETIC
12 WARNA YANG MENAWAN DARI LIPSTIK HAUS COSMETIC
Lipmatte dari Haus Cosmetic ini didatangkan dalam 12 warna yang menarik. Warna-warni ini boleh digunakan pada bila-bila masa dan keadaan tidak kira sama ada anda berkulit cerah mahupun gelap.. Kebiasaannya mereka yang berkulit gelap memang susah untuk memilih warna lipstik. Tapi jangan bimbang, dengan 12 warna menawan ini, semua tona kulit sesuai dipadankan.
Nak tahu kehebatan Lipmatte creamy dari Haus Cosmetic ni kenalah cuba sendiri. Korang pasti tak menyesal !
Untuk pembelian terus hubungi mereka.
Website : HAUS COSMETIC
Asalamualaikum dan salam sejahtera
SEGMEN PERTUKARAN BLOGLIST OLEH ABAM KIE
Klik banner untuk join
Syarat-syarat segmen ini adalah seperti berikut:
1. Buat satu entri/blog post bertajuk 'Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie'.
2. Follow blog Abam Kie. Jika dah lama follow atau add, abaikan saja.
3. Letak banner di atas dalam entri tersebut dan backlink di post ini sahaja.
4. Letakkan URL blog Abam Kie i.e. www.zukidin.com di dalam blog list
5. Siap semua, publish entri anda.
TEMPOH PENYERTAAN: 17 APRIL hingga 10 MEI 2020
Assalamualaikum
RESEPI : KARIPAP ROTI GARDENIA BERINTIKAN SARDIN Ada tak kat sini pengemar karipap ? Sini CCL nak share satu resepi mudah untuk pengemar-pengemar karipap. Actually CCL tak da pandai masak sangat, pernah satu ketika dulu try buat karipap ni. Dah try uli-uli doh karipap. Cantik kejadian karipap bila siap goreng alahai keras macam batu . Mungkin portion tepung tak kena gaya so tak menjadi lah karipap .
And now hari ni CCL tunjuk kat korang semua resepi yang paling-paling mudah.tak perlu main dengan tepung. Kali ni buat karipap pakai roti gardenia . Lagi senang sangat takda ambil masa yang la . Jangan tak percaya dengan hanya roti gardenia ni pun korang dah dapat makan karipap
BAHAN-BAHAN
- sardin
- Minyak
- Bawang
- Cili padi
- Roti gardenia
- Kepingan cheese
CARA-CARA
1. Panaskan minyak, masukkan,bawang merah yang dicincang halus, masukkan sardin dan masukkan cili padi. Didihkan seketika dan boleh masukkan dalam bekas dan hancurkan sardin tersebut seperti dalam gambar korang boleh menggunakan sudu ataupun garpu.
2. Roti gardenia tersebut korang wajib giling sehingga nipis macam dalam gambar yer . Takutnya nanti bila korang goreng dalam minyak yang panas takda la dia serap minyak . Make sure giling roti sehingga nipis .
3. Untuk kepilkan karipap korang boleh cuba tekapkan dengan cawan tak pun guna kepil acuan karipap . CCL hanya gunakan acuan karipap untuk kepilkan.
Letakkan roti gardenia yang siap digiling, letak cheese dan sedikit inti sardin.
4. Karipap yang sudah disiap kepilkan. Make sure korang jangan letak inti melebihi had , takut-takut nanti terbuka yer .
5. Panaskan minyak dalam kualli dan masukkan karipap,goreng karipap tidak perlu lama cuma alih-alih biar garing dah boleh angkat. Jangan sampai hangit yer
6.karipap yang dah siap digoreng .tak da serap minyak kalau korang betul-betul nipiskan roti gardenia tersebut.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
K-DRAMA : SINOPSIS THE WORLD OF THE MARRIED COUPLE
Ji Sunwoo (Kim Heeae) ialah seorang doktor perubatan keluarga. Mempunyai suami, Lee Taeo (Park Haejoon) dan seorang anak lelaki, kehidupan wanita ini adalah sangat sempurna. Tetapi panas tidak sampai ke petang apabila wanita hebat ini telah dikhianati oleh suaminya sendiri serta orang terdekat.
Kesemuanya nampak indah sehinggalah pada suatu hari dia terperasan ada sehelai rambut panjang lain di skarfnya. Sunwoo mula membayangkan bahawa suaminya sebenarnya mempunyai perempuan simpanan. Apabila meluahkan mengenai kerisauannya kepada rakan baiknya iaitu Dr Seol Myungseok (Chae Gookhee), namun wanita itu menolak dan mengatakan bahawa dia hanya berfikir perkara yang bukan-bukan.
Disebabkan masih ragu-ragu, Sunwoo telah mengikuti Taeoh untuk berhadapan dengan lelaki itu dan berasa malu apabila suaminya telah ke hospital yang menempatkan ibunya. Tambahan pula, suaminya habis jam kerja jam 5 petang tetapi hanya sampai rumah lebih kurang 7 petang. Suaminya menjelaskan bahawa dia sering ke hospital untuk melawat ibunya sejak Januari lagi. Namun bahagia Sunwoo hanya sementara apabila jururawat di situ mengatakan bahawa pasti ibunya akan gembira kerana anak lelakinya sudah lama tidak melawat dan hanya bersembang di telefon sahaja.
Menggunakan khidmat salah seorang pesakitnya iaitu Hyeonseo (Shim Hyunwoo), wanita itu memintanya mengekori segala gerak-geri suaminya. Daripada situ dia mendapat maklumat bahawa suaminya ada ke sebuah perumahan mewah dan meluangkan masa yang lama di sana. Meskipun tidak mendapat gambaran wajah skandal suaminya dengan jelas, dia mengetahui maklumat nombor pendaftaran kereta wanita itu.
Semasa di sambutan parti hari jadi Taeoh, Sunwoo sudah boleh bau suaminya itu curang bersama dengan Dakyeong (Han Seohee) iaitu anak kepada pesakitnya, Sunkyung (Uhm Hyojung) yang merupakan bekas Miss Korea. Menerusi informasi Hyeonseo, wanita itu mendapatkan kunci kereta suaminya dengan alasan untuk mendapatkan kamera walhal dia mahu menggali isi beg yang disorokkan oleh lelaki tersebut. Daripada situ, dia dapat menyelongkar pelbagai barangan peribadi seperti pakaian dalam, kondom dan barangan bilik mandi.
Lebih memeranjatkan apabila kesemua rakan yang dikenalinya seperti Myungseok sebenarnya tahu mengenai hubungan sulit suaminya. Mereka semua menipu dia hidup-hidup meskipun mengakui sebagai teman baiknya. Myungseok jugalah yang memaklumkan kepada Taeoh bahawa isterinya seperti sudah dapat menghidu kecurangannya selain memberi kemas kini waktu pulang Sunwoo hampir setiap hari.
Dokyeong dan Taeoh juga dalam diam memegang tangan masing-masing meskipun berada di tempat umum. Lagi pula, Dokyeong meminta kekasihnya itu supaya meninggalkan Sunwoo selain melakukan adegan intim yang dalam diam sebenarnya telah dirakam oleh seorang lagi pesakit Sunwoo iaitu Dongshik. Sunwoo jadi tak tentu arah apabila perempuan simpanan suaminya telah datang ke tempat kerjanya untuk mendapatkan rawatan. Mengejutkan apabila gadis itu kini sedang mengandung dan dia semakin kecewa dengan aturan hidupnya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI : SAMBAL TELUR PECAH
BAHAN-BAHAN
- minyak masak
- Cili kering
- Bawang merah
- Bawang putih
- Air asam jawa
- Belacan
- Garam/gula
- Air
- Telur
CARA-CARA
1. Blendkan cili kering, bawang putih
2. Panaskan minyak, dan masukkan bahan-bahan yang diblend tadi . Masak sambal tersebut sehingga betul-betul masak.
3. Masukkan sedikit gula , garam ,air asam jawa dan juga sedikit belacan, masak sebati sehingga sambal pecah minyak
4. Pecahkan telur ke dalam kuah sambal dan masukkan sedikit air
5. Kacau-kacau bahagian putih telur sehingga nampak sedikit hancur, biar sebati dengan kuah
6. Dah siap ! Sambal telur pecah . Pecah telur iku citarasa korang macam CCL hanya hancurkan telur putih sahaja, telur kuning dibiarkan separuh masak .
Selamat mencuba