Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula, namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut.
Jiran disekeliling kawasan Villa Nabila pula mengesahkan bahawa rumah tersebut telah dirompak oleh sekumpulan perompak. Rumah itu dikatakan dihuni oleh seorang lelaki melayu berkerabat raja dan isterinya pula seorang warga Singapura bernama Christine. Dikatakan semasa rompakan tersebut Christine dan Nabila telah dirogol beramai-ramai oleh perompak tersebut dan kemudiannya dibunuh dengan kejam. Mayat-mayat mereka disimen di dalam dinding rumah tersebut. Dikhabarkan juga selepas 20 tahun kes itu, ada seorang ingin membeli Villa tersebut. Namun demikian, beliau sering dihadiri mimpi berkenaan keluarga tersebut. Dikhabarkan beliau bersetuju untuk menyempurnakan mayat keluarga tersebut.
Namun ada sumber mengatakan sekarang ini Villa Nabila itu sebenarnya dijadikan oleh remaja rempit untuk bersembunyi sewaktu dikejar oleh polis trafik. Kalau mereka berhenti berhampiran rumah lain, pemilik rumah akan memberitahu pihak polis, mereka bukan kaum keluarga. Lebih menarik lagi, saya difahamkan, sebilangan remaja terbabit juga mengambil peluang mengadakan hubungan seks di villa itu kerana tidak ramai orang ke situ pada waktu malam.
1 Ulasan
salam blogging...seram ye
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan