IKLAN RAYA SHOPBACK 2019 : SAYANG BUAT HAL NAK RAYA SHOPPING


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA SHOPBACK 2019 : SAYANG BUAT HAL NAK RAYA SHOPPING  Kelainan yang sangat lain. Maksud Mooveits, memang betul-betul lain. Mana Shopback terfikir untuk buat iklan parodi ni. Siapa punya kerja ni. ahahaha



IKLAN RAYA MALAYSIA AIRLINES 2019 : SAMA-SAMA BALIK KAMPUNG


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


IKLAN RAYA MALAYSIA AIRLINES 2019 : SAMA-SAMA BALIK KAMPUNG  Hari Raya Aidilfitri adalah istimewa buat kami di Malaysia Airlines. Kami bukan sahaja dapat menerbangkan ribuan rakyat Malaysia pulang ke kampung, malah kami juga dapat menyatukan mereka bersama yang tersayang, tempat yang dekat di hati dan banyak lagi. Apakah detik yang paling anda nantikan pada Hari Raya ini?




IKLAN RAYA AIRASIA 2019 : HARI RAYA EXCITEMENT


Assalamualaikum & salam sejahtera 

IKLAN RAYA AIRASIA 2019 : HARI RAYA EXCITEMENT Filem ringkas pendek webshortfilm sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri daripada AirAsia. Di saat anda bersiap untuk menyambut AidilFitri, kami bersedia untuk menyambut anda. It's nearly Hari Raya! Are you as excited as we are? Take a look at how we're prepping to bring you home this festive season!





IKLAN RAYA MITHUBISHI 2019 : RUMAH NENEK


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA MITHUBISHI 2019 : RUMAH NENEK   Iklan raya yang menceritakan perjalanan hidup sering membawa kita menempuh pelbagai detik manis dan pahit. Sejauh mana kecekalan mampu membawa kebahagiaan, dan sejauh mana kita mampu kembali ke titik asal di akhirnya.

Ada yang mampu merancang dan menyusun detik Syawal indah nanti, namun ada yang hanya tersenyum berbekalkan secebis memori.

Iklan raya Mitsubishi.Penceritaannya ringkas namun setiap saat digunakan untuk mempromosikan produk Mitsubishi.Inilah fungsi iklan dan musim raya adalah waktu terbaik menarik penonton.




IKLAN RAYA MAXIS 2019 : DERIA TAKBIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera

IKLAN RAYA MAXIS 2019 : DERIA TAKBIR Kisah seorang kanak-kanak bernama Faiz yang kurang upaya pendengaran memang menyentuh rasa. Buat kita yang lengkap pancaindera pasti akan terkesan dengan iklan Hari Raya 2019 daripada Maxis ini. Kisah hari raya Faiz dalam iklan Maxis Raya 2019, Deria Takbir.




IKLAN RAYA GRAB 2019 : GRAB KEMBARA MASA DALAM #BUANGBALIKRAYA


Assalamualaikum & salam sejahtera 

IKLAN RAYA GRAB 2019 : GRAB KEMBARA MASA DALAM #BUANGBALIKRAYA Masa Hari Raya, ramai datang menziarahi kita.Kadang-kadang, krisis pun datang ziarah. Aidil-fitri ini, jom kita ziarah iklan-iklan popular bersama Grab dan selesaikan krisis-krisis ini. Bila raya lebih senang, anda boleh luangkan lebih masa meraikan bersama keluarga. Cuba teka ke manakah Iedil telah ziarahi.



IKLAN RAYA YEO'S 2019 : RAYA BERGAYA 2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA YEO'S 2019 : RAYA BERGAYA 2019 Kebiasaannya iklan raya 2019 dimeriahkan dengan iklan tanpa banyak promosi. Namun tahun 2019 ini rata-rata produk telah memilih untuk menghasilkan iklan raya yang berbentuk promosi. Boleh la korang cuba untuk memenangi hadiah sempena pertandingan Raya bergaya. Ada yang dah join?



IKLAN RAYA COURTS 2019 : JIMAT RAYA SEMPURNA RIA


Assalamualaikum & salam sejahtera 


IKLAN RAYA COURTS 2019 : JIMAT RAYA SEMPURNA RIA  Tahun ni konvoi Raya nak terjah rumah Ahmad Jimat. Jom tengok gelagat keluarga Ahmad Jimat - Ros Boros, Salleh Pemilih, Emma Jenama dan Cakar.

"Jimat jimat, jimat jimat di Courts,
Senang senang, senang senang di Courts,
Jimat jimat, semuanya ada di Courts,
Jimat Raya Sempurna di Courts




IKLAN RAYA UMOBILE 2019 : #UCUBATRY RAYA LUAR BIASA TENGKOLOK RAYA


Assalamualaikum & salam sejahtera 

IKLAN RAYA UMOBILE 2019 : #UCUBATRY RAYA LUAR BIASA TENGKOLOK RAYA Songkok dah biasa dipakai di Hari Raya. Tahun ni, apa kata kita tampil dengan kelainan sikit buat si jejaka. #UCubaTry lahh up kan balik memakai tengkolok. Confirm segak dan kemas dipandang si gadis.






IKLAN RAYA SUN LIFE 2019 : KETUPAT LEJEN


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA SUN LIFE 2019 : KETUPAT LEJEN Siapa yang lejen menganyam ketupat? Memang terbaik la iklan dari SunLife ni. Ketupat Lejen dari Nenek Lejen lebih Lejen dari Mobile Legend


IKLAN RAYA PUSAT PAKAIAN HARI-HARI 2019 : DUGAAN RAYA


Assalamualaikum & salam sejahtera 


IKLAN RAYA PUSAT PAKAIAN HARI-HARI 2019 : DUGAAN RAYA Dah cantik pakai baju raya serba baru, juadah raya pun sudah dihidang tapi ada je yang tak kena. Kadang-kadang apa yang kita rancang jadi sebaliknya. Itulah dugaan raya namanya.



IKLAN RAYA ALHA ALFA 2019 : ABANG BERHARAP


Assalamualaikum & salam sejahtera 


IKLAN RAYA ALHA ALFA 2019 : ABANG BERHARAP Sebuah harapan yang disimpan oleh seorang abang di hari raya. Satu cerita yang di olah ringkas dan membawa mesej yang baik kepada penonton



IKLAN RAYA FASHIONVALET 2019 : JALAN RAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera

IKLAN RAYA FASHIONVALET 2019 : JALAN RAYA FashionValet membuat kelainan untuk iklan hari raya 2019 dengan menggunakan pendekatan interaktif yang kreatif! Penonton diberi arahan untuk memilih jalan cerita sendiri! Macam siri Black Mirror: Bandersnatchpun ade juga. Tapi bagi CCL , FashionValet berani membuat kelainan! Ada siapa yang dah test sehingga habis?




IKLAN RAYA SINAR TV & GM KLANG 2019


Assalamualaikum & salam sejahtera 

IKLAN RAYA SINAR TV & GM KLANG 2019 Ada sedikit persamaan dengan iklan Thailand. Intipatinya mengenai client yang cerewet dan mahukan semuanya perfect. Tidak mengapa. Raya tetap raya, GM klang sudahpun menyiapkan iklan raya paling rare. Nake tahu apa yang rare? Tontonlah!


IKLAN RAYA USIM 2019 : SUPRISE RAYA


Assalamualaikum & salam sejahtera 

IKLAN RAYA USIM 2019 ; SUPRISE RAYA Berkisahkan tentang seorang mahasiswa membahagikan masa antara persiapan raya bersama keluarga dan persiapan menghadapi peperiksaan.. dan yang paling penting “Setinggi manapun cita-cita kita, takkan tercapai tanpa restu mereka" Dihasilkan oleh Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) USIM dengan kolaborasi bersama mahasiswa USIM (StraComm Clique). Maka terhasilkan "Surprise Raya"...nak tahu apa yang surprise tu...jom saksikan!



DATANG BULAN PADA 10 RAMADHAN TERAKHIR ? INI 7 AMALAN KEBAIKKAN BOLEH DILAKUKAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera

DATANG BULAN PADA 10 RAMADHAN TERAKHIR ? INI 7 AMALAN KEBAIKKAN BOLEH DILAKUKAN  Dalam 10 malam terakhir Ramadan ini, pasti ramai di antara kita ingin membuat banyak amal kebaikan dan beribadah untuk mendapatkan Lailatul Qadar.

INFO, 10 TERAKHIR RAMADHAN , MALAM LAILATUL QADAR,


"Kalau kita 'uzur' pada 10 terakhir Ramadhan, apa yang kita boleh buat untuk mendapatkan Lailatul Qadar?" Jangan risau wahai golongan wanita. Walaupun korang tak dapat puasa, solat dan membaca Al-Quran pada 10 akhir Ramadhan, masih banyak amal kebaikan yang boleh dimanfaatkan.


1. Menyediakan makanan berbuka. Boleh sediakan untuk sesiapa sahaja. Masak dan sediakan untuk ahli keluarga sendiri pun dah dapat pahala orang yang berpuasa dah. Kalau tak sempat masak. Boleh beli sahaja. Berikan untuk orang lain berbuka puasa.


2. Menyediakan makanan sahur. Selain mendapat pahala memberi makan orang lain, ia juga memberi peluang untuk turut menghidupkan waktu sahur dengan qiyamullail.Qiyamullail tak semestinya solat. Boleh dalam bentuk zikir, istighfar dan doa. Doa banyak-banyak, waktu mustajab ni.


3. Menjauhi larangan agama. Jangan kerana tidak puasa, terus lalui hari 10 terakhir Ramadhan dengan perkara yang lalai dan sia-sia.Manfaatkan masa dengan kebaikan. Jaga mata, jaga telinga, jaga mulut dan jaga anggota badan daripada perkara yang dilarang.


4. Banyakkan berdoa dan berzikir. Sepanjang bulan Ramadhan adalah waktu mustajab berdoa.Lebih-lebih ketika waktu berbuka, waktu bersahur dan 1/3 malam. Sambil-sambil tolong siapkan makanan tu, banyakkan berdoa


5. Mengingatkan ahli keluarga kepada kebaikan. Ingatkan ahli keluarga yang lelaki supaya solat fardhu dan solat terawih berjemaah di masjid. Jika ada ahli keluarga dalam kalangan anak kecil, tolong jagakan. Mudahkan ahli-ahli keluarga lain untuk beribadat.


6. Menyibukkan diri menuntut ilmu. Manfaatkan masa dengan menghadiri majlis ilmu, mendengar ceramah agama, membaca buku ilmiah, mendengar bacaaan Al-Quran, membaca tafsir Al-Quran dan sebagainya. Yang penting, dapat menambahkan amal kebajikan dan manfaat buat diri.


7. Banyakkan bersedekah dan derma. Nabi swt sendiri menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan. Rebutkan pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadhan dengan bersedekah. Lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadhan. Perbanyakkan sedekah


Kepada kaum Hawa, masih terbuka luas peluang untuk merebut pahala ibadat 10 malam terakhir Ramadhan. Keep it up






IKLAN RAYA ADABI 2019 : PAK DUAN & CALON MENANTU


Assalamualaikum & salam sejahtera 


IKLAN RAYA ADABI 2019 : PAK DUAN & CALON MENANTU Kita akan buat apa saja untuk menang hati mak mertua ye dok, tak kisah lah kalau ada mesin masa sekalipun kita balun aje sampailah mak mertua kita suka. Tapi kan sampai mana aje limitasi mesin masa yang boleh si Kassim Jumaat nih gunakan? kalau korang dapat putarkan Masa, apa yang korang akan buat? jom kita tengok iklan raya dari Adabi nih .



IKLAN RAYA MR.DIY 2019 : TETAMU VVVVIP HAJI BAKHUL


Assalamualaikum & salam sejahtera 


IKLAN RAYA MR.DIY 2019 : TETAMU VVVVIP HAJI BAKHUL Hmmm siapa sebenarnya tetamu VVVVIP Haji Bakhul nih? Saksikan jugak dilema Lebu & Lebi menguruskan Rumah Terbuka Raya Haji Bakhul tahun ni…hihi! Hmmm who is actually Hajj Bakhul's VVVVIP guest? Watch Lebu & Lebi dilemma in managing Haji Bakhul Open House this year ... hihi!




IKLAN RAYA SYUKOR KERBAU 2019 : RAYA DI HUJUNG TANDUK


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA SYUKOR KERBAU 2019 : RAYA DI HUJUNG TANDUK Filem pendek raya yang mengisahkan tentang hubungan akrab adik dan abangnya. Kemunculan pertama Syukor Khamis dalam layar lakonan.




IKLAN RAYA MISMIS 2019 : ALONG NAK BALIK RAYA


Assalamualaikum & salam sejahtera 

IKLAN RAYA MISMIS 2019 : ALONG NAK BALIK RAYA  Kesian Pakcik ni beli barang pakai duit syiling jer nasib baik ada seorang gadis yang baik sudi membantu bayarkan. Berkat sedekah gadis ini dapat ganjaran yang lebih besar.


IKLAN RAYA RHB GROUP 2019 : KETEPIKAN SEGALA PERBEZAAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera

IKLAN RAYA RHB GROUP 2019 : KETEPIKAN SEGALA PERBEZAAN Seorang guru yang amanah dan jujur dalam tugasnya akan memberikan sepenuh tenaga dan usaha bagi membantu anak didiknya cemelang dalam pelajaran. So korang pernah dengar cerita tak pasal  guru berbangsa melayu membantu anak muridnya yang berbangsa cina untuk lebih percaya diri? RHB membawakan iklan raya yang unik dengan membawakan kisah mereka ke dalam iklan. Tonton sampai habis tau!




IKLAN RAYA WOW SYAFIQ KYLE 2019 : WOW SYAFIQ KYLE MASAK RENDANG UNTUK FAMILY


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA WOW SYAFIQ KYLE 2019 : WOW SYAFIQ KYLE MASAK RENDANG UNTUK FAMILY  Wow! CCL pon kata wow bila tengok iklan raya 2019 Syafiq Kyle ni. Diorang berjaya meng-hire produksi yang tip top. Jom usha.



IKLAN RAYA AKPK 2019 : PROJEK AZIM DAN ADIK


Assalamualaikum dan salam sejahtera

IKLAN RAYA AKPK 2019 : PROJEK AZIM DAN ADIK  Bagus betul Azim dan adiknya sanggup cari jalan macam mana nak kutip hutang dari orang kampung yang berhutang kat kedai runcit milik bapa mereka. Macam-macam cara dorang buat tapi cara terakhir tu memang win. Tak sangka akak wongshu wongshu pun berhutang kat kedai runcit ni.Yang nak mintak hutang dengan member tu boleh ler cuba cara adik2 ni hehehe.


IKLAN RAYA FLIPPER 2019 : SELAMAT HARI RAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA FLIPPER 2019 : SELAMAT HARI RAYA  Kenangan zaman kanak-kanak yang tak pernah mereka lupakan. Kalau nak tahu apa aktiviti diorang waktu kecik-kecik dulu, tengokla iklan raya Flipper ni sampai habis!


IKLAN RAYA GOODDAY 2019 : MAMAT TRENDING KEEP IT REAL


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA GOODDAY 2019 : MAMAT TRENDING KEEP IT REAL Hah! dia buat lagi! Pendekatan yang tranding serta viral memang sinonim dengan kita. Semua nak viral. Semua nak tranding. Masing-masing mahu jadi yang pertama! So nak share dengan korang apa erti tranding bersama Goodday. Selamat menonton.



IKLAN RAYA HONG LEONG BANK 2019 : KASIH TAK BERWAJAH


Assalamualaikum & salam sejahtera

IKLAN RAYA HONG LEONG BANK 2019 : KASIH TAK BERWAJAH  Semua orang ada impian lebih-lebih lagi kanak-kanak. Ikuti impian adik ini bersama Hong Leong Bank. Selamat menonton!



IKLAN RAYA KLIA EXPRESS 2019 : TRILOGI KUIH RAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA KLIA EXPRESS 2019 : TRILOGI KUIH RAYA  Jom kita tengok iklan dari KLIA Express yang memaparkan tiga trilogi kuih raya 

Perjalanan balik kampung Pak Cik Muhammad dan Mak Cik Azizah bertambah rumit apabila mereka tersedar bahawa beg kuih raya Mak Cik Azizah telah hilang. Dimanakah agaknya beg kuih tersebut? Saksikan kisah ini dalam Trilogi Kuih Raya: Cerita Pak Cik dan Mak Cik.



Dapatkah Aidil mencari Pak Cik dan Mak Cik untuk memulangkan beg kuih raya mereka?

Ikuti pencarian Aidil dalam Trilogi Kuih Raya: Cerita Aidil







IKLAN RAYA TNB 2019 : KONVOI EPIK FANTASTIK


Assalamualaikum & salam sejahtera 

IKLAN RAYA TNB 2019 : KONVOI EPIK FANTASTIK  Pengalaman balik ke kampung yang menjadi sebahagian tradisi Aidilfitri setiap tahun menjadi idea utama iklan raya Tenaga Nasional Berhad (TNB), kali ini. Tahun ini, TNB memaparkan iklan raya mengetengahkan tradisi kunjung-mengunjungi pada musim perayaan bertajuk ‘Konvoi Epik Fantastik"

“Iklan raya kali ini memaparkan unsur kekeluargaan seperti tolak ansur, hormat-menghormati, kesefahaman dan keikhlasan dalam mengukuhkan hubungan silaturahim, seterusnya menjadikan ia lebih erat dan bermakna."


Konvoi Epik Fantastik yang memaparkan pengalaman dan tradisi sambutan hari raya seorang gadis bandar, Nabila yang berkonvoi ke 10 rumah adik-beradik datuknya.Sepanjang perjalanan itu, terdapat pelbagai babak menyentuh perasaan dan mencuit hati bagi memastikan tradisi kunjung-mengunjungi diterapkan dalam masyarakat.




IKLAN RAYA WATSONS 2019 : ADA HATI RAYA MENJADI-JADI


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA WATSONS 2019 : ADA HATI RAYA MENJADI-JADI  Nak dekat musim raya inilah banyak iklan-iklan raya yang win anda akan tonton. Demi menyambut mood raya yang berlegar-legar di kalangan Umat Islam, Watsons turut mengeluarkan iklan raya.Menariknya, kali ini Watsons menampilkan Ayda Jebat sebagai watak utama dalam iklan raya Watsons iaitu  ' ada hati raya menjadi-jadi'

Kalau korang tengok iklan raya Watsons ini,CCL percaya ramai yang kuat berangan seperti Ayda Jebat dalam video ini kan.




IKLAN RAYA PLUS 2019 : TUMPANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah nasib! Nak balik raya tertinggal bas pulak dekat R&R. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) juga tidak ketinggalan menerbitkan iklan khas sempena sambutan hari Raya Aidilfitri tahun ini.Memilih tema kekeluargaan, PLUS menampilkan iklan menggunakan konsep filem sesawang bertajuk Tumpang yang memaparkan perjalanan pulang ke kampung seorang pemuda, Amir yang terpaksa menumpang lori Pak Man setelah tertinggal bas.

Tanpa menggunakan nama besar dalam bidang lakonan, iklan tersebut berjaya menyentuh jiwa dengan mesej mendalam tentang kepentingan menghargai kehadiran keluarga ketika sambutan perayaan utama umat Islam di negara ini.


IKLAN RAYA TM UNIFI 2019 : LEMAN LEBIH IS LEBIH OVER


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


IKLAN RAYA TM UNIFI 2019 : LEMAN LEBIH IS LEBIH OVER This is Raya ,kali ni Unifi menampilkan watak Leman Lebih .Leman nakkan yang lebih dan terbaik untuk keluarganya pada hari Raya . Apa yang lebih ? Jom tengok iklan ini 


IKLAN RAYA PETRONAS 2019 : RENDANG SORAYA



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA PETRONAS 2019 : RENDANG SORAYA  Kisah Rendang Suraya. Tengok Sampai Abis Mesti Sebak. Air tangan ibu tiada tandingannya, mampukah Suraya  menandingi  keistimewaan resepi rendang tradisi ibunya. Jom kita tengok iklan dari Petronas ini. 


IKLAN RAYA ASTRO 2019 : RAYA KUASA 7


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA ASTRO 2019: RAYA KUASA 7 Acap kali tibanya Hari Raya, Astro pasti tampil dengan temanya tersendiri. Evolusi tema Aidilfitri ini dapat dilihat dari era Eratkan Jalinan, Kosong-kosong, Meriah Bersama dan diteruskan dengan Sempurna Seadanya bagi tahun ini. Di sebalik prosa puitis ‘Sempurna Seadanya’, terselit makna yang sungguh mendalam iaitu cinta tak mengenal sesiapa dan kasih sayang mengatasi segalanya. Bukan kebendaan yang dicari, namun kehadiran kita yang dinantikan oleh keluarga pada Aidilfitri ini.

Tahun ini, Raya Kuasa 7 tampil untuk meneruskan tradisi iklan Raya Astro - padat dengan hiburan, nasihat dan kejutan.



Iklan ini mengisahkan keluarga Apai, yang mana setiap daripada mereka ingin menunjukkan kehebatan masing-masing semasa Hari Raya. Namun, mereka terlupa, kuasa sebenar bukanlah pada barangan yang mereka pakai, namun pada kebersamaan ketika beraya. Menariknya, iklan ini menampilkan hero Gaya Ori sekali lagi - Wak Nik dan cameo istimewa daripada Tok Wan, yang tidak asing lagi dalam dunia Astro. 

IKLAN RAYA JAKEL 2019 : RAGAM ISTERI BERAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera . 

IKLAN RAYA JAKEL 2019 : RAGAM ISTERI BERAYA  Iklan raya dari Jakel kali ni menampilkan ragam isteri  beraya . Siapa yang nak tahu macam mana nak tackle suami untuk shopping raya, boleh sangat tiru si Suraya ni.


REVIEW : ANTIOXIDANT SERUM BY SANNY & JOLEEN LIFESTYLE


Assalamualaikum dan salam sejahtera

REVIEW : ANTIOXIDANT SERUM BY SANNY & JOLEEN LIFESTYLE  Apabila usia meningkat, kita semua dinasihatkan untuk pakai serum, umur berapa digalakkan pakai serum ? Umur paling tepat digalakkan pakai serum adalah 25 tahun ke atas, umur ini adalah disarankan wajib pakai serum kerana tanda-tanda penuaan, seperti kedutan, garis-garis halus , jeragat dan kurang kelembapan. serum yang dikatakan bertindak lagi hebat daripada krim pelembap. Tapi itulah apa sebenarnya fungsi serum kepada kecantikkan kulit ?


antioxidant serum, antioxidant serum by sanny & joleen lifestyle, cara pakai serum, REVIEW, tips kecantikkan, tips memakai serum, Tips memilih serum,


Kali ni CCL nak review satu Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle . Serum biasanya hadir dalam bentuk cecair yang bertekstur ringan dan bebas minyak. Ia juga dipanggil sebagai eliksir, walaupun sering dibotolkan dalam sebuah botol kecil tetapi serum ni mengandungi sejumlah bahan aktif yang terbaik untuk kulit wajah. Serum biasanya memiliki konsentrasi tinggi bahan aktif seperti asid amonia, antioksidan vitamin, pencerah kulit , hidrasi atau eksfoliasi.

Semua keperluan serum untuk mengekalkan kecantikkan terdapat dalam serum termasuk vitamin dan antioksidan yang berfungsi menembusi masuk ke dasar kulit lebih jauh , pantas ,mudah berbanding dengan cecair pelembap biasa. Kuasa serum meresap jauh ke dasar kulit melalui molekul zatnya yang merupakan partikel kecil dan bekerja jauh lebih tinggi sebanyak 10 kali ganda berbanding krim wajah biasa.


antioxidant serum, antioxidant serum by sanny & joleen lifestyle, cara pakai serum, REVIEW, tips kecantikkan, tips memakai serum, Tips memilih serum,


Antioxidant Serum by Sanny & Joleen Lifestyle mengandungi Vitamin E, tocotrienol , tokoferol, vitamin B5, vitamin B3, candulia oil dan olive oil . Tocotrienol terbukti lebih kuat antioksidant berbanding vitamin E , manakala tokoferol pula adalah sumber dari kelapa sawit yang dapat melindungi cahaya matahari, radiasi dan ozon ultraviolet. Formula khas yang ada pada Antioxidant Serum by Sanny & Joleen Lifestyle ini mampu membantu memperlahankan proses penuaan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang sintesis kolagen kulit .


KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM ANTIOXIDANT SERUM



antioxidant serum, antioxidant serum by sanny & joleen lifestyle, cara pakai serum, REVIEW, tips kecantikkan, tips memakai serum, Tips memilih serum,



  • aqua
  • Niacinamide
  • Glycerin
  • Trehalose
  • Citrus reticulata peel extract
  • Yeast beta glucan
  • Sodium acrylates copolymer
  • Sorbitan caprylate
  • Panthenol
  • Lecithin
  • Tocotrienols
  • Calendula seed oil
  • Olive fruit oil
  • Propanediol
  • Benzoic acid
  • Tetrasodium glutamate diacetate3


ANTIOXIDANT SERUM BEBAS DARI KANDUNGAN BERBAHAYA


antioxidant serum, antioxidant serum by sanny & joleen lifestyle, cara pakai serum, REVIEW, tips kecantikkan, tips memakai serum, Tips memilih serum,

  • tiada natrium laureth sulfate
  • Tiada derivatif haiwan
  • Tiada minyak mineral
  • Paraben
  • Tiada detergent harsh
  • Bebas dari alkohol
  • Tiada EDTA
  • tiada warna buatan
  • Tiada propylene glycol
  • Tiada warna sintetik


ANTIOXIDANT SERUM MEMBANTU DARI SEGI

  • Mengurangkan bintik-bintik hitam
  • Mengurangkan jeragat
  • Menghilangkan jerawat
  • Menghilangkan parut pada wajah
  • Menghilangkan kesan sinaran matahari pada kulit wajah
  • Mengurangkan strech mark
  • Melicinkan dan mencerahkan kulit wajah
  • Mengecilkan saiz pori kulit
  • Membaiki tekstur kulit lebih sihat
  • Membaiki tona kulit lebih sekata


TEKSTUR ANTIOXIDANT SERUM


antioxidant serum, antioxidant serum by sanny & joleen lifestyle, cara pakai serum, REVIEW, tips kecantikkan, tips memakai serum, Tips memilih serum,

  • tekstur serum ini berwarna putih kelabu seperti cloudy colour serum ini sangat high-concetrated dengan sedikit bahan yang ringan (mild)
  • Mempunyai bau yg mild tidak menusuk hidung
  • Sesuai untuk semua jenis kulit wajah
  • Tidak berminyak dan tidak melekit
  • Mudah kering dan meresap ke dalam kulit wajah
  • Menjadikan kulit wajaj lembap.
  • Dihasilkan dari bahan semula jadi dan selamat untuk digunakan


CARA PENGGUNAAN 

  • titiskan beberapa titik serum pada kulit wajah, ratakan dap dap pada wajah .


DARI SEGI PEMBUNGKUSAN ANTIOXIDANT SERUM


antioxidant serum, antioxidant serum by sanny & joleen lifestyle, cara pakai serum, REVIEW, tips kecantikkan, tips memakai serum, Tips memilih serum,

  • Dipacking dalam pek pembungkusan yang ringkas berwarna putih
  • Produk ini juga lebih fokus terhadap kandungan di dalam serum tersebut berbanding pembungkusan.
  • Antioxidan serum ini terdapat dua pilihan dari segi kuantiti iaitu antioxidant serum 10ML berharga RM49.00 manakala 30ML berharga RM97


KEBERKESANAN ANTIOXIDANT SERUM TERHADAP PENGGUNA .



antioxidant serum, antioxidant serum by sanny & joleen lifestyle, cara pakai serum, REVIEW, tips kecantikkan, tips memakai serum, Tips memilih serum,

First time CCL mencuba Antioxidant Serum dari Sanny & Joleen Lifestyle . Alhamdulillah selama 3 minggu CCL konsisten pakai serum ni 2 kali dalam sehari pada waktu pagi dan juga malam selepas rutin mencuci muka ada juga kesan pada kulit wajah CCL . Salah satunya , jerawat di pipi kiri kanan semakin mengecut dan parut-parut jerawat lama semakin lama semakin pudar . Agak-agaknya kalau CCL terus konsisten lagi serum ni kulit mula CCL akan bersih tanpa sebarang cela seperti jerawat dan parut jerawat degil . Penggunaan yang mudah cukup hanya 4 titisan serum ni pada dahi, dagu dan pipi kiri kanan, sapukan sama rata . Ingat teknik nak ratakan serum juga penting bagi serum meresap ke dalam kulit . Baca sini TIPS PEMAKAIAN SERUM  & TIPS KEBAIKKAN SERUM PADA KULIT WAJAH. Penggunaan dengan kuantiti yang banyak sebenarnya tak efektif untuk serum cukup la sekadar beberapa titis di dap dapkan saja pada kulit muka. 

Antioxidant serum ni juga sesuai untuk semua jenis kulit, kalau korang tanya CCL skin jenis apa, ok skin CCL jenis combination to oil , so bila apply serum ni pada kulit wajah tak da rasa berminyak or rasa melekit lekit . Tesktur serum ni memang sangat ringan dan paling best mudah meresap ke dalam kulit wajah . Kulit akan rasa lembap selepas penggunaan Antioxidant Serum ini . 

Korang jangan was-was untuk menggunakan produk ini yang semestinya memdapat kelulusan dari pihak KKM.Selain itu kandungan yang ada pada serum ini juga terdiri daripada bahan semulajadi dan selamat untuk digunakan





Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website: https://sannyjoleen.com/
Lokasi Stokis: https://sannyjoleen.com/stores/
FB: https://www.facebook.com/sannyjoleen/
IG: https://www.instagram.com/sannyjoleen/?hl=en 


GIVEAWAY RAMADHAN/SYAWAL 2019 BY SHA MOHAMED



assalamualaikum dan salam sejahtera 




klik banner untuk join 


Syaratnya sangat mudah:-
1. Follow blog kasihkuamani
2. Follow Instagram Sha @kasih_shadz
3. Buat satu entry dengan tajuk "Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed".
4. Bubuh benner diatas dan backlink ke entry ini.
5. Jangan lupa bubuh link entry di komen.

Hadiahnya:-
Buku Kumpulan Cerpen Tunjukkan Aku Arah Kiblat oleh Maria Kajiwa untuk 8 orang pemenang

Tempoh Giveaway 29.04.2019 hingga 10.05.2019..
Pengumuman pemenang pada 10.05.2019..

Makluman
Pemilihan pemenang menggunakan Random.org
Penghantaran hadiah menggunakan FlexiPrepaid (tempoh masa adalah seperti pos biasa)