APAKAH MAKSUD TUNANG???
Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?
Ustaz Azhar Idrus Jika seorang lelaki menyatakan hasrat
kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri
dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun
ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan:
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan
hasrat berkahwin kepada pihak perempuan.
Apabila pihak perempuan berkata setuju,
maka perempuan itu sudah dikira
menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan,
"Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila..,"
jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju,
dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut;
walaupun ia disebut dalam telefon. Jadi, haram bagi lelaki lain untuk
masuk meminang jika hal itu diketahui.
Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu,
maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang
menghantar rombongan meminang untuk
lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam.
Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam,
bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan
oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya,
ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan
pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak
seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh
menjadi tunang orang tanpa kita sedar.
Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang,
bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan'
dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?' "
Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak.
Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat;
ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang.
Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat.
Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat,
tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja.
Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat....
3 Ulasan
Wah..benda-benda cmni selalu tidak diambil beratkan. THanks for sharing..Nelly baru tahu..lepas nie tak boleh men cakap ja..:)
BalasPadamok..welcome.. :-)
BalasPadamterimakasih telah berbagi informasi yang bermanfaat
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan