November Ini

Assalamualaikum dan hai semua ! 

November Ini Dah masuk bulan November pun. . Tinggal dua bulan ja lagi sebelum kita melangkah ke tahun baharu. Cepat betul masa berlalu kan?

CCL ternampak satu perkongsian yang cukup menarik tentang November. Ada satu ayat yang CCL suka, iaitu kita sebenarnya lebih kuat daripada apa yang selama ini kita sangkakan.. terasa macam ada satu peringatan kecil untuk diri CCL sendiri. Rupanya kita dah lalui macam-macam perkara sepanjang tahun ini. 


Ayat motivasi, quotes of the day, motivasi hidup, perjalanan hidup

Ada yang manis untuk dikenang, ada juga yang cukup menguji kesabaran dan emosi.. kadang kan kita sendiri pun tak sedar kuatnya kita bertahan.. kadang ada perkara yang kita fikir susah nak hadap, tapi akhirnya berjaya juga kita lalui satu demi satu.. Sepanjang tahun ini, macam-macam perkara dah CCL lalui. Ada hari yang menggembirakan, ada hari yang menguji kesabaran. Ada masa semuanya berjalan lancar dan ada masanya kita rasa penat dengan segala urusan kehidupan.

CCL percaya setiap orang ada perjalanan hidup masing-masing. Tak perlu bandingkan pencapaian kita dengan orang lain. Tak perlu juga terlalu mengejar sesuatu sehingga terlupa untuk menikmati apa yang kita ada sekarang.. Tapi sedar tak sedar, kita masih berada di sini. Masih terus melangkah walaupun perjalanan tahun ini mungkin tak semudah yang kita harapkan.

Jadi, untuk bulan November ini, CCL nak ingatkan diri sendiri supaya terus kuat, terus percaya dan jangan terlalu keras dengan diri sendiri. .Apa pun yang dah berlaku sepanjang tahun ini, jadikan ia sebagai pengalaman. Perjalanan kita masih belum selesai.



0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan